Zaman dulu, itu amalan biasa. Bedak bayi seakan menjadi simbol kasih saying yang disapu lembut pada punggung, lipatan paha, dan kawasan alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan. Harapannya, untuk elakkan ruam, jangkitan dan agar bayi kekal wangi.
Namun, semakin banyak maklumat yang didedahkan oleh pakar kesihatan dan kajian saintifik hari ini, semakin jelas bahawa rutin yang ‘nampak biasa’ itu mungkin membawa risiko kesihatan yang serius.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, amalan meletakkan bedak pada kawasan alat sulit bayi ini terutama pada bayi perempuan boleh mencetus pertumbuhan sel kanser ovari. Bahaya!
“Dulu kami sapu bedak talkum di kemaluan anak supaya tak melecet…”
Zaman dulu, itu rutin biasa. Bedak bayi tanda kasih sayang. Disapu pada punggung, lipatan paha, bahkan di kawasan sulit bayi perempuan kononnya untuk elak ruam dan biar wangi.
Ads
Apa yang berlaku sebenarnya?
Talkum ialah mineral semula jadi yang terdiri daripada magnesium, silikon dan oksigen. Dalam bentuk serbuk, ia menyerap kelembapan dan mengurangkan geseran sebab itu ia banyak digunakan dalam bedak bayi dan kosmetik.
Masalahnya talkum semula jadi kadangkala tercemar dengan asbestos, bahan yang diketahui pasti menyebabkan kanser.
Ads
Namun, apabila disapu di kawasan genital, partikel halus talkum boleh masuk melalui faraj, lalu sampai ke ovari. Ini boleh menyebabkan keradangan kronik, dan ada kajian yang menunjukkan keradangan ini MUNGKIN mencetus pertumbuhan sel kanser ovari.
Kajian retrospektif menunjukkan peningkatan risiko antara 20–30% tapi kajian prospektif yang lebih kuat tak dapat sahkan kaitan secara konsisten.
International Agency for Research on Cancer (IARC), mengklasifikasikan penggunaan talkum di kawasan kemaluan sebagai “possibly carcinogenic to humans” (Kumpulan 2B).
Ads
Apa pengajaran untuk kita?
Ilmu bertambah dari masa ke masa. Kita tak salahkan ibu bapa kita dulu. Tapi hari ini, kita tahu lebih baik.
🔸 Elakkan penggunaan bedak talkum di kawasan kemaluan, terutama untuk bayi dan wanita.
🔸 Pilih alternatif yang lebih selamat.
🔸 Sentiasa peka dengan perubahan sains dan saranan kesihatan awam.
Kalau anda kenal ibu muda, pengasuh atau ahli keluarga yang masih guna bedak talkum, kongsikan info ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaikan sebuah keluarga besar, rakyat Malaysia bersatu hati malam semalam apabila himpunan solidariti untuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Himpunan solidariti dan menuntut keadilan atas kematian Zara Qairina diteruskan di beberapa lokasi termasuk Keningau dan di ibukota semalam.
Bagi himpunan di ibu kota ia berlangsung penuh tenang dan harmoni di hadapan kompleks beli-belah utama.
Memetik laporan, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman, seramai 100 anggota polis telah ditugaskan sejak jam 7.30 malam semalam bagi memantau keselamatan sepanjang program berlangsung.
“Secara keseluruhan, himpunan berlangsung dalam keadaan baik dan aman.
“Dianggarkan seramai 400 hingga 450 orang peserta hadir ” katanya kepada media selepas selesai perhimpunan tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, jika didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang sepanjang himpunan.
Ujar beliau, pihaknya akan meneliti sekiranya wujud ucapan berbaur agama, kaum dan Institusi Diraja (3R).
“Kita menempatkan pasukan perakam dan akan meneliti ucapan-ucapan yang disampaikan oleh peserta.
“Sekiranya ada apa-apa ucapan yang melanggar undang-undang dan menyentuh sensitiviti terutama 3R, kita akan membuka kertas siasatan,” tambah Sulizmie.
Himpunan “Justice for Zara” itu dianjurkan oleh gabungan 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sumber: Astro Awani
Foto: Sumber media sosial
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah penderitaan Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farhan, 4 bulan yang disahkan penghidap kanser otak (Medullastoma) tahap 4 dan ketumbuhan buah pinggang selepas 21 dilahirkan ternyata mendapat perhatian ramai.
Nishka disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya yang agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Penderitaan Nishka turut mendapat perhatian beberapa selebriti terkenal tanah air termasuklah penyanyi nombor satu Negara, Dato Sri Siti Norhaliza dan juga Usahawan selebriti terkenal Mawar Karim.
Dato Siti dalam posting nya yang dibuat baru-baru ini mendoakan kesejahteraan Nishka, dalam doanya Dato Siti memohon supaya Allah memberikan segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.
“Ya Allah berilah segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.. aaminn.. Doa adalah senjata ..Marilah kita ambil sedikit masa untuk mendoakan malaikat kecil ini.. Besar & hebat dugaan ibu ayah mu nak… tapi Besar juga hikmah Allah SWT berikan”
“Mohon share agar semua boleh doa utk Nishka….Allahuakbar…Allahuakbar..
ya Allah sembuhkn Nishka..Selamatkan Nishka”
Perkongsian yang mendapat lebih daripada sejuta tontonan itu turut disusuli dengan lebih empat ribu komen yang turut sama mendoakan baby Nishka.
Dalam perkongsian Mawar Karim yang berkesempatan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang semalam, dia sempat ke HUSM untuk melihat sendiri perkembangan terbaru Nishka.
Dalam postingnya itu, ibu kepada Maryam ini mendoakan agar Allah memberikan kesembuhan kepada Nishka. Menurutnya lagi ujian yang diberi kepada ibu Nishka ini memang hebat, dia sendiri tidak mampu melihat bayi secomel Nishka menanggung derita kesakitan, tapi ibunya masih mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya menyimpan seribu duka.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, Mawar Karim turut memaparkan nombor akaun bank milik ibu Nishka; Khairiah Kamarudin bagi memudahkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan.
“Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan dan lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik-baik rancang Allah tentukan. Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang saya terus datang melawat.”
“Setiap ujian di hadapi berbeza-beza. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka. Saya sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan.”
Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. ( No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin )”
Marilah kita semua sama-sama mendoakan semoga semua urusan rawatan Niska dipermudahkan dan anak kecil ini disembuhkan daripada segala penyakit yang ada. Bagi yang ingin membantu boleh buat demikian dengan menyalurkan bantuan anda ke akaun bank milik ibu Nishka.
Tahniah Farhatul Fairuzah, terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun. Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun.
Farhatul cukup bertuah apabila diberikan kelayakan untuk mewakili suara anak muda dan berusaha menarik minat golongan ini mencintai al-Quran.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan pleh Farhatul di laman Instagramnya, Farhatul atau nama sebenarnya Nor Farhatul Fairuzah Panut mengucapkan rasa syukur dengan pentauliahan tersebut.
Farhatul telah memenuhi kehendak Jawatankuasa untuk mengajar di Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa.
“Alhamdulillah baru sempat menghadiri Muzakarah Tauliah Mengajar, setelah beberapa kali tertunda disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih para penceramah-penceramah yang hebat. Dan juga Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
“Dengan adanya majlis dan tauliah sebegini, ajaran agama Islam tu dapat dipantau dan diiktiraf.
“Semoga usaha ini sentiasa diberkati dan dapat melahirkan lebih ramai pendakwah-pendakwah untuk meluaskan dan menyebarkan lagi ilmu agama Islam. Sama-sama kita belajar dan menyampaikan walaupun satu ayat.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Farhatul mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada tujuh tahun. Gadis ini juga antara penerima termuda darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) pada tahun 2022 sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...