Elak semua kerja rumah di bahu isteri Kerja rumah tak akan habis. Mengemas, memasak dan mencuci, kemudian nak uruskan anak lagi. Bukan mengeluh tapi itulah hakikatnya yang perlu dihadapi kebanyakan isteri.

Beginilah keadaannya bagi ibu bekerja atau pun suri rumah. Ibu-ibu perlu tahu yang tugas ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada ahli keluarga iaitu suami dan anak. Bila tugas di bahagikan maka beban dibahu menjadi ringan. Jadi kuranglah stres dan tekanan yang dialami isteri. Ibu perlu bijak kendalikan keadaan, melatih dan bahagikan tugas.

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

 

Puan Farhan telah berkongsi pandangan dan pengalamannya mengenai perkara ini;

IBU BUKAN SUPERWOMAN

Dalam dunia hari ini, tidak dapat dinafikan waktu sangat cepat berlalu.

Kita keluar pagi, balik petang. Pulang disambut dengan kerja yang tidak pernah habis.

Memasak, mengemas, mengemop, basuh kain lipat kain. Semua kerja ini tidak pernah habis dan akan bersambung sambung sehingga kepada hari terakhir kita di dunia.

Tapi malangnya, fokus tanggungjawab itu hanya tertumpu kepada ibu. Jarang orang menjadikan tugas tugas kita sebagai tugas bersama.

Dimana setiap ahli di dalam rumah ada tanggngjawab yang harus dipikul.

Di mana tugas suami

Dimana tugas anak anak.

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Kadang kadang bukan mereka tidak mahu membantu, tetapi oleh kerana ada superwoman yang sentiasa membereskan kerja rumah, mereka tidak merasakan bahawa perlunya bantuan diberi.

Situasi ketika di dapur biasanya hanya ibu yang berada didapur yang lain mungkin diletak didepan televison dan bermain dliluar. Kalau ramai ramai di dapur kerja lambat siap Mereka terbiasa begitu, hari sampai besar juga begitu.

Bukan sekali dua juga saya terbaca kisah ibu dalam pantang yang membuat kerja sendiri gara gara tidak ada yang membantu.

Saya faham situasi seseorang tidak sama. Mungkin ada suami yang jenis kerja sehingga larut malam, namun itu tidak menggugurkan tanggungjawab seseorang itu terhadap keluarganya. Semuanya harus disesuaikan dengan situasi di dalam rumah tersebut.

Anak & Suami Boleh Bantu

IKLAN

Apabila ibu-ibu rasa sudah tidak terurus seganya, cuba pandang belakang lihat pada anak anak yang sedang berlari, suami yang sedang duduk diruang tamu.

Mereka sebenarnya boleh membantu anda!

Cuma kadang kadang apabila kita tidak biasakan. Mereka tidak tahu adakah mereka patut bantu ataupun tidak.

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Ibu Memang Superwoman Hebat Tapi…

Saya percaya ibu superwomen itu hebat, namun ketahuilah ada masanya kita lelah dan perlukan bantuan orang lain.

Kita juga tidak selamanya sihat, jadi ilmu pengurusan rumah harus diajar kepada suami dan anak.

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Ajak Suami Masuk Dapur Sejak Awal Perkahwinan

Ada orang bertuah dapat suami yang memang pro bab pengurusan rumah. Tak perlu diajar pun mereka sudah mendahului.

Ada orang berkahwin dengan suami yang tidak pernah buat kerja rumah. Lengkuas dengan halia pun tidak boleh dibezakan!

Jadi isteri terpaksa melakukan semuanya sendiri. Padahal, suami itu boleh diajar sebenarnya.

IKLAN

Ajak bersama sama di dapur, bantu kupas bawang pun dah okey! Sekurang kurangnya kalau sudah terdesak tahu juga lah untuk buat sayur air!

Ini semuanya ibu mahu buat, bila suami ada peluang untuk belajar. Lama kelamaan mereka selesa begitu. Kahwin 5 tahun baru kita mahu suruh itu ini, sudah pasti itu akan jadi sulit sekali.

Akhirnya, yang mengeluh isteri juga.

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Latih Anak Dari Awal

Begitu juga peranan anak anak kita. Mereka sebenarnya antara insan penting yang akan membantu dalam pegurusan rumah.

Seandainya kita didik anak anak megurus diri sendiri dari awal, banyak tanggungjawab kita akan menjadi ringan.

Contohnya, apabila anak bermain mereka kemas sendiri, sapu sampah yang mereka buat dan meletakkan pinggan kotor di dalam sinki. Itu sudah memadai untuk meringan kan beban ibu.

Semakin bertambah bilangan anak sepatutnya semakin ringan kerja ibu.

Seorang jaga adik

Seorang mop rumah

IKLAN

Seorang basuh baju

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Elak Semua Tugas Di Bahu Ibu

Akhirnya, ibu hanya perlu fokus pada tugas yang wajib seperti memasak. Seandainya semua tugas dibahu ibu, memang akhirnya ibu boleh selesaikan, namun ibu akan keletihan. Senyum pun tidak mampu terukir dibibir.

Tidak ada kegembiraan tempat bagi si ibu walaupun kerja rumah selesai dan sempurna.

Jangan Pandang Enteng Keupayaan Anak

Teringat semalam apabila saya sibuk di dapur, sedang si adik pula menangis. Ketika itu saya rasa tidak tahu mana yang harus disentuh dulu.

Mujurlah si kakak datang dan bawa adik masuk ke dalam bilik. Tidak lama selepas itu, kedua duanya keluar. Adik sudah siap mandi dan berbedak.

Ketika itu, saya rasa sangat bersyukur kerana memberi banyak peluang kepada kakak untuk menguruskan adiknya sebelum, walaupun kadang kadang sebekum ini saya rasa rimas kerana masa menguruskan adiknya menjadi sedikit bertambah.

Namun akhirnya, dia lah yang membantu saya menguruskan adik.

Elak Semua Kerja Rumah Dibahu Isteri. Suami & Anak Perlu Dilatih Awal Membantu

Jadi, jangan memandang rendah kepada keupayaan insan insan yang ada di dalam rumah anda. Bahagikan tugas kepada semua yang ada di dalam rumah mengikut kesesuaian. Letakkan kepercayaan kepada orang lain.

 

Bila kita berganding bahu tugas kita akan lebih ringan

Ibu!Jangan lelah sendiri

Pandang belakang

Siapa ada bersama mu?

Sumber: Puan Farhan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI