Sidang media Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan sebentar tadi pastinya memberi kelegaan kepada sesetengah pihak, terutama bagi pengusaha kedai gunting rambut.

Keputusan menarik balik pembukaan beberapa sektor ekonomi termasuk kedai gunting rambut dirasakan wajar dilakukan kerajaan bagi membendung risiko wabak Covid-19, selepas merasakan perniagaan itu akan turut memburukkan keadaan. Malah perniagaan itu juga dikatakan agar sukar untuk melakukan penjarakkan sosial kerana melibatkan penggunaan alatan dan sebagainya.

Elak Wujud Kluster Baru, Kerajaan Sekat Semula Kedai Gunting Rambut Beroperasi!

Terdahulu, melalui sidang media berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah buat keputusan bahawa operasi kedai gunting rambut atau salun kecantikan serta kedai cermin mata tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini.

Keputusan ini diambil selepas menimbang tara permintaan dan pandangan rakyat serta mengambil kira pandangan daripada pakar-pakar tertentu serta badan-badan seperti NGO yang tidak mahu sektor itu dibenarkan untuk menjalankan operasi mereka bagi mengelakkan risiko jangkitan.

Elak Wujud Kluster Baru, Kerajaan Sekat Semula Kedai Gunting Rambut Beroperasi!

IKLAN

 

 

 

IKLAN

“Begitu juga dengan bazaar Ramadan, semua bazar Ramadan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP ini dilaksanakan,”” katanya lagi.

Dalam pada itu, menerusi Majlis Keselamatan Negara (Rasmi) juga, semua pelajar IPT yang berada di kolej dan kediaman mereka juga diminta untuk kekal berada di tempat masing masing sepanjang tempoh PKP.

Elak Wujud Kluster Baru, Kerajaan Sekat Semula Kedai Gunting Rambut Beroperasi!

IKLAN

Semua keputusan ini adalah tindakan dan usaha bagi memastikan rantaian Covid-19 ini berjaya diputuskan. Pergerakan besar-besaran pastinya akan tambah menyukarkan pemantauan.

“Saya harap pelajar semua faham kerana ini semua untuk menjaga kepentingan mereka dan keluarga serta masyarakat di sekeliling mereka,” kongsinya lagi.

Keputusan ini adalah sewajarnya bagi mengelakkan wujudnya kluster baru yang tambah memburukkan keadaan di negara kita. Terus tinggal di rumah dan jadikan ia satu tanggungjawab kita bersama.

Sumber: MKN

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI