Madu sememangnya diketahui akan khasiatnya pada semua tetapi tidak pada bayi kita di bawah usia 1 tahun ke bawah. Bahaya! Ini yang dikongsikan oleh Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera di instagramnya.
Sebagai tanda prihatin kepada permasalahan bayi dan kanak-kanak, Dr Izzar tampil menjelaskan mengapa madu tidak boleh sama sekali diberikan kepada bayi.
Racun Untuk Anak
Madu tu kita tau memang pemanis semulajadi yang baik untuk kita. Tetapi, bagi baby normal (1 tahun ke bawah), ia merupakan RACUN untuk depa. Awat pulak? Meh saya cerita.
Ads
Madu ni sebenarnya mengandungi spora daripada bakteria Clostridium botulinum. Untuk kanak-kanak besar dan dewasa, salur penghadaman kita sememangnya boleh mencerna/memproses spora tersebut ?
Tetapi buat baby-baby ni, masalah akan terjadi sebab sistem penghadaman baby belum cukup matang dan ini boleh menyebabkan baby mendapat BOTULISM?
Ads
BOTULISM ni memberi kesan kepada sistem saraf baby yang boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan lumpuh. Botulism ni jarang berlaku, tapi kalau kena memang boleh MENGANCAM NYAWA?
Kat USA ada company menjual pacifier berisi madu (honey pacifier) kepada baby-baby. Terus naik kes botulism kat sana. Rata-rata parents sana tak tahu bahaya madu untuk baby mereka. Harap-harap tak masuk Malaysia produk tu?
Tanda-tanda Botulism pada bayi.
So kepada parents, elakkan la kasi baby tu makanan yang ada madu (madu asli/ madu proses). Makanan yang dah bakar dengan madu pun elakkan ye. Sebab spora Colostrium botolinum ni memang tahan panas.
Ads
Swipe kiri untuk check tanda-tanda botulism kat baby. Kalau baby dah termakan madu dan ada tanda-tanda botulism, bawalah jumpa Doktor ya. Jangan PM saya pula. Kami doktor mana boleh beri khidmat nasihat kesihatan kat DM message. Scammer je boleh!
Semoga ilmu dan informasi yang dikongsikan oleh Dr Izzar ini dapat dijadikan panduan buat semua ibu dalam membesarkan anak-anak. Madu memang baik tetapi bukan pada bayi kita. Take note mama!
-ends-
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengalaman melahirkan anak pastinya berbeza, ada yang dapat melahirkan secara normal dan ada juga yang melahirkan anak dengan cara pembedahan atau caesarean. Walau apa cara sekalipun, sedikitpun tidak membezakan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.
Pelakon Mia Ahmad yang baru sahaja melahirkan anak keduanya pada 18 Jun yang lalu berkongsi pengalaman proses kelahiran kali ini di Instagram miliknya.
Menurut suri hati kepada pemain bolasepak JDT, Mohd Izham Tarmizi, dia berasa takut untuk bersalin secara pembedahan selepas dimaklumkan oleh doktor keadaan anak dalam kandungannya.
Dalam perkongsian tersebut, demi untuk bersalin secara normal seperti anak sulungnya, Mia berjalan satu taman dan turun naik bukit.
Dengan usaha yang dilakukan itu, Mia bersyukur akhirnya dia berjaya melahirkan anak keduanya yang diberi nama Iris dengan kaedah normal tanpa perlu dibedah.
“Sehari sebelum saya melahirkan Iris, doktor cakap kepala bayi masih jauh.
“Takut kena c-sect, aaaa taknak la cuz Issa dulu bersalin normal kan. Jadi esok pagi nya mia jalan satu taman dan turun naik bukit, semua org tengok mak buyung gigih dengan perut besar beriadah .
“Jam 2 pagi bangun nak shishi tengok dah bloody show tapi tak ada rasa sakit kontraksi. Alhamdulillah. Allah permudahkan…Our little Iris safely delivered on 18th of June 2020, 5.10pm via normal delivery. Thank you all for your thoughts and prayers.”
Dalam posting tersebut juga Mia turut memuat naik video pendek yang mana dia sedang melakukan aktiviti fizikal iaitu berjalan-jalan ketika hamil seperti yang diceritakan di kapsyen posting tersebut.
Mia dan suami, Mohd Izham Tarmizi disatukan pada tanggal 13 Januari 2017. Pasangan ini dikurniakan anak lelaki pertama yang diberi nama Sayf Issa pada September 2018.
Personaliti media sosial, Adira Salahudi akhirnya selamat melahirkan cahaya matanya yang kedua di sebuah pusat perubatan sekitar Selangor.
Berita gembira tersebut diumukan oleh Adira melalui laman sosial Instagram dan mendoakan agar puterinya itu menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati kedua ibu bapa.
Dia juga sempat mengumumkan nama puterinya itu iaitu Alva Velisa Dimar. Walaupun wajah bayi ditutup dengan emoji ‘love’, namun terserlah kecomelan dan pipi bayinya yang gebu itu.
Rata-rata wargamaya memuji kecomelan bayi ini. Tak kurang juga ada yang bertanya tentang maksud nama Ava Velisa Dimar yang unik itu.
Comelnya
Wow nama dia
Maksud nama Alva
Sebelum ini Adira pernah berkongsi tentang pengalaman mengandungkan Alva Velisa. Menurutnya pengalaman ketika itu berbeza kerana dia terpaksa menerima suntikan dexa untuk mematangkan paru-paru bayi pramatang dan ternyata suntikan ini sangat menyakitkan berbanding suntikan epidural.
Tahniah diucapkan buat Adira dan suami, selamat berpantang!
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah tak anda terlihat semasa tidur bayi mulut ternganga? Sekali-sekala tidak mengapa, tetapi jika keadaan ini kerap berlaku, berkemungkinan melibatkan masalah pernafasan. Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Apakah tandanya jika semasa tidur bayi ternganga?
Secara amnya, bernafas melalui mulut mungkin merupakan tanda masalah berkaitan pernafasan yang boleh menyebabkan komplikasi di kemudian hari. Bahkan, ia juga bukan cara semula jadi untuk bernafas.
Bernafas melalui mulut tidak seefektif pernafasan yang dilakukan menerusi hidung. Ini kerana oksigen diserap melalui hidung dapat menapis bakteria dan perengsa yang tidak boleh dilakukan mulut.
Pernafasan yang dilakukan melalui mulut tidak berbahaya jika jarang berlaku. Antara punca mengapa anak bernafas menerusi mulut adalah kerana saluran hidung mereka terhalang disebabkan beberapa perkara. Ia sama ada sesuatu yang tidak berbahaya seperti hidung tersumbat mahupun alergi atau keadaan lebih kompleks.
5 kemungkinan mengapa semasa tidur bayi kerap ternganga
Berikut ialah beberapa sebab anak mungkin bernafas melalui mulut semasa mereka tidur:
Lendir punca semasa tidur bayi ternganga mulut
Jika si kecil mengalami masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, ia memaksa mereka bernafas melalui mulut. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan anak demam atau mengalami alahan. Oleh sebab bayi tidak dapat mengeluarkan lendir dengan sendirinya, maka bernafas melalui mulut merupakan mekanisme terbaik dalam situasi ini.
Apnea tidur
Pernafasan melalui mulut yang dilakukan semasa tidur boleh menandakan anda mengalami apnea tidur – saluran pernafasan atas anak terhalang ketika tidur. Untuk kanak-kanak, keadaan ini biasanya disebabkan oleh pembesaran tonsil dan adenoid. Antara gejala apnea tidur yang lain adalah berdengkur, kegelisahan dan pernafasan terhenti seketika.
Septum hidung bengkok
Tidur dan bernafas melalui mulut boleh terjadi kerana wujud kelainan pada rawan yang memisahkan lubang hidung si kecil. Ia sekali gus menyebabkan wujud masalah untuk bernafas menerusi hidung dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang mempunyai rahang atas yang sempit.
Anak & bayi tidur mulut terbuka kerana tabiat
Ada kalanya, anak hanya mengembangkan tabiat bernafas melalui mulut. Selalunya keadaan ini terjadi selepas mengalami sakit berpanjangan yang memaksa mereka bernafas menerusi mulut.
Alahan
Bayi juga boleh mengalami alergi yang menyebabkan pengeluaran lendir secara berlebihan, yang kemudiannya menyekat saluran hidung mereka.
Komplikasi
Bernafas melalui mulut boleh membawa kesan sampingan yang besar. Beberapa ketidakselesaan dan isu yang boleh wujud kerana bernafas melalui mulut adalah:
Salah satu simptom jangka panjang termasuklah sindrom muka panjang yang menyebabkan ciri muka bahagian bawah memanjang. Keadaan ini hanya boleh diperbaiki menerusi pembedahan. Jumlah oksigen lebih rendah dalam darah boleh mengakibatkan masalah jantung di kemudian hari.
Menjejaskan tidur
Tabiat anak bernafas melalui mulut sememangnya akan menjejaskan kualiti tidur. Ini kerana pernafasan mulut ini akan mengurangkan oksigen dalam paru-paru dan saluran darah, keadaan ini menyukarkan anak untuk mendapat tidur yang lena.
Tidur bayi yang terganggu boleh memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan, prestasi akademik, tumpuan dan tingkah laku mereka.
Rawatan rumah atasi masalah pernafasan akibat tidur bayi dengan mulut ternganga
Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memudahkan aliran pernafasan anak:
Pelembap udara
Pelembap udara dapat membantu meredakan hidung tersumbat dan ia sesuai untuk bayi tidur dengan lena. Anda juga boleh menghasilkan wap dalam bilik air menggunakan air panas dan duduk seketika bersama si kecil.
Keluarkan lendir
Anda boleh menyedut keluar lendir daripada hidung anak menggunakan picagari hidung. Tetapi berhati-hati agar tidak menyakiti hidung mereka.
Air garam
Semburan air garam boleh membantu menipiskan lendir dan memudahkan anda untuk menyedutnya keluar.
Mandian air suam
Memandikan si kecil dengan mandian air suam bukan sahaja dapat memberikan mereka ketenangan tetapi dalam masa yang sama membersihkan lendir yang terkumpul dalam saluran hidung.
Kekal hidrat bantu atasi masalah pernafasan
Berikan anak susu badan atau susu formula yang mencukupi untuk memastikan mereka terhidrat. Pengambilan cecair yang mencukupi menghalang dehidrasi dan memastikan lendir tidak tersekat.
Kekalkan persekitaran bersih
Sentiasa membersihkan kawasan dalam rumah anda. Sekiranya mempunyai haiwan peliharaan di rumah, sentiasa pastikan keadaan rumah bersih tanpa sebarang bulu haiwan dan alergen lain.
Kebanyakan rawatan yang dicadangkan di atas boleh membantu memperbaiki masalah pernafasan dan menghindari tabiat bernafas melalui mulut. Namun, sekiranya rawatan di rumah yang dikongsikan di atas tidak membawa perubahan dan keadaan bayi tidur mulut terbuka berterusan, mungkin sudah tiba masanya untuk membawa mereka berjumpa doktor. Doktor dapat melakukan pemeriksaan dan ujian untuk menentukan punca anak bernafas menerusi mulut ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.