Masih ramai ibu bapa yang ragu-ragu adakah sesuai bayi bawah setahun berada dalam bilik atau rumah yang beraircond. Ini kerana ada yang risau takut menjejaskan kesihatan bayi.
Berikut antara beberapa persoalan dan penjelasan yang diberikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad:
1.Adakah bayi yang berumur setahun ke bawah boleh untuk berada dalam air-conditioning bersuhu antara 27-30 degree celcius, memandangkan cuaca panas?
2.Apabila bayi sentiasa berasa dalam suhu air cond adakah boleh menjejaskan kesihatan jantung dan paru-paru bayi?
3.Adakah membiarkan keadaan berpeluh ketika musim panas ini baik untuk bayi?
Ads
Jawapan:
1. Boleh letakkan bayi dalam bilik berhawa dingin. Cuma jangan terlalu sejuk. Untuk memudahkan puan menentukan suhu yang sesuai ialah saya berikan formula : Suhu di luar rumah tolak 5 darjah Celcius.
Ads
2. Suhu yang terlalu sejuk dalam bilik, sudah pasti akan menjejaskan kesihatan bayi terutama bayi berusia bawah setahun. Jika tidur pastikan bayi memakai baju yang agak tebal.
Namun saya tidak menggalakkan penggunaan penghawa dingin terlalu lama. Jika bilik terlalu panas, boleh buka penghawa dingin untuk sementara, kemudian tutup. Gantikan dengan kipas untuk melancarkan pengudaraan dalam bilik.3. Membiarkan bayi berpeluh bukanlah sesuatu yang baik. Bayi puan tidak akan selesa. Dia mungkin mengalami ruam yang teruk. Bayi perpeluh banyak semasa tidur mungkin disebabkan oleh suhu bilik yang panas. Bukalah kipas atau gunakan penghawa dingin untuk sementara waktu.
Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PARACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?
“Adakah ibu demam yang menyusu anak mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doktor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan?”
Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam.
Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 biji tablet 500mg (jadi jumlah dos 6 g) dalam 24 jam. Dos yang berlebihan memberikan kesan buruk pada hati dan ginjal.
Walau bagaimana pun sedikit dos yang diambil oleh ibu yang menyusukan anak akan masuk ke dalam air susu ibu, tetapi masih dalam kuantiti yang selamat.
Walau bagaimana pun, saya menasihatkan agar lebih berhati jika:
1. bayi lahir secara pramatang 2. bayi lahir tidak cukup berat (kurang 2.5kg) 3. bayi lahir dengan masalah kesihatan yang serius 4. Mengambil paracetamol bersama ubat lain kerana gabungan ubat-ubatan ini masuk ke dalam susu ibu dan memberikan kesan pada bayi yang menyusu.
Boleh rujuk pada doctor atau farmasis bagi mengetahui dos yang lebih tepat, jika ada masalah kesihatan yang menghalang pengambilan ubat.
Camping | Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara (Promo Ep.11) 9 Ogos
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika ada yang beranggapan menggendong bayi amalan orang dulu-dulu, anda silap. Ini kerana banyak kebaikan yang ibu dan bayi peroleh kerana menggendong bayi.
Sembilan bulan di dalam kandungan, bayi memerlukan tempoh masa selama sembilan bulan lagi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Dalam tempoh itu, kebanyakan bayi masih memerlukan hubungan yang rapat dengan ibu sehingga mereka biasa dengan persekitaran dan menjadi lebih berdikari.
Perkongsian dari Puan Norashida Abd Rahman mengenai teknik menggendong bayi yang selamat dan selesa boleh dicuba oleh ibu.
Tulang bayi baru lahir ni lembut. Bukan semua jenis baby carrier sesuai. Yang paling saya suka cadangkan sebagai permulaan adalah wrap dan ring sling.
Yang penting bila kita dukung bayi kecil, tulang belakangnya tidak dipaksa lurus tegak. Tulang paha pula macam posisi mencangkung (posisi semulajadi -boleh dilihat masa nak salin lampin)
Kawan-kawan yang tengah mengandung atau baru bersalin dan tengah pening nak beli baby carrier apa, saya sangat anjurkan pergi belajar dengan individu berikut (join class atau book a private session for babywearing consultation)
Tapi bukankah lebih baik kalau ada seseorang yang dapat semak teknik kita? Betul ke tak? Yang paling penting, selamat ke tak?
Nah saya kongsikan perkara yang perlu diberi perhatian bila nak pilih baby carrier. Do some research ya.
TIP GENDONG 3S (SESUAI, SELESA, SELAMAT)
SESUAI? -dengan umur bayi -dengan berat bayi
SELESA? -untuk bayi -untuk ibuayah -jangkamasa >1jam -caregiver with medical challenge (eg: ibuayah ada sejarah sakit tulang belakang atau bersalin pembedahan/czer) -baby with medical challenge (breast refusal/breastfeeding challenge, heart condition, down syndrome, colic and reflux issue)
Keterangan gambar : Anak saya lahir awal. 37 weeks. Berat lahir less than 2.5kg. Lagi best guna wrap tapi cuaca Perlis sangat panas. Dalam rumah tak ada aircond. Maka saya pilih ring sling. Banyak gendong seperti posisi “nursing cradle”. Bila berat dah reach 3kg, baru selesa gendong cara menegak tanpa abaikan struktur tulang belakang yang semulajadi melengkuk seperti huruf C
Ibu/isteri juga boleh mengalami stress yang melampau kerana tugasan seharian yang menekan minda. Ibu/isteri terpaksa melakukan tugasan seharian tanpa adanya rehat. Jadi para ibu perlu tahu bagaimana cara yang sesuai untuk mengawal emosi sendiri jika tidak 11 kesan buruk ini akan berlaku dalam kehidupan anda.
11 KESAN BURUK JIKA ANDA GAGAL KAWAL EMOSI SENDIRI ( BAGI SEORANG IBU )
1 – MUDAH STRESS/TERTEKAN
Sesungguhnya hidup kita memang penuh dengan tekanan, terutamanya bagi seorang isteri/ibu pasti banyak punca tekanan seperti kerja yang bertimbun, penat mengurus rumahtangga, melayan kerenah anak serta tekanan dari adik-beradik ipar, mertua bahkan suami sendiri kadang-kadang boleh buat anda tertekan.
Sesungguhnya tiada lagi isteri/ibu yang tidak stress, tapi itu bukan alasan untuk tunduk pada emosi dan terbawa-bawa stress itu sehingga buat tindakan terburu-buru.
2 – TAK LENA TIDUR
Akibat tidak dapat mengawal emosi negatif ia memberi kesan pada tubuh badan. Sistem tubuh badan turut terpengaruh dengan aura negatif sehingga boleh membuatkan tidur malam kurang berkualiti.
Walaupun tidur lebih 8 jam tapi badan masih rasa penat seperti tak cukup tidur. Selagi anda tidak boleh “move on”dengan kejadian negatif itu selagi itu ia akan membayangi hidup hingga ke dalam mimpi.
3 – SELALU BURUK SANGKA
Susah untuk bersangka baik bila dalam fikiran kita penuh dengan anasir jahat ( emosi jahat ) yang pengaruhi minda anda untuk sentiasa berfikir buruk pada semua orang walaupun orang itu buat kebaikan.
Kesannya anda susah untuk mempercayai orang lain termasuk suami sendiri. Orang lain pun susah nak mempercayai anda selepas itu.
4 – MUDAH MENGHUKUM ANAK
Tugas seorang ibu adalah menjaga dan melayan kerenah anak-anak. Anak kecil bukan ada akal seperti orang dewasa yang boleh bezakan mana baik mana buruk, jadi tanggungjawab ibu untuk mendidik anak ini.
Oleh itu ibu mestilah pandai mengemudi emosi sendiri semasa mendidik anak-anak supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mudah-mudah jatuh hukum pada anak.
5 – ANAK JADI MANGSA KEADAAN
Anak kecil masih kosong dalam menilai keadaan ibu, mereka tidak tahu bezakan ibu sedang penat atau relax. Dalam fikiran mereka hanya tahu mahu bermanja dan berpeluk dengan ibu mereka.
Anaklah yang selalu jadi mangsa keadaan si ibu melempiaskan haba kemarahan dan tengkingan yang akan buat si ibu menyesal kemudiannya.
6 – MENJADI IKUTAN ANAK-ANAK
Sebagai ibu bukan akademik sahaja yang perlu di didik pada anak, banyak lagi kemahiran hidup ( Life Skill ) yang patut mereka belajar. Antaranya ialah bagaimana mengendalikan emosi diri supaya mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi negatif dan lakukan kesilapan yang beri penyesalan tak sudah akhirnya.
7 – HUBUNGAN SOSIAL TIDAK MESRA
Bukan sahaja dengan suami malah dengan orang sekeliling juga hubungan sosial ( Social Relationships ) tidak mesra dan kurang bergaul.
Ironiknya mereka yang selalu marah-marah walaupun hal kecil memang akan suka menyendiri kerana sebernarnya mereka tak suka marah-marah
Tapi menyendiri tidak akan menyelesaikan masalah, sepatutnya perlu belajar kawal emosi marah. Tak semestinya bila kita marah kita kena lepaskan.
8 – TIDAK NAMPAK HIKMAH DALAM MUSIBAH
Sentiasa mengeluh dan menyalahkan takdir bila di timpa musibah. Apabila minda di penuhi dengan pemikiran separa sedar ( Subconscious Mind ) yang negatif membuat anda tak dapat melihat gambaran sebenar dan hanya tertumpu pada musibah di depan mata sahaja.
Sesungguhnya setiap musibah itu adalah ujian dan ada hikmah besar di sebaliknya yang di luar jangkaan manusia.
9 – RASA PENAT TAK PERNAH HILANG
Susah nak hilang rasa penat. Walaupun kerja dah siap tapi minda masih tak berehat. Masih lagi berlegar-legar pemikiran negatif di dalam fikiran.
Kerana mereka yang gagal kawal emosi pada awalnya akan sentiasa di bayangi dengan penyesalan, kemarahan, kebencian dan sentiasa rasa bimbang ( anxiety disorder )
10 – TIDAK BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL
Selalu membuat keputusan terburu-buru sebelum buat pertimbangan. Terlalu ikut emosi ketika itu sehingga melakukan tindakan yang tidak rasional seperti tengking, terkam, memukul, rotan dan mencubit anak sendiri.
Memang ada ketika emosi sedang meluap-meluap, secara spontan tangan bergerak sendiri tetapi bagi anak yang jadi mangsa, mereka nampak ia sebagai ancaman. Parah bila anak sentiasa rasa terancam bila nampak anda, anda nak panggil makan pun mereka dah takut.
11 – TIADA EMPATI ( MEMAHAMI EMOSI ORANG LAIN )
Bila kita gagal kawal emosi sendiri bagaimana kita nak memahami emosi orang lain? Memang mustahil kita boleh rasa apa yang orang lain rasa sedangkan kita sendiri tidak faham apa yang kita rasa.
Oleh itu untuk lahirkan sifat empati yang kuat dalam diri terutama bagi seorang ibu yang perlu memahami emosi anak-anak, anda perlu belajar kenal dan kawal emosi sendiri dahulu.
Anda adalah kapten kepada emosi anda sendiri, kemudilah emosi anda sebaik mungkin jangan biarkan ia karam.
Belajar cara kemudi yang betul, jangan terikut-ikut dengan cara orang lain tanpa kita sesuaikan dengan kelemahan diri.
Nak jadi “Mak Singa” tak salah tapi pastikan anak tak tercedera emosinya dan jadi “Singa Kelaparan” yang menerkam orang lain bila marah. Tolong share pesanan ini ya.