Sebelum ini, anak sulung kepada pelakon cantik Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidress sering menjadi tumpuan ramai dengan kecomelannya serta penampilan yang kemas dan segak.
Tarikan Eidress pada rambutnya yang kerinting serta pandai bergaya ketika di hadapan kamera membuatkan ramai peminat geram melihatnya.
Kini anak keduanya pula, Mohamad Emirhan turut menjadi tumpuan ramai apabila ramai menyamakan wajahnya seperti orang Turki dengan kulit putih dan mata bulat.
Mohamad Emirhan kini berusia enam bulan sentiasa menjadi tarikan ramai setiap kali Anzalna memuat naik fotonya ke laman Instagram.
Terbaru, perkongsian Anzalna mengenai anak lelaki keduanya sekali lagi menarik perhatian ramai yang menyamakan wajah anaknya dengan Presiden Rusia.
Ads
“Happy 6 Months old Emirhan! Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi baby. Kemain Emirhan orang samakan rupa dengan president! Hahahhahahaha,” tulis Anzalna.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji serta geram dengan kecomelan wajah anak Anzalna. Ada yang meninggalkan komen mommy dah boleh mula sediakan menu best untuk Emirhan makan.
Malah pelakon dan pengacara Uyaina Rashid sendiri meninggalkan komen ingin menjadikan Emirhan sebagai menantunya sekiranya dia memiliki anak perempuan nanti.
Ads
“Putin Junior!”
Terdahulu, Anzalna dan Muhamad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Hampir 3 tahun berkahwin, kehadiran Mohamad Eidrees menjadi sejarah buat keluarga Anzalna.
Ini kerana penantian yang ditunggu selama 26 tahun untuk generasi lelaki dalam keluarga dimakbulkan Allah.
Ads
Sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi semenjak 1993, bapanya menunggu anak lelaki kerana adik beradiknya semua perempuan. Tambah pula, kakak Anzalna, Diana Nasir pun turut mempunyai tiga anak perempuan.
Keterujaan untuk menimang cahaya mata kedua tak kesampaian apabila isteri dan bayi dalam kandungan dijemput ilahi. Ujian berat yang ditanggung Dzul Hisham Mhd Razali benar-benar tak disangka sama sekali apabila isteri tercinta, Nur Atiqah Mustafa dan anak keduanya, Nur Ulya Hanania dijemput Ilahi hari yang sama iaitu pada 12 Julai lalu.
Nur Ulya Hanania yang dijangka dilahirkan pada 7 Oktober depan meninggal dunia jam 8.30 pagi kerana kegagalan mendapat oksigen manakala Nur Atiqah, 29, akibat pembuluh darah otak pecah pada 11.20 malam.
Jenazah kedua-duanya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Krai, Kelantan.
Gambar kenangan yang terakhir ketika Hari Raya Aidiladha lalu.
Mengadu pening kepala selepas ambil wuduk
Kini, Dzul Hisham, 30, hanya ada anak sulung, Muhammad Umar Dayyan (dua tahun tiga bulan) yang akan menemaninya mengharungi hari mendatang selain keluarga.
Berkongsi kisah itu, Dzul Hisham berkata, isterinya tengah sarat hamil dan tiada masalah kesihatan atau simptom penyakit sepanjang tempoh kehamilan.
Bagaimanapun, Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas ambil wuduk untuk solat pada hari kejadian sebelum diserang sawan tidak lama selepas itu.
“Isteri kemudian tidak sedarkan diri malah nadinya berhenti, jadi saya terus dapatkan bantuan untuk membawanya ke hospital.
“Kami tiba di hospital jam 8.10 pagi dan isteri terus dibawa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam perut namun anak kami tidak dapat diselamatkan.
“Manakala isteri diberi ubat jantung untuk bertahan namun akhirnya meninggal dunia menjelang tengah malam hari yang sama,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka isterinya akan pergi meninggalkannya ketika mereka teruja menantikan kelahiran cahaya mata perempuan.
Reda isteri pergi dengan mudah
Meskipun begitu, Dzul Hisham reda dengan ketentuan Ilahi dan cuba kuatkan diri kerana masih ada tanggungjawab untuk menyara anak sulungnya.
“Memang susah (untuk terima) pada awalnya namun reda kerana melihat pemergiannya begitu cantik iaitu ketika masih ada emak dan ayah serta seluruh keluarga yang mendoakan.
“Saya ada di sisinya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sempat beritahunya yang saya sudah maafkan dia dan terima ketentuan seandainya sudah sampai masanya untuk pergi.
“Matanya tertutup namun saya nampak air mata mengalir dan tak lama selepas itu, isteri menghembuskan nafas terakhir. Itu juga detik terakhir kami bersama dan anak sulung juga ada kerana dibenarkan masuk.
“Moga Allah tempatkan isteri dalam kalangan yang beriman dan saya berdoa pemergian anak jadi asbab dia tarik saya ke syurga,” katanya.
Dzul Hisham berkata, dia dan Allahyarhamah Nur Atiqah yang disatukan sebagai suami isteri pada 27 April 2019 ada mengumpul wang kerana merancang mengerjakan umrah bersama di Makkah pada 2024.
“Kami juga rancang mahu enam orang cahaya mata namun hasrat itu tidak kesampaian apabila isteri pergi dulu kerana Allah lebih menyayanginya.
“Buat masa ini, saya tinggal berdua dengan anak sulung dan Alhamdulillah, tiada masalah untuk buat kerja rumah kerana sudah biasa.
“Anak pula masih kecil dan belum faham mengenai kematian dan hakikat yang ibunya sudah pergi buat selamanya,” katanya yang mencari rezeki dengan menjual cermin mata di premisnya dekat Bukit Payong, Marang.
Berseri-seri pelakon Tasha Shilla sejak mengandung anak kedua. Orang kata bila muka berseri, suka make up akan dapat anak perempuan namun semua itu hanya kebetulan. Tapi andai kata betul dan rezeki Tasha dan suami, dapatlah sepasang.
Menurut Tasha Shilla atau lebih mesra dengan panggilan Tasha, kehamilan kali ini membuatkan dirinya gemar bersolek dan dia mengakui pengalaman hamil anak kedua agak berbeza berbanding anak sulungnya.
Tasha berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya beserta foto terkini yang merakamkan wajah Tasha sedang tersenyum sambil memegang bahagian perutnya.
“Anak kedua ni terasa nak bersolek je. Terima kasih @bellahudd terubat rindu sentuhan #bellahuddsigniture #26weekspregnant,” tulisnya.
Tasha yang kini hamil 26 minggu dan sudah masuk ke trimester kedua mengakui suami, Atiq Idris sentiasa membantunya menguruskan rumah tangga dan anak.
Menerusi ruangan komen juga, Tasha berkongsi sebelum ini mengidam untuk berlakon.
“Hari itu mengidam berlakon, dapatlah shooting lima hari. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya.
Dalam pada itu, pengikut Instagramnya juga memuji Tasha kelihatan semakin cantik dan terserlah seri ibu mengandung.
Apa-apa pun ramai yang mendoakan agar kehamilan kedua Tasha berjalan lancar. Mommy sihat dan baby yang akan keluar nanti juga berada dalam keadaan baik.
Terdahulu, Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raees Zander yang baru genap setahun April lalu.
Musim anak demam, batuk dan selesema sememangnya membuatkan mak ayah mula runsing. Tambah merisaukan bila mana masalah ini dikaitkan dengan gejala virus Covid-19 yang kini mengancam dunia. Maka semakin bertambah risaulah mak ayah. Bimbang anak dijangkiti.
Namun memastikan anak terus selesa sepanjang selesema dan batuk sememangnya amat diperlukan. Jangan dibiarkan anak tanpa sebarang bekalan ubat-ubatan yang membuatkan anak terus gelisah, menangis dan sebagainya kerana tidak selesa.
Tidak hanya selesema, demam dan batuk sahaja bahkan alahan yang berlaku pada kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang mudah alah dengan habuk disekeliling, bulu-bulu dari haiwan peliharaan dan pelbagai alahan dari makanan juga membuatkan hidung dan mata anak tidak selesa hingga adakalanya tersumbat dan gatal-gatal.
Jangan dibiarkan anak terus tidak selesa dengan pelbagai alahan dan virus yang menyerang anak. Apa mak ayah perlu lakukan? Semuanya terletak di tangan mak ayah agar dapat memastikan anak sentiasa kekal sihat dengan penjagaan dan perawatan yang selesa setiap kali anak demam dan dilanda ketidakselesaan akibat alahan. Ini antara usaha yang boleh dilakukan.
Ambil makanan seimbang
Pastikan anak makan makanan yang seimbang dan berkhasiat walaupun kurang selesa kerana demam. Tambahkan makanan yang tinggi vitamin dan zat galian dalam menu anak setiap hari. Pujuk anak untuk makan supaya cepat pulih daripada demamnya.
Namun perkara yang paling mudah adalah dengan membekalkan anak dengan makanan sihat. Selitkan makanan yang membina daya imun badan untuk anak-anak setiap hari. Berikan makanan dengan kandungan protein seperti ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi untuk anak-anak.
* Salmon, tuna atau salmon antara ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi serta membantu kekebalan tubuh.
* Ambil sayur-sayuran dalam jumlah yang banyak setiap hari. Ubi merah, labu, tomato, lobak merah serta terung dan bawang antara sayur dengan sebatian kimia yang baik untuk tubuh.
* Begitu juga dengan rangkaian buah-buah beri seperti strawberi, bluberi serta elderberi yang mempunyai antioksidan yang tinggi serta mampu mengawal keradangan seperti demam, selsema dan sebagainya.
*Cendawan butang juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko selsema menjadi lebih teruk dan berpanjangan.
* Jangan lupa selitkan badam dalam minuman atau snek sihat anak kerana badam mengandungi vitamin E yang membantu meningkatkan sistem imun badan.
* Selain susu yang tinggi protein, kerap berikan anak yogurt rendah lemak kerana satu cawan setiap hari boleh mengurangkan risiko dijangkiti demam malah kandungan vitamin D yang tinggi juga mampu mengurangkan risiko demam selsema. Hebat!
* Jangan lupakan jumlah air kosong yang banyak buat anak kecil kita.
Periksa dan pantau simptom anak
Jangan hanya dibiarkan sahaja, keraplah memeriksa simptom-simptom anak yang membuatkan mereka tidak selesa. Sentiasalah pantau suhu anak dari semesa ke semasa, juga periksa pernafasan dan oksigen dalam badan anak. Bimbang anak sukar bernafas ketika anak selesema atau masalah hidung tersumbat dan sebagainya, bekalkanlah ubat spray hidung yang bersesuaian agar anak terus selesa. Jangan dibiarkan sahaja.
Kenal pasti alahan anak
Ada anak-anak yang alah dengan makanan tertentu seperti kekacang, rangkaian buah beri dan sebagainya yang membuatkan mereka terkesan dari pelbagai cara. Ada yang asma hanya kerana makan buah oren dan kacang, malah ada juga yang mudah hidung tersumbat dan gatal-gatal mata selepas terkena habuk di persekitaran tanpa kita sedar.
Disinilah ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengenal pasti jenis alahan anak. Jika anak alah pada habuk, bersihkanlah rumah sebaiknya dan elakkanlah makanan tertentu disamping membekalkan ubat sampingan yang membuatkan anak segera sembuh dan terus selesa sepanjang hari.
ClariCare® Sebagai Pilihan
Demi memastikan anak kekal selesa sepanjang demam dan selesema, menjadi tanggungjawab mak ayah untuk menyediakan kelengkapan yang membantu anak selesa. Penjagaan dan kebersihan rongga hidung misalnya perlu diberikan perhatian.
Gejala biasa ketika alahan dan selesema seperti hidung berair dan gatal, bersin, gatal, mata berair, atau hidung tersumbat sudah semestinya membuatkan anak tidak selesa. Walaupun tidak mengancam nyawa, namun ia mengganggu ketidakselesaan anak kecil.
Rangkaian produk ClariCare® antara yang begitu disyorkan sebagai pilihan terbaik untuk membantu anak kekal selesa sepanjang selesema.
Produk ClariCare® dari jenama Bayer ini cukup istimewa kerana dibawakan daripada pelbagai mineral lautan untuk membantu merawat pelbagai alahan anak secara semulajadi.
Tidak hanya disitu bahkan produk yang satu ini turut menawarkan cara semula jadi untuk melegakan gejala alahan disamping menguatkan pertahanan tubuh secara semula jadi.
2 Produk Perlu Ada
Demi memastikan keselesaan anak, Bayer memperkenalkan dua rangkaian produknya yang amat membantu anak selesa.
ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray
ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray terdiri daripada larutan garam isotonik OTC yang bertindak untuk membersihkan hidung setiap hari malah melegakan alahan dan sentisif di bahagian hidung. Bukan hanya membersih bahkan anak lebih selesa.
ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray
Berbanding ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray, produk ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray ini paling baik untuk merawat masalah pernafasan hidung anak dengan baik. Bukan hanya membersihkan rongga hidung bahkan membantu memulihkan pernafasan hidung dengan lembut.
ClariCare® Nasal Hygiene Spray dihasilkan daripada air laut di Teluk Saint-Malo, Perancis dan membantu penghidap alahan menguruskan alahan secara optimum dan semula jadi.
Ia bebas dadah dan bebas daripada bahan pengawet, ia selamat digunakan bersama ubat-ubatan seperti antihistamin oral dan disyorkan sebagai sebahagian daripada rawatan rhinitis yang berkesan.
ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray (20ml) dirumus khas untuk bayi baru lahir dari 2 minggu ke atas. Manakala ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray (100ml) pula boleh didapati di farmasi utama di seluruh negara.
Tak perlu ragu-ragu, ini perbezaan ketara yang mama boleh ketahui sebelum membeli kedua produk ini.
ClariCare® Baby Nasal Hygiene Spray –Pam bebas dadah & pengawet, bersifat ultra lembut, mempunyai pam meter yang memudahkan pemberian untuk bayi; menyediakan kawalan yang lebih baik dan saiz mudah alih untuk dibawa ke mana-mana, pada bila-bila masa. Selamat digunakan beberapa kali sehari.
ClariCare® Daily Nasal Hygiene Spray – Disebabkan aliran pamnya yang berterusan, spray jenis ini paling sesuai untuk yang gemar membersihkan hidung yang lebih dalam/kerap atau menggunakan volum yang lebih tinggi. Malah ia selamat digunakan seberapa banyak yang diperlukan (walaupun untuk wanita hamil atau ibu yang menyusukan bayi) kerana ia bebas dadah.
Jadi, jangan biarkan sahaja anak dan diri sendiri terus rasa tidak selesa, pilih sahaja rangkaian produk terbaik dari ClariCare® ini untuk keselesaan semua.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.