Kalau tengok gaya Shukri Yahaya dalam drama, ramai wanita cair dengan wataknya yang penuh emosi dan romantik. Tapi di dunia sebenar, Shukri sebenarnya seorang suami yang cukup pemalu dan pendiam.
Katanya, kalau ada masalah dalam rumah tangga, dia lebih selesa diam dulu — bukan sebab tak peduli, tapi sebab dia perlukan masa untuk susun kata, supaya bila berbincang nanti, semuanya datang dari hati yang tenang.
Habis Kerja, Habis Segalanya di Set Dalam dunia seni, tak dapat dielakkan bekerja rapat dengan rakan artis wanita. Tapi cara Shukri uruskan batas tu memang buat hati isteri mana-mana cair — sebab baginya, bila kerja tamat, hubungan pun tamat di set.
“Jumpa macam tu je, saya anggap dia rakan kerja. Berjumpa berkawan, habis di situ dan jangan bawa balik ke rumah.”
Tak ada istilah sambung bersembang atau ‘follow-up’ lepas penggambaran. Habis kerja, dia terus balik rumah, tempat paling selesa untuk seorang suami dan ayah.
Ads
Bila Watak Jadi Cermin untuk Para Suami Dalam drama Curang Tanpa Niat, wataknya sebagai Eshaal mungkin nampak kecil kesalahan — cuma ajak rakan sekerja makan malam sebab kerja sampai lewat. Tapi bila fikir balik, kenapa tak pilih untuk makan di rumah bersama isteri dan anak-anak yang menunggu?
Shukri akui, kalau situasi itu berlaku dalam hidup sebenar, dia lebih rela terus balik ke rumah. Katanya, rumah adalah tempat selamat yang tak perlu dia cari di luar.
Ads
Balik Rumah Adalah Syurga Paling Nyaman Shukri mengaku, dia lebih selesa habiskan masa di rumah bersama isteri tercinta, Tya Adnan, dan dua permata hati mereka — Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl. Bukan sebab dia ‘tak boleh keluar’, tapi sebab itulah tempat dia rasa paling cukup.
Tempat dia boleh jadi diri sendiri, peluk anak, duduk diam dengan isteri lepas penat kerja. Itu bagi dia satu bentuk ‘syurga kecil’ yang tak boleh dibeli di mana-mana.
Ads
Hubungan Hambar Itu Boleh Dihangatkan Semula Ramai pasangan, lepas bertahun kahwin, mula rasa hambar. Tapi Shukri percaya, hubungan suami isteri takkan kekal ‘manis’ kalau tak jaga. Bila rasa mula renggang, jangan biar lama.
“Cari kat mana salah dan kita cuba perbaiki. Perpisahan bukanlah jalan yang terbaik.”
“Saya dah kahwin dalam sembilan tahun macam tu. selalu luangkan masa bersama isteri dan anak-anak biasanya bawa mereka holiday. Sebenarnya kalau tengah driving pun akan jadi satu memori buat suami isteri.”
Duduk berbincang, cari apa yang kurang dan cuba isi ruang tu sama-sama. Perkahwinan bukan tentang siapa paling sempurna, tapi siapa paling sudi usaha.
Setia Itu Dipilih, Bukan Diuji Dalam nada tenang, Shukri ingatkan kita — kadang benda yang nampak ‘kecil’ pada suami, boleh jadi luka yang besar pada isteri. Makan dengan rakan sekerja? Borak lebih di luar waktu kerja? Semua tu mungkin nampak remeh… tapi kalau ada pilihan untuk elak, elakkan. Setia itu bukan sebab tak ada peluang, tapi sebab kita pilih untuk tak cari.
Tonton video temu bual eksklusif bersama Shukri Yahaya;
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebuah video tular di media sosial telah mencuri perhatian ramai apabila memaparkan momen pasangan influencer terkenal, Aslam dan Umisya Mazlan, berbual secara bersahaja namun sarat dengan makna tentang isu penampilan isteri di mata suami.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, Umisya yang sedang menjual tudung jenamanya tampil menyuarakan pandangan bahawa tiada salahnya jika wanita yang bergelar isteri mahu kelihatan cantik, meskipun hanya di hadapan suami.
“Apa masalahnya kalau isteri bercantik-cantik, untuk suami juga. Orang akan puji pandai suami dia jaga isteri,” ujar Umisya.
Menurutnya lagi, penampilan isteri yang cantik turut mencerminkan kepandaian dan keprihatinan suami dalam menjaga isteri mereka.
Namun, Aslam yang turut serta dalam siaran langsung tersebut menyuarakan pandangan berbeza. Beliau berpendapat bahawa isteri tidak perlu kelihatan cantik di mata orang lain, kerana memadai jika suami sahaja yang dapat menikmati kecantikan tersebut.
“Isteri sudah cantik pun ada juga suami cari lain, apatah lagi kalau isteri comot,” balas Aslam.
Kenyataan Aslam itu mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan netizen, ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang berasa pandangannya terlalu tegas terhadap wanita.
Rujukan Drama Jadi Simbolik
Aslam kemudiannya merujuk kepada drama terkenal “Dia Bukan Syurga” sebagai contoh, dengan menyatakan bahawa ada lelaki yang tetap berlaku curang walaupun si isteri tidak bersiap atau bersolek di depan umum.
Perkara ini menunjukkan bahawa kecantikan luaran bukan jaminan mutlak kesetiaan seorang suami, dan membangkitkan perbincangan yang lebih mendalam tentang nilai sebenar dalam sesebuah perkahwinan.
Umisya Sempat ‘Sound’ Suami
Menariknya, Umisya yang tenang tetap memberi respons berseloroh namun ‘tajam’ terhadap pandangan suaminya.
“Tidak kisahlah, lelaki itu kalau nak cari lain isteri mekap atau tidak, sama sahaja tetap akan cari lain juga,” katanya sambil tertawa.
Beliau turut mengakhiri dengan sindiran lembut yang mengundang ketawa penonton siaran langsung tersebut,
“Bernanah sudah telinga?”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dahlia Rizal, nama yang dikenali dalam dunia fesyen dan media sosial Malaysia, merupakan seorang model dan pempengaruh yang aktif berkongsi gaya hidup dan fesyen berhijab. Pada 9 September 2023, Dahlia sah bergelar isteri kepada pelakon dan bekas finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil dalam sebuah majlis tertutup yang cukup indah.
Penghargaan Seorang Isteri
Dalam tempoh singkat bergelar isteri, Dahlia berkongsi satu luahan penuh makna buat suaminya yang telah banyak berkorban sejak mereka mendirikan rumah tangga. Melalui hantaran di media sosial, Dahlia menitipkan ucapan ringkas tapi penuh rasa, mengucapkan terima kasih atas segala penat lelah Imran menjaga keluarga kecil mereka.
Bukan Sekadar Kata-Kata
Luahan Dahlia itu bukan hanya menyentuh hati para pengikutnya, malah ramai yang turut tersentuh dengan keikhlasan yang terpancar. Ia bukan sekadar ucapan manis semata, tetapi cerminan sebuah penghargaan terhadap pasangan yang sudi memikul tanggungjawab dan memberi yang terbaik.
Doa & Harapan Ramai
Netizen membanjiri ruangan komen dengan doa dan kata-kata semangat. Rata-rata kagum melihat bagaimana pasangan muda ini saling menyokong antara satu sama lain, dalam dunia perkahwinan yang sering kali menguji kesabaran dan kepercayaan.
Saat Paling Genting Buat Seorang Isteri
Fasa berpantang dan awal kelahiran adalah antara waktu paling rapuh buat seorang wanita. Emosi bercampur-baur, badan penat, hormon tak menentu—dan ketika itulah kehadiran suami bukan sekadar fizikal, tapi juga sokongan emosi yang paling diperlukan.
Bila seorang suami hadir, ambil alih tugas, bantu walau perkara kecil, itu bukan saja meringankan beban, tapi juga menguatkan jiwa seorang ibu. Dan itulah yang Imran lakukan—berdiri sebagai suami, sahabat dan pelindung pada saat paling mencabar dalam hidup isteri tercinta.
“Dua-dua tak patut. Dia tak patut jadi perbalahan langsung.”
Menerusi sebuah sesi temu bual , Qawiy atau nama lengkapnya Abdul Qawiy Abd Rashid pempengaruh media sosial yang popular dengan “tebuk ayat Al-quran” berkata, urusan rumah tangga dalam sebuah hubungan dilaksanakan atas ihsan pasangan.
“Perkara ini tidak patut jadi perbalahan. Dah kata duduk sebumbung, tiada istilah suami atau isteri yang buat kerja rumah,” tegasnya.
Jelasnya, ramai pasangan hari ini terlalu sibuk menuntut hak masing-masing sehingga terlupa bahawa asas perkahwinan adalah saling memberi dan bertolak ansur.
“Sebenarnya perkahwinan ini bukan atas hak. Kita tak boleh minta hak kita. Semuanya atas ihsan.
“Sepatutnya isteri tak perlu masak, tapi kalau dia buat, itu ihsan. Yang sepatutnya sediakan makanan adalah suami,” katanya lagi.
Tambah Qawiy, sekiranya semua perkara dalam rumah tangga mahu dijadikan sebagai alasan untuk menuntut hak, maka perkahwinan itu sendiri hilang maknanya.
“Kalau semua nak tuntut, baik tak payah kahwin.”
“Kalau depan hakim, baru boleh tuntut hak. Kalau suami tak bagi nafkah atau dipukul, barulah boleh apply hukum hak,” katanya.
Melihat di ruangan komen, kebanyakan netizen menyokong pendirian Qawiy bahawa kerja rumahtangga perlu dijalankan bersama-sama, malah ramai yang memuji pemikiran matang pengaruh berusia 28 tahun itu.
-yes betul..sama sama la bantu.tu baru betul
-klu semua lelaki dlm dunia ni fikir mcm tu,aman dunia ni..
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.