Ramai yang menyalahkan epidural, hingga ada yang mendakwa boleh menyebabkan punca sakit belakang & lumpuh! Mama papa jangan percaya dulu, ikuti penhelasan doktor ini mengenai kelebihan & risiko penggunaan epidural semasa bersalin.

Sebaik-baiknya ibu bapa perlu memahami terlebih dahulu mengenai epidural. Pembacaan awal boleh membantu memahami dengan lebih baik dan mengelakkan percaya kepada mitos dan fakta karut berkaitan epidural.

Epidural Punca Sakit Belakang & Lumpuh? Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan & 7 Risiko Penggunaan Epidural

Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan, Kesihatan Wanita & Kehamilan memberikan penerangan lanjut mengenai epidural. Berikut ialah perkongsian beliau;

“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! Menyesal !”

“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”

“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )

“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya”

Ni antara sebab-sebab orang tak mahu epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok macam mana. Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belum lagi rasa sakit bersalin.

APA ITU EPIDURAL?

Epidural tu ape ?

IKLAN

Salah satu teknik pelega kesakitan yang diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye.

Ia tidak menghilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.

Epidural Punca Sakit Belakang & Lumpuh? Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan & 7 Risiko Penggunaan Epidural

BAGAIMANA EPIDURAL DIPASANG

Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L4-L5 atau L5-S1. Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin.

Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah

Kalau sudah pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu.

Epidural Punca Sakit Belakang & Lumpuh? Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan & 7 Risiko Penggunaan Epidural

IKLAN

KELEBIHAN EPIDURAL

Apa bagusnya epidural ?

  1. Antara pelbagai cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yang terbaik.
  2. Tidak menyebabkan mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk
  3. Kalau perlu caesaerean, tidak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan.

Epidural Punca Sakit Belakang & Lumpuh? Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan & 7 Risiko Penggunaan Epidural

RISIKO PENGGUNAAN EPIDURAL

Doktor juga mengulas tentang kesan buruk yang boleh timbul semasa penggunaan epidural iaitu;

  • Epidural tidak berkesan mengurangkan sakit (1 dalam 10).
  • Menggigil dan gatal-gatal.
  • Tekanan darah menjadi terlampau rendah (1 dalam 50).
  • Sakit kepala yang amat sangat (1 dalam 100).
  • Gangguan sistem saraf sementara (1 dalam 1000).
  • Gangguan sistem saraf kekal (1 dalam 13000).
  • Jangkitan meningitis (kurang 1 dalam 50000).

Epidural Punca Sakit Belakang & Lumpuh? Doktor Ini Jelaskan 3 Kelebihan & 7 Risiko Penggunaan Epidural

EPIDURAL DAN KAITANNYA DENGAN SAKIT BELAKANG

Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin.Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan.

Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Tak dapat epidural pun sakit belakang ?

IKLAN

FAHAMI 3 PUNCA SAKIT BELAKANG SELEPAS BERSALIN

A) PERUBAHAN HORMON MENYEBABKAN LIGAMEN PELVIS LONGGAR

Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang.

B) PROSES TULANG BELAKANG KEMBALI KEPADA KEDUDUKAN ASAL

Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.

C) POSTUR BADAN YANG SALAH

Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.

Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang

Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.

Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai perubatan
Kesihatan Wanita & Kehamilan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI