
Eyka Farhana bakal timang bayi lelaki! Wow tahniah diucapkan buat pelakon Eyka Farhana dan suaminya, Akhyar Rashid yang mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Menerusi sebuah majlis gender reveal yang cukup indah dan penuh makna, pasangan ini berkongsi detik bahagia apabila mengumumkan jantina cahaya mata pertama mereka kepada umum. Momen istimewa itu turut dikongsikan di Instagram, lengkap dengan kapsyen ringkas namun menyentuh hati.

Detik Istimewa Dikongsikan
“Syukur Alhamdulillah, it’s a…,” tulis mereka sebelum detik kejutan sebenar dipaparkan dalam video tersebut.
Kata-kata ringkas itu berjaya mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminat yang menantikan pengumuman besar tersebut.
Dalam rakaman berkenaan, Eyka dan Akhyar dilihat berdiri bersama sambil memegang sebuah kotak misteri. Sebaik ditekan, semburan berwarna biru memenuhi ruang udara, menandakan mereka bakal menimang seorang bayi lelaki.
Pengumuman Eyka Farhana bayi lelaki ini bukan sahaja menyentuh hati, malah mencipta momen yang cukup bermakna buat pasangan tersebut yang kini melangkah ke fasa baharu sebagai ibu bapa.

Majlis Gender Reveal Serba Elegan dan Menenangkan
Majlis tersebut tampil cukup cantik dengan dekorasi yang estetik dan menenangkan. Rona putih dan coklat lembut mendominasi suasana, memberikan sentuhan elegan dan sederhana dalam masa yang sama.
Dari susun atur hingga ke pemilihan warna, jelas terpancar kebahagiaan pasangan ini untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka. Setiap elemen dekorasi dilihat disusun dengan teliti, mencerminkan cita rasa minimalis yang semakin popular masa kini.
Eyka dan Akhyar turut tampil sedondon dalam gaya kasual serba putih yang ringkas tapi cukup cantik dan sempurna.

Reaksi Peminat Terhadap Berita Gembira
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti tidak ketinggalan mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan kehamilan Eyka dipermudahkan.
Rata-rata meluahkan rasa gembira dan teruja melihat pasangan ini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.
Ucapan doa dan kata-kata semangat yang diberikan menunjukkan sokongan kuat daripada peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan mereka sejak dahulu lagi.
Fasa Baharu Dalam Kehidupan Rumah Tangga
Untuk rekod, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Mei 2025 selepas lebih lima tahun menjalinkan hubungan cinta.
Semoga segala urusan Eyka sepanjang kehamilan dipermudahkan dan bayi yang bakal dilahirkan nanti membesar dengan sihat serta menjadi penyeri dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


