Farhatul Fairuzah, Johan Qariah Antarabangsa Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah, Raih CGPA 3.90. Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran dan Hafazan peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Farhatul Fairuzah, Johan Qariah Antarabangsa Genggam Sarjana Muda Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Nor Farhatul menamatkan pengajian Sarjana Muda itu dengan memperoleh Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 3.90. Memulakan pengajian di UKM pada 2020 selepas tamat tingkatan enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, Nor Farhatul sebelum ini pernah menjadi pengacara dalam program Gema Haflah terbitan TV AlHijrah.
Raih CGPA 3.90
Berikut perkongsian Nor Farhatul di laman Instagramnya;
Alhamdulillah syukur pada Allah atas segalanya.
Terima kasih ya Rabb.. Terima kasih mak dan keluarga, semua guru-guru, lecturer Farha yang sangat Farha sanjungi. Kawan-kawab yang sangat Farha sayangi. Banyak memberi support system sepanjang Farha menempuh pembelajaran di Uni.. doakan Farha untuk masa mendatang.
Setiap perjalanan pasti ada cabarannya.. yang penting yakin pada Allahh kita mampu laluiNya.
Sebagaimana firman Allah SWT: لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al-Baqarah:286] Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu.
Perkongsian Nor Farhatul mendapat respon di kalangan rakan selebriti dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen rakan selebriti dan warga maya:
Dalam satu hantaran yang lain pula, Nor Farhatul turut memberi penghargaan kepada keluarga dan kawan-kawannya yang telah banyak memberi sokongan kepada dirinya.
MY SOUL.TERIMA KASIH KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN. TULANG BELAKANG SAYA SELAMA INI.
Tidak hanya cemerlang akademik, juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017) itu baru-baru ini menerima tauliah mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun!
Setelah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 9 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui sehingga kini dia masih belajar untuk menguruskan bayinya.
Berkongsi pengalaman menjaga anak sulungnya, Uyaina memberitahu dia dan suaminya iaitu penyanyi rap, Raja Shahiran sentiasa memberi sokongan mental antara satu sama lain.
Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Uyaina tetap bersyukur Raja Shahiran adalah pasangan hidupnya buat selama-lamanya.
“Daripada memang tak tahu apa-apa pada beberapa hari pertama (sebenarnya sampai sekarang), malam yang panjang tanpa tidur, menukar lampin setiap jam, meneka jenis tangisan @rajaurhandan masih mencari masa di antara nak bercakap dan berpegangan tangan dan saling memberi sokongan mental yang kami berdua perlukan, saya memilih awak.
“Saya pilih awak sampai akhir hayat. Sangat gembira, diberkati dan bersyukur kerana awak adalah pasangan hidup saya @rajasyahiranmy. kita boleh lakukan ini, hubby,” kata Uyaina.
Pelakon drama Love Elsa itu turut berkongsi video memperlihatkan suaminya mencium bayi lelaki mereka di TikTok.
Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan pada 9 September lalu.
Ahmad Fedtri Yahya, pengacara dan juga personaliti televisyen berkongsi berita gembira anak sulungnya, Indah Sutera Jannah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023. Indah mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan tersebut.
Menerusi laman sosial Instagram, pengacara Jejak Rasul itu telah memuat naik tangkap layar keputusan anaknya.
“Tahniah Kakak. Kakak Kerja Keras”
Keputusan UPKK sudah keluar. Ya Allah…. Syukur!!
Alhamdulilllah…
Tahniah kakak. Kakak kerja keras.Rezeki nak masuk umur baru tak lama lagi.
Sebak menangis mama daddy hari ni…
Syukur…tulis Fedtri di ruangan kapsyen.
Indah pula pada mulanya seakan tidak percaya ketika memeriksa keputusan peperiksaan berkenaan menerusi atas talian di telefon bimbit. Indah terkejut menatap keputusan yang terpampang pada ruangan skrin telefon.
Kejayaan kecil hari ini untuk yang lebih besar pada masa hadapan. Aminnn… kakak tak sangka dapat 8A
Ruangan komen bapa kepada empat orang cahaya mata ini meriah dengan ucapan tahniah daripada warga maya. Berikut antara ucapan warga maya:
Untuk rekod, Fedtri berkahwin dengan seorang guru, Nurul Anati pada Mei 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 12, Ahmad Wildan Arjuna, 10, Indah Rauvda Inaara, 7, dan Ahmad Firaas Mevlana,5.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang jemaah haji lelaki mencuri perhatian ramai apabila membawa pulang 15 patung anak unta dari Makkah sebagai cenderahati untuk cucu-cucunya. Kisah menyentuh hati ini bukan sahaja mempamerkan kasih sayang seorang datuk dan ayah, malah turut menyerlahkan sifat pemurah yang menjadi teladan dalam masyarakat.
Anaknya, Muhammad Shyrull Affendy Yacob, 32, memaklumkan bahawa ayahnya yang juga seorang usahawan katering di Melaka sangat dikenali dengan sikap pemurah, suka bersedekah, dan tidak pernah berkira dengan sesiapa, apatah lagi anak serta cucu.
“Ayah memang terkenal dengan sikap suka bersedekah kepada pelanggan dalam perniagaan, jadi tidak hairan kalau layanan terhadap cucu-cucu jauh lebih mesra dan bermakna,” ujar Shyrull.
Sambutan Penuh Emosi dan Kegembiraan
Shyrull turut berkongsi bagaimana anak-anak kecil begitu teruja menyambut kepulangan datuk mereka di lapangan terbang. Menurutnya, cucu-cucu melompat kegembiraan apabila melihat kelibat datuk yang sudah lama tidak mereka temui.
“Suasana mulanya agak sebak kerana sudah lama tidak bersua muka, tetapi terus berubah ceria apabila ayah keluar dari balai ketibaan dengan membawa unta mainan,” katanya.
Kejutan berupa 15 patung anak unta pelbagai warna yang digantung pada tali dan disandang di bahu menjadikan kepulangannya luar biasa istimewa.
Lebih Dari Sekadar Cenderamata
Selain anak unta mainan, datuk penyayang ini turut membawakan pelbagai cenderamata lain seperti coklat, kurma dan tasbih. Tidak seorang pun cucunya ketinggalan menerima buah tangan. Momen menyentuh hati ini dilengkapkan lagi dengan pelukan penuh rindu antara datuk dan cucu-cucunya.
“Cucu-cucu memang sangat rapat dengan ayah dan sebelum ketibaan pun mereka sudah tidak sabar menanti,” tambah Shyrull.
Nilai Murni Sejak Kecil
Menurut Shyrull, sikap mulia ayahnya bukanlah sesuatu yang baharu. Sejak kecil, ayahnya sudah menanamkan nilai-nilai murni seperti pemurah, kesederhanaan dan pentingnya membantu sesama insan.
“Sebab itu hubungan kami sangat rapat. Ayah sentiasa mengutamakan keluarga dan sifat kasih sayangnya tak pernah berubah,” katanya.
View on Threads
Sumber:- Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.