Fasa Membesar Anak Bukan Main-Main, Nutrisi Jadi Kunci Utama!

Share

Kalau anak makan sikit, kita yang jadi risau dulu. Lauk ada, nasi ada, tapi anak cuma jamah dua tiga suap lepas tu geleng kepala. Dalam hati, mama papa mula tertanya-tanya, cukup ke zat yang anak dapat hari ni?

Bila anak cerewet makan, sebenarnya bukan soal kenyang atau lapar semata-mata. Kita risau tentang tumbesaran mereka, tentang tenaga, tentang kesihatan, dan tentang sama ada apa yang anak makan hari ini cukup untuk menyokong mereka membesar dengan baik.

Cerewet Makan, Tapi Suka Yang Manis-Manis

Realitinya, anak-anak hari ini mudah tertarik dengan makanan manis. Biskut, snek, minuman berperisa semuanya nampak menyeronokkan di mata mereka. Kita pula sebagai mama papa, kadang-kadang terpaksa mengalah demi elak drama di meja makan.

Tapi dalam masa yang sama, kita tahu pengambilan gula berlebihan bukanlah sesuatu yang baik. Lebih membimbangkan, bila makanan manis menggantikan makanan berkhasiat, anak mungkin tidak mendapat mikronutrien penting yang diperlukan untuk membesar dengan sihat.

Ini Bukan Sekadar Perasaan, Ini Realiti Ramai Ibu Bapa

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2022), 21.3 peratus kanak-kanak bawah lima tahun di Malaysia berdepan cabaran pemakanan. Lebih separuh pula tidak memenuhi keperluan Kalsium dan Vitamin D yang disyorkan.

Kajian juga menunjukkan pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan masalah obesiti dan gigi, manakala kekurangan Kalsium dan Vitamin D boleh melemahkan tulang serta sistem imun. Tak hairanlah semakin ramai mama papa rasa serba salah setiap kali waktu makan tiba.

Usia 1 Hingga 9 Tahun, Masa Inilah Asas Anak Dibina

Usia 1 hingga 9 tahun adalah fasa penting dalam kehidupan anak. Inilah masa mereka belajar berjalan, bercakap, berfikir, berlari dan meneroka dunia dengan penuh rasa ingin tahu.

Namun, bila anak cerewet makan, bukan mudah untuk pastikan semua keperluan nutrisi mereka dipenuhi hanya melalui makanan harian. Di sinilah mama papa mula mencari jalan tengah, bukan untuk menggantikan makanan, tetapi untuk melengkapkan apa yang mungkin kurang.

Sokongan Terbaik, Jadi Pilihan Mama Papa

Untuk mama papa yang sedang berdepan situasi ini, memilih susu formula kanak-kanak sebagai sokongan harian boleh membantu. Morinaga Chil-kid Step 3 (1–3 tahun) dan Morinaga Chil-kid Step 4 (3+ hingga 9 tahun) diformulasikan khas mengikut keperluan usia anak, agar sokongan nutrisi yang diberikan lebih tepat dan bersesuaian.

Apa yang membuatkan susu ini pilihan yang baik adalah ia diformulasi tanpa sukrosa tambahan, membantu mengurangkan pengambilan gula yang tidak perlu. Pada masa sama, kandungan Kalsium dan Vitamin D yang dipertingkatkan menyokong pembentukan tulang yang kuat serta daya tahan badan anak yang sedang aktif membesar.

Ikut Peringkat Umur, Ikut Keperluan Anak

Morinaga Chil-kid Step 3 (1–3 tahun) yang membantu membina asas kukuh untuk imuniti, perkembangan otak, kesihatan mata dan sistem penghadaman anak dalam fasa awal kehidupan.

Apabila anak membesar, Morinaga Chil-kid Step 4 (3+ hingga 9 tahun) meneruskan sokongan nutrisi dengan kandungan vitamin dan mineral yang dipertingkatkan untuk membantu menguatkan tulang, meningkatkan fokus serta menyokong prestasi pembelajaran anak yang semakin aktif.

Dengan pengambilan dua hingga tiga hidangan sehari sebagai sebahagian daripada diet seimbang, ia membantu mama papa rasa lebih yakin bahawa keperluan nutrisi harian anak disokong dengan baik.

Nutrisi Lengkap Untuk Anak Yang Aktif dan Ceria, Bagusnya!

Zaman kanak-kanak sepatutnya dipenuhi dengan tenaga, rasa ingin tahu dan kegembiraan. Morinaga Chil-kid dirumus dengan gabungan lebih 45 nutrien penting yang bekerjasama untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan anak secara menyeluruh.

ARA dan DHA membantu menyokong perkembangan otak dan mata. Inositol pula membantu hubungan saraf otak yang lebih baik. GOS menyokong sistem penghadaman yang sihat, manakala 5 Nucleotides membantu menyokong sistem imun serta pembentukan sel. Gabungan 21 vitamin dan mineral pula membantu melengkapkan keperluan nutrisi harian anak dengan lebih seimbang.

Kalsium dalam Morinaga Chil-kid pula diformulasikan dengan penyerapan yang lebih baik, dibantu oleh Vitamin D, K, Fosforus dan Magnesium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

Jom, perhatikan kandungan nutrien yang ada di dalam Morinaga Chil-kid Step 3 dan Step 4!

Sejak 1968, Morinaga telah menjadi pilihan keluarga, menyokong tiga generasi dengan nutrisi susu yang dipercayai. Kini hadir Morinaga Chil-kid Step 4, produk terbaru yang direka khas berdasarkan formula Step 3, untuk membantu anak-anak berkembang dengan sihat.

Produk ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 9 tahun, fasa emas mereka untuk pembentukan tulang, pembelajaran, dan pertumbuhan menyeluruh.

Morinaga Chil-kid Step 4 dirumus dengan jumlah nutrien yang tepat pada usia yang tepat, supaya setiap keperluan tumbesaran anak dapat dipenuhi secara optimum.

Berbanding formula sebelumnya, ia menawarkan:

  • Kalsium lebih tinggi (+13%) untuk tulang yang kuat
  • Fosforus lebih (+5%) untuk menyokong perkembangan tulang dan gigi
  • Vitamin D lebih (+9%) untuk membantu penyerapan kalsium

Formula ini juga disesuaikan dengan perubahan fisiologi kanak-kanak, memastikan setiap tumbesaran mereka dipantau dan disokong secara tepat.

Dari Jepun ke Belanda, Dengan Penjagaan Yang Menenangkan Hati

Setiap tin Morinaga Chil-kid dihasilkan dengan komitmen terhadap sains, kualiti dan keselamatan. Susu tenusu premium diperoleh dari Belanda, daripada lembu yang diternak secara bebas di padang rumput hijau. Dengan panduan sains dan ketelitian dari Jepun, setiap peringkat pengeluaran melalui kawalan kualiti yang ketat.

Proses Pemeriksaan Berganda di Belanda dan Jepun memastikan hanya produk yang memenuhi piawaian tinggi dibawa masuk ke Malaysia, memberi ketenangan kepada mama papa dalam setiap pilihan yang dibuat. Untuk pengetahuan mama papa, jenama Morinaga adalah satu-satunya jenama yang melalui proses pemeriksaan berganda. Betul-betul teliti!

Bila Anak Sihat, Kita Pun Lebih Tenang

Anak-anak yang sihat biasanya lebih bertenaga, ceria dan aktif. Mereka lebih bersedia untuk belajar, bermain dan menikmati rutin harian tanpa mudah letih atau lesu. Apabila nutrisi disokong dengan baik, mama papa juga boleh menarik nafas lega, walaupun anak melalui fasa cerewet makan.

Buat Yang Terbaik, Kerana Anak.. Insan Yang Kita Sayangi!

Sebagai mama papa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak. Untuk menyokong tumbesaran mereka, semuanya bermula dengan pemakanan yang seimbang dan berkualiti.

Bagi anak-anak yang cerewet makan, memilih susu seperti Morinaga Chil-kid Step 3 dan Step 4 boleh menjadi salah satu cara untuk melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka. Bukan untuk menggantikan makanan, tetapi untuk membantu menyokong perjalanan membesar anak agar mereka kekal sihat, kuat dan gembira.

Produk ini boleh didapati di farmasi, kedai ubat cina dan pasar raya. Mama papa juga boleh mendapatkannya dengan lebih mudah melalui pembelian dalam talian di mori2u online store. Jom sama-sama berikan nutrisi yang cukup untuk anak-anak!

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang MORINAGA MALAYSIA

 

Published by
Emy H