Memang banyak pusat Pendidikan awal yang ada di Malaysia dewasa ini. Salah satunya adalah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang biasanya akan dipenuhi dengan pelajar-pelajar melayu kerana ia menawarkan pembelajaran berasaskan Islam kepada kanak-kanak.
Tapi berbeza pula dengan sebuah PASTI yang terletak di Johor yang mana salah seorang pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak berbangsa India. Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh tenaga pengajar atau Ustaz dari PASTI tersebut menyatakan bahawa ibu dan ayah pelajar tersebut yang memohon sendiri untuk anak mereka belajar di sana. Malah menurut ustaz tersebut, mereka sangat berminat untuk anak mereka belajar di PASTI.
“adik Reshannya, pelajar yg cukup istimewa drpd PASTI kami.. fasih m’baca doa makan & doa sebelum belajar dlm Bahasa Arab..”
Ads
Ads
Ibu tak kisah, malah bangga anak belajar di PASTI
Dalam komen posting yang dibuat, ibu pelajar terbabit yang menggunakan nama Zara Sara turut respon dan menyatakan bahawa dia tak kisah dan bangga anaknya belajar semua itu. Perkongsian ini juga turut mendapat respon positif daripada warga net yang lain.
Ads
Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang seakan sama dengan ustaz tersebut
Bagus ibu bapa pelajar ini tak kisah anak belajar tentang Islam. moga lebih ramai ibu bapa yang bersikap terbuka seperti ibu Reshan, barulah masyarakat kita boleh hidup dengan aman damai.
Ibu bapa mana yang tak pernah menengking anak? Rasanya kalau sudah bergelar ibu ayah, sekurang-kurangnya mesti ada sekali anda akan ‘tertengking’ anak walaupun dalam hati sudah berazam tak mahu lagi jerit dan tengking anak.
Sebenarnya semua ibu adalah hebat. Bukan mudah tugas membesarkan seorang anak cuma kadang kala sebagai insan biasa ibu juga pernah membuat silap.
Bagaimanapun seorang ibu akan seboleh mungkin memperbaiki dirinya supaya menjadi ibu yang terbaik kepada anak-anak. Biasanya lepas tengking atau marah anak, ibu akan menyesal atas keterlanjurannya. Kalau sudah terpukul anak, ada juga yang bukan sahaja rasa menyesal tetapi senyap-senyap menangis kerana rasa bersalah.
Untuk semua ibu yang berhati mulia, berusahalah untuk hilangkan rasa kesal dan bersalah selepas anda menengking anak kerana sebenarnya tidak ada ibu yang mahu berbuat demikian terhadap anak sendiri, tetapi kebanyakan ibu yang baik mesti akan melakukannya kerana mahu yang terbaik buat si anak.
Jika anda tanpa rela kerap menengking Si Manja, maka diharap beberapa tip ini dapat membantu diri anda.
1. Tanamkan azam untuk tidak marah anak bila bangun dari tidur
Sebelum tidur sentiasa sematkan dalam diri anda untuk menjadi ibu yang lebih baik hari esok berbanding hari ini. Sebaik bangun tidur, cakap pada diri sendiri yang hari ini anda nak jadi ibu yang paling baik dan tak marah anak. Permulaan yang baik di pagi hari akan mengurangkan risiko anda cepat ‘naik angin.’
2. Tanya diri sendiri, “Seronok ke terjerit-jerit kat anak depan orang lain”?
Ia memang agak memalukan diri sendiri kalau kita hilang kawalan diri dan naik angin depan orang lain. Bayangkan ada orang lain dalam bilik bersama anda dan anak, ini membantu meredakan kemarahan anda.
3. Tahu had sempadan anda
Tetapkan had sempadan pada diri sendiri supaya anda tidak menengking anak. Bila anda menghampiri garisan had itu cepat-cepat ingatkan diri sendiri dengan cara beredar dari situasi tersebut. Seminit dua ‘keluar’ dari zon marah membantu anda mengelakkan tingkah laku yang hanya akan membuatkan anda menyesal selepas itu.
4. Fikirkan persoalan ini, “Berbaloikah menjadi perengus dan pemarah?”
Kalau asyik marah dan menjerit saja, mesti kita rasa cepat letih. Jadi memang tak berbaloi kalau asyik nak marah anak-anak sahaja. Kalau anda boleh kawal marah sebelum ia muncul, sudah tentu anda boleh ‘selamatkan’ hari anda menjadi lebih tenang dan bermakna.
5. Minta bantuan suami
Menguruskan hal anak-anak bukan hanya tugas ibu sahaja. Jangan lupa libatkan sekali teman hidup anda! Beritahu suami anda supaya segera mengambil alih urusan anak-anak bila anda sudah bertukar menjadi ‘singa lapar’. Ia sangat membantu! Ibu yang sedang naik angin memang cenderung menengking dan mungkin naik tangan pada anak-anak. Buat juga perkara yang sama jika suami anda sedang marahkan anak-anak.
6. Penuhkan hari dengan perkara positif
Mulakan hari dengan solat dan doa. Sentiasa mohon kepada Tuhan agar memberikan anda kesabaran dan kekuatan untuk berhadapan dengan kerenah anak-anak. Semoga perjalanan kita seharian membesarkan anak dipermudahkan oleh Allah SWT.
7. Bayangkan perkara buruk
Sentiasa bayangkan benda buruk kalau anda jenis ibu yang akan menjerit dan menengking anak bila marah. Risiko untuk anda hilang kawalan diri bila marah iaitu akan pukul anak sampai lembik atau tercedera. Memang minta dijauhkan. Bila fikir perkara buruk sudah tentu anda tak mahu jadi ibu yang kuat menengking.
8. Jadilah seperti guru dengan murid
Memang geram kalau kena ulang cakap perkara yang sama banyak kali. Tapi, sentiasa ingat yang anak anda adalah insan kecil yang sedang belajar tentang kehidupan dan menjadi insan yang baik satu hari nanti. Jadi jangan harapkan mereka boleh jadi sempurna dalam masa sehari dua. Bila anda anggap mereka sedang dalam proses belajar maka terasalah seperti seorang guru sedang mengajar anak murid dan bukan ibu yang keletihan berhadapan dengan anak yang nakal.
9. Dengar perkara yang menenangkan
Bila rasa marah, orang kata dengarlah bunyi-bunyian yang mampu memberi ketenangan seperti alunan muzik, zikir, bacaan al-Quran. Ia mampu memberikan magis kepada diri anda yang sedang menahan kemarahan.
10.Banyakkan berzikir & beristighfar
Bagi yang muslim, eloklah banyakkan berzikir dan beristighfar apabila anda rasa hendak marah dan menengking anak.
Paling penting, jangan hilang sabar dengan diri sendiri. Sama seperti anak anda, proses ini juga satu pengalaman belajar bagi diri anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali musim cuti sekolah mulalah anak tidur lambat kerana tidak perlu ke sekolah. Sudahlah tidur lambat, bangun pula terlebih awal macam hendak ke sekolah.
Jangan dibiasakan rutin tidur yang semacam ini pada anak-anak kecil kita. Ada risikonya yang mak ayah perlu tahu.
Apa yang perlu mak ayah tahu, waktu tidur anak merupakan aspek penting dalam perkembangan mereka kerana ia boleh membantu tubuh dan minda mereka berkembang dengan sihat.
Jadual tidur yang konsisten bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan mood, daya tumpuan, dan pembelajaran anak.
Menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, tindakan anak tidur lambat tetapi bangun cepat adalah tidak bagus kerana ia boleh mengganggu otak.
“Tidur lambat tapi bangun cepat ini sebenarnya kurang baik untuk anak-anak.
“Jika tak cukup 7-8 jam sehari tidur yang berkualiti otak jadi lemau, memori lemah dan susah faham pelajaran nanti,” jelasnya.
Jadi, bagi memastikan waktu tidur anak mencukupi, terdapat tiga perkara yang ibu ayah di luar sana boleh lakukan. Antaranya adalah:
1. Waktu tidur paling ideal adalah 9 – 10pm. Hal ini kerana waktu tersebut senang untuk membuatkan diri anak memasuki fasa deep sleep atau tidur tena. Selewat-lewatnya adalah jam 11ppm, jangan terlajak!
2. Boleh latih anak bangun seawal 6-7am setiap hari. Ini waktu terbaik untuk mereka menunaikan solat dan bersiap ke sekolah.
3. Ajar anak juga jika ada masa atau peluang, tidur sekejap di tengah hari selama 30min – 1 jam agar minda kekal cerdas.
Bukan itu sahaja bahkan ibu ayah perlu memastikan anak di bawah usia 6 tahun ke bawah supaya mempunyai Waktu nap time sehari sekurangnya 30 minit. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet atau mainan di rumah.
Waktu tidur anak yang mencukupi perlu diutamakan agar si kecil tidak ‘lemau’ sepanjang hari malah otaknya cergas dan sihat untuk berada lama di sekolah.
Perginya si kecil dalam satu kemalangan jalanraya, keluarga tidak sanggup memberitahu si ibu perkhabaran pilu yang bayinya Nur Auliya Inara sudah tiada.
Dalam kemalangan yang berlaku pada 14 April lalu, 4 sekeluarga terlibat dalam kemalangan jalanraya di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru. Seorang bayi perempuan, Auliya Inara berusia 10 bulan maut manakala tiga ahli keluarganya iaitu bapa, Mohamad Nirzaudy Haiqal, ibu, Wan Nur Izzaty Wan Mohd. Zaffar dan kakaknya, Nur Auliya Maisara, 2 tahun cedera.
Perkongsian daripada bapa saudara Allahyarham Auliya Inara, Mohamad Nirzuannudin Anuar, ini menyentap hati. Kesedihan keluarga diluahkan, apatah lagi apabila ibu Inara, Wan Nur Izzaty yang bertanya di mana anaknya setelah sedar dari koma dan bertarung nyawa dengan pendarahan yang teruk.
Bapa sedang bertarung nyawa di wad ICU dan masih koma. Dia seolah-olah berperang menentukan hidup dan mati.
Syukur ibunya sudah sedar setelah bertarung nyawa di ICU kerana koma akibat pendarahan yang teruk.
Apabila ibu Inara bertanya di mana Inara, kami semua tunduk & diam. Air mata tidak berhenti membasahi pipi.
Inara alami pendarahan kepala & terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover. Sungguh menyayat hati…
Sungguh kejam pembunuh Inara!!!Naik kereta mewah nampak rasa gagah.
Bapa Inara memandu kelajuan 80km/jam. Berapa kelajuan kereta si pembunuh yang melanggar hingga arwah terpelanting dari kereta & jatuh ke bawah flyover?
Terima kasih yang membantu. Semoga ibu bapa & kakak arwah sihat seperti sediakala. Alfatihah untuk anak syurga Inara.