“Fatimah Dah 2 Tahun Lebih, Masih Tak Percaya” Fazura Mohon Doa Untuk Timang Cahaya Mata Ke-2

Share

Pelakon dan usahawan, Fazura seperti tidak percaya anak sulungnya, Fatimah sudah berusia dua tahun lebih pada tahun ini.

“Dia dah 2 tahu lebih, masih tak percaya  she’s my little mini-me”
Isteri kepada pelakon Fatah Amin ini turut memohon doa ramai agar mendoakan dia untuk memiliki cahaya mata kedua secepatnya.
“Bagi yang bertanya bila nak ada second baby? Doakan rezeki bakal tiba.. mudah-mudahan.. amin”
Tambahnya pemilik tudung bawal di bawah jenama FAZURA, dia bersyukur diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga dan dia memilih hidup secara sederhana.
“Bersyukur jika sentiasa ada ketenangan dan kebahagiaan. Sederhana cara kami”
Rata-rata warga maya mendoakan Fatimah untuk memiliki adik tak lama lagi.
Kredit: Fazura
IKLAN