Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin meluahkan rasa kebimbangannya terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang dikhabarkan kurang sihat.
Menerusi Insta Storynya, Fattah dilihat berkongsi tangkap layar daripada akaun IG Fatima yang menunjukkan anak tunggalnya itu diberikan ubat.
Perkongsian Fattah juga mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi tidak dapat bertemu anaknya.
“Dah berapa kali Daddy datang, tapi tak dapat jumpa Fatima.
Ads
“Kesian Fatima tak sihat,” tulisnya.
Bahkan Fattah yang turut diberikan kebenaran untuk berjumpa Fatima tiga kali seminggu itu juga meminta mendoakan Fatima agar segera sembuh.
“Mohon doakan Fatima,” tulis Fattah.
Ads
Terdahulu, Fattah dan Fazura mencapai kata sepakat berhubung hak penjagaan anak. Hak penjagaan diserahkan sepenuhnya kepada Fazura, manakala aktor itu diberikan hak lawatan dan bermalam.
Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Terdahulu, Fattah dan Fazura yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. Pasangan ini bagaimanapun bercerai talak satu pada Oktober 2024.
Salam takziah buat aktor Sharnaaz Ahmad atas pemergian bapa tercinta, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh Sharnaaz menerusi laman Instagram miliknya, mengundang rasa simpati ramai.
“Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.40 pagi
“Dia tidak pernah berputus asa berjuang, tetapi jantungnya berhenti berdetak. Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya!
“I love you papa. Al-Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat kepada kami semua.”
“I am half as strong as you, half as good father as you.. Now teach me to be a great one like you from heaven,” titipnya pilu.
Sharnaaz turut memberi tahu, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, George Town.
Terdahulu, pelakon Polis Evo 3 itu memuat naik foto bapanya yang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Rakan selebriti dan warga maya merakamkan ucapan takziah buat Sharnaaz dan berharap beliau dikurniakan ketabahan dan segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.
Musim banjir yang amat buruk sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur kini semakin membimbangkan kita. Dalam tempoh beberapa hari ini sahaja sudah mengorbankan lebih dua orang kanak-kanak dek kerana tiadanya pantauan ibu bapa.
Siapa kita untuk menghalang takdir Allah. Namun kita perlu mempersiapkan diri jika kita diuji ketika musim banjir ini. Jika anak hampir lemas, usahakan bantuan ini segera seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan.
BANTUAN KECEMASAN MANGSA LEMAS
Sewaktu musim banjir ini, perkara yang paling dikhuatiri adalah kehilangan nyawa akibat lemas. Bantuan kecemasan yang betul kepada mangsa lemas boleh mengelakkan perkara itu.
Apakah perlu dilakukan jika terlihat ada mangsa sedang kelemasan di dalam air?
◼️Nilai Tahap Bahaya
Perkara pertama yang anda harus lakukan sebelum membantu adalah menilai tahap bahaya. Nilai sama ada keadaan adalah selamat untuk anda masuk ke dalam air, dan anda mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk membantu.
Jika keadaan air tidak selamat, atau anda tidak mahir berenang dan menyelamat, maka segera dapatkan bantuan segera. Boleh hubungi talian 999 untuk dapatkan panduan dan bantuan kecemasan dari anggota terlatih.
Sementara menunggu, cuba untuk mencapai mangsa dari tempat yang selamat, seperti bot atau pantai. Jika anda tidak dapat mencapainya, lemparkan mereka alat pelampung atau tali untuk membantu mereka tetap terapung.
◼️Periksa Pernafasan
Setelah mangsa dikeluarkan dari air dan dapati tidak sedarkan diri, dongakkan kepala mangsa, periksa mulut dan salur pernafasan. Gunakan jari untuk mengeluarkan sebarang objek pepejal yang menyekat saluran pernafasan.
Palingkan mangsa ke posisi mengiring untuk mengeluarkan cecair yang berkemungkinan berada di dalam mulut, dan salur pernafasan. Lihat selama 10 saat. Jika mangsa tidak bernafas, mulakan prosedur CPR dengan segera.
Jika anda tidak terlatih dalam melakukan prosedur CPR, cuba cari sesiapa yang terlatih atau hubungi talian 999 untuk dapatkan panduan bantuan kecemasan dan CPR dari anggota terlatih melalui telefon.
◼️Prosedur CPR Mangsa Lemas
Prosedur CPR adalah lebih berkesan dan selamat jika ia dilaksanakan oleh individu terlatih. Prosedur ini boleh menyebabkan kecederaan pada pelaksana dan mangsa jika dilakukan menggunakan teknik yang salah.
Berikut adalah ringkasan prosedur CPR: -Berikan tekanan dada selaju 100 tekanan/minit. -Kedalaman tekanan dada hendaklah lebih 5cm. -Setiap 30 tekanan dada, buat 2 pernafasan mulut-ke-mulut/BVM (nisbah 30:2) -Setiap pernafasan, hendaklah sekitar 1 saat -Setelah CPR 2 minit periksa nafas dan nadi -Sambung CPR jika masih tiada nafas atau nadi -CPR sehingga bantuan tiba atau pesakit bernafas
Andai kata anda tidak berhasrat untuk melakukan pernafasan mulut-ke-mulut, langkau(skip) sahaja langkah itu. Hanya teruskan tekanan dada. Jika anda kepenatan, minta bantuan orang lain untuk sambung prosedur CPR.
◼️Pantau Mangsa Setelah CPR
Setelah mangsa boleh bernafas sendiri, letak mangsa dalam posisi mengiring ke kiri. Pantau pernafasan mangsa sehingga mangsa sedar. Jika mangsa berhenti bernafas semula, maka mulakan semula prosedur CPR.
Mangsa yang telah berjaya diselamatkan perlu diselimutkan tubuhnya untuk mengelakkan mangsa mengalami hipotermia(suhu badan terlalu rendah). Mangsa juga perlu ditenangkan, diberi ruang dan tidak terlalu diganggu.
Tunggu hingga ambulans atau petugas kesihatan tiba. Mangsa lemas perlu diperiksa oleh doktor walaupun telah sedar dan bernafas sendiri. Ini kerana mangsa lemas boleh mengalami beberapa komplikasi. Pemeriksaan lanjut diperlukan.
Intan Ladyana sebak, anak sulung masuk sekolah,”Anak Mommy dah ready, Mommy yang tak ready.” Ramai ibu-ibu bila mana anak sulung mula sekolah, selalunya akan mengalirkan air mata.
Ini tidak terkecuali dengan pelakon dan pengacara Intan Ladyana. Ketika menghantar anak sulungnya, Evie Khadeeja yang kini berusia tiga tahun menghadiri hari pertama sesi persekolahan tadika, Intan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir laju.
Melalui entri di laman Instagram Story, Intan berkongsi momen anak pertamanya itu sudah bersedia untuk ke sekolah.
Kelihatan Evie comel dengan pakaian seragam sekolahnya. Paling mencuri perhatian warga maya ialah situasi di mana Intan sebak dan menitiskan air mata ketika menghantar Evie ke sekolah.
Tidak hanya Intan, Haris juga turut berkongsi momen anak sulungnya memasuki alam persekolahan.
“Drama di pagi hari. First day Evie pergi school. Dia smile tapi mommy dia pula tak smile,” tulis Haris di ruangan kapsyen.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif pada 5 Februari 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang kini berusia lapan bulan.