Pempengaruh media social dan usahawan, Fila Amir dan suami, Muhammad Adama Camara menarik perhatian ramai apabila menyediakan wang perbelanjaan yang banyak bagi menyambut kelahiran bayi sulung mereka.
Menerusi video yang dikongsikan Fila di Tik Toknya, kedua mereka dilihat turut sama mengunjungi kedai barangan bayi bagi membeli beberapa kelengkapan untuk si comel mereka.
Jelas Fila, suaminya sangat teruja dengan kehamilannya dan telah membeli banyak kelengkapan walaupun baru memasuki sebuah kedai.
Apa yang membuatkan pempengaruh itu geli hati sudah tentu tindakan suaminya yang menyangka barangan bayi mahal sehingga memperuntukkan jumlah wang yang cukup besar.
Ads
“Papa (suami) teruja sangat, sekali pergi kedai walaupun sudah banyak kali beli pun harganya baru dalam RM1,000 lebih.
“Dia ingat barang bayi mahal.
Ads
“Alhamdulillah sudah selesai bab baju, banyak lagi yang nak kena beli,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat pasangan tersebut berbelanja untuk anak mereka.
Ads
Fila dan suami bahkan dipuji kerana tidak berkira-kira untuk menyambut orang baru dalam keluarga mereka.
Seorang pelajar cemerlang yang penuh harapan untuk masa depan telah meninggal dunia selepas koma sehari sebelum menduduki ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tragedi ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng, Batu Pahat Johor ini disahkan mengalami cerebrovascular accident (CVA) yang membawa kepada strok pada Ahad lalu.
Kehilangannya bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, malah seluruh komuniti sekolah yang selama ini menjadi saksi usaha gigih dan kecemerlangannya.
Pelajar perempuan tersebut, Sim Hui Yi, 17 tahun, dilaporkan mengalami pendarahan otak yang membawa kepada pemergian secara tiba-tiba dan di luar jangkaan.
Menurut bapanya, Shen Kang Xiang, Hui Yi mengadu sakit kepala yang teruk ketika berada di rumah pada malam Ahad, 2 Disember, sebelum tiba-tiba pengsan tidak lama kemudian.
Beliau segera membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran di mana keadaannya masih stabil, sebelum dipindahkan ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan lanjut.
Ujarnya, doktor mendapati saluran darah ke otak mangsa pecah menyebabkan remaja itu mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan berada dalam keadaan koma.
“Anak saya mengejutkan saya dan isteri pada jam 4 pagi, menangis kesakitan dan menggeliat di atas katilnya.
“Dari riak wajahnya, saya dapat melihat dia berada dalam kesakitan dan tidak mampu bercakap,” kata Kang Xiang.
Kang Xiang menjelaskan bahawa pada mulanya beliau menyangka sakit kepala yang dialami anaknya hanyalah akibat tekanan menjelang peperiksaan SPM yang semakin dekat.
Namun, hasil imbasan perubatan menunjukkan bahawa anaknya sebenarnya mengalami pendarahan otak.
Beliau turut dimaklumkan oleh guru sekolah bahawa Hui Yi kelihatan pucat sepanjang minggu sebelum kejadian, meskipun anaknya tidak pernah mengadu tentang sebarang masalah kesihatan.
Dengan hati yang pilu, Kang Xiang menggambarkan anak perempuannya sebagai seorang yang taat, berakhlak mulia, dan sentiasa menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang.
Hui Yi baru sahaja mencapai kejayaan gemilang dalam peperiksaan percubaan SPM dengan keputusan 10A dan 1B, membuktikan dedikasi serta usahanya dalam pelajaran.
Hati siapa yang tidak luluh bila mendengar kisah seorang bayi kecil yang baru mengenal dunia, ditinggalkan keseorangan tanpa belaian seorang ibu.
Malam Jumaat yang sepatutnya tenang dikejutkan dengan penemuan menyayat hati seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir, dibalut dengan kain napkin dan diletakkan di dalam sebuah kotak di pondok menunggu bas berhampiran Surau Batu 5, Alai, Kandang.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian itu disedari kira-kira jam 9.20 malam oleh seorang jemaah surau sebelum beliau segera menghubungi pihak polis.
Balai Polis Kandang yang menerima maklumat bergegas menghantar anggota ke lokasi. Pemeriksaan mendapati bayi berkenaan masih bernyawa dan ditempatkan dalam sebuah kotak berwarna coklat di atas tempat duduk pondok bas.
“Bayi seberat 2.7 kilogram itu masih bertali pusat, dianggarkan berusia sekitar tujuh hari dan berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang kecederaan,” kata sumber.
Tidak lama kemudian, ambulans tiba di lokasi kira-kira 25 minit selepas panggilan dibuat. Pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan awal mengesahkan bayi itu stabil sebelum membawanya ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut hadir membantu siasatan di lokasi sebelum kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Deputi Komisioner Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu dan ia disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Kisah ini sekali lagi membuka mata masyarakat tentang isu pembuangan bayi yang masih berlaku. Walaupun bayi itu ditemui dalam keadaan selamat, persoalan besar yang tinggal adalah mengapa nyawa sekecil itu harus menanggung takdir seberat ini.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Akhirnya keluar juga!” itu antara komen paling banyak bawah perkongsian Mohamad Hakim di Facebook semalam bila beliau berkongsi takwim sekolah 2026 yang baru diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ramai ibu ayah terus tag pasangan, kawan-kawan dan siap tulis, “Yes! boleh plan cuti awal-awal!”
Mana taknya bagi mak ayah, takwim sekolah ni bukan sekadar senarai tarikh buka dan cuti sekolah, tapi “kit survival” untuk setahun. Sebaik sahaja keluar je, terus boleh mula kira bajet, plan balik kampung, pilih tarikh bercuti, dan kadang tu siap kira bila raya jatuh tahun depan!
Menurut perkongsian rasmi KPM dan disahkan juga oleh PanduanMalaysia.com, sesi persekolahan 2026 akan bermula pada:
11 Januari 2026 (Ahad) bagi Kumpulan A — Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor.
12 Januari 2026 (Isnin) bagi Kumpulan B — negeri-negeri lain seperti Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Pengumuman ni disambut gembira sebab ia beri ruang pada ibu ayah untuk buat perancangan lebih awal, bukan setakat urusan sekolah anak, tapi juga rutin keluarga sepanjang tahun.
Zaman sekarang, cuti sekolah bukan sekadar masa anak berehat — tapi masa paling sesuai untuk bonding keluarga. Bila dah tahu takwim sekolah 2026, ibu ayah boleh plan lebih awal — elak harga hotel melambung, atau tiket habis bila musim peak.
Contoh: cuti pertengahan tahun boleh plan road trip ke pantai timur, atau hujung tahun buat family staycation.
Tarikh sekolah buka = masa untuk kira bajet buku, uniform, beg, yuran sekolah dan duit belanja anak. Bila tahu awal, senang nak simpan sikit-sikit setiap bulan. Taklah nanti hujung tahun baru nak ‘terkejar-kejar’ cari duit beli semua serentak.
Bila dah tahu bila anak cuti panjang, ibu ayah senang nak plan bila nak balik kampung, buat kenduri, atau majlis kahwin keluarga. Tahun depan kalau raya jatuh tengah-tengah minggu, sekurang-kurangnya dah boleh adjust cuti dari sekarang.
Bagi anak kecil — terutama yang baru nak masuk Tahun 1 atau naik ke sekolah menengah — tahu bila sesi mula penting untuk bantu mereka adapt lebih awal. Boleh latih tidur awal, siapkan jadual belajar, dan ‘tune’ balik waktu makan supaya tak terkejut nanti masa buka sekolah.
(Rujukan rasmi penuh boleh semak di portal Kementerian Pendidikan Malaysia atau dokumen PDF Takwim Akademik 2025/2026 yang dimuat naik di laman KPM.)
💡 1. Buat “Family Calendar” di rumah
Cetak takwim rasmi dan tampal di peti sejuk atau ruang tamu. Tandakan dengan warna berbeza — tarikh buka sekolah, cuti penggal, hari penting anak (exam, sukan, concert). Nampak senang, tapi sangat membantu bila semua tahu jadual.
💡 2. Mulakan tabung khas ‘back to school’
Duit RM20–50 sebulan pun dah cukup kalau disimpan konsisten. Bila tiba masa beli keperluan sekolah, tak terasa sangat beban.
💡 3. Rancang cuti tahunan ikut jadual anak
Kalau tahu cuti sekolah panjang bulan Jun, boleh align cuti tahunan suami isteri waktu tu. Dapat luang masa bersama anak tanpa ganggu kerja.
💡 4. Guna cuti sekolah untuk aktiviti ‘soft learning’
Daripada anak main gajet je, gunakan masa cuti untuk aktiviti macam baking, berkebun, DIY, atau mini trip ke muzium dan taman sains. Semua tu bantu kembangkan kemahiran tanpa tekanan belajar.
💡 5. Persediaan emosi anak
Bila sesi sekolah makin dekat, berbual dengan anak tentang apa yang mereka nanti — cikgu baru, subjek baru, atau kawan baru. Kadang anak pun ada anxiety mereka sendiri. Bila mak ayah tenang, anak pun lebih yakin.
Bila dah tahu bila anak cuti, ibu ayah pun boleh plan masa untuk diri sendiri. Contohnya masa anak ke sekolah, boleh susun rutin senaman ringan, berehat, atau buat aktiviti yang tertunda lama. Jadi, takwim sekolah 2026 bukan je untuk anak, tapi juga untuk keseimbangan hidup keluarga.
Perkongsian Mohamad Hakim di Facebook mungkin nampak ringkas — tapi bagi ibu ayah seluruh Malaysia, ia bagaikan signal rasmi untuk mula buat “mission planning” tahun depan! Dari bajet ke cuti, sampai ke urusan raya, semuanya boleh diatur bila tahu takwim awal.
Jadi, jangan tunggu lama muat turun takwim sekolah 2026 dari laman rasmi KPM, tampal di rumah, dan mula rancang sekarang. Sebab bila ibu ayah rancang dengan baik, tahun persekolahan anak pun pasti lebih tenang dan tersusun.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.