Cuti sekolah tak lama lagi mesti ada yang ambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.

Untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari senaraikan apa yang perlu dibuat untuk menjaga anak lepas berkhatan, terutamanya untuk mama yang pertama kali nak jaga hero.

Pertama kali jaga anak lepas berkhatan? 

Ni antara ilmu penjagaan yang penting untuk mak ayah semua praktikkan:

First Time Jaga Anak Berkhatan? Doktor Beri Tip Mudah Nak Cepat Sembuh!

IKLAN
  1. Perhatikan jika pendarahan tidak berhenti daripada luka berkhatan. Jika berlaku, terus ke fasiliti kesihatan untuk rawatan lanjut.
  2. Galakkan anak untuk pakai kain sarung atau pakaian yang longgar dulu.Pangkal yang terdedah tu mungkin terasa lebih sensetif dan ngilu pada peringkat awal.
  3. Pesan kat dia supaya tak lakukan aktiviti lasak. Tunggu dulu hingga luka tu sembuh sepenuhnya.
  4. Berikan anak makanan yang mengandungi banyak protein seperti ayam dan telur supaya luka lekas sembuh dengan sempurna.
  5. Ingatkan dia supaya minum air secukupnya. Barulah tak sembelit dan tak terdehidrasi.
  6. Jika dia mengadu sakit, boleh berikan ubat penahan sakit seperti Paracetamol setiap 6-8 jam.
  7. Pesan jugak kat anak supaya cuci tangan sebelum nak sentuh luka berkhatan dan pastikan tempat luka tu bersih dan kering.

Penting tau. Kalau tak jaga betul-betul, takut berlaku jangkitan pada luka.

Nak gunakan topical antibiotic seperti Chloramphenicol pun bagus.

First Time Jaga Anak Berkhatan? Doktor Beri Tip Mudah Nak Cepat Sembuh!

Ada apa apa pantang tak doktor?

IKLAN

Tak ada. Follow je tips yang saya share ni ye.

Selamat menjaga dan merawat anak teruna kalian.

Kredit: Dr Ahmad Luqman Bukhari

IKLAN

First Time Jaga Anak Berkhatan? Doktor Beri Tip Mudah Nak Cepat Sembuh!

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI