
Freezer burn EBM adalah situasi yang sering mencemaskan ibu menyusu.
Ramai ibu pernah melalui detik panik ini, bila buka sahaja freezer, nampak tompok putih pada beg susu beku. Terus terfikir, “Eh, susu ni naik kulat ke?!”
Hakikatnya, menurut kaunselor penyusuan, Isya, keadaan ini bukan tanda susu rosak atau berkulat. Ia sebenarnya masalah biasa yang dipanggil freezer burn. Fenomena ini berlaku apabila teknik penyimpanan susu tidak dilakukan dengan betul sebelum dibekukan.
Selepas melahirkan, terutamanya bagi ibu bekerja, mengepam dan menyimpan susu menjadi rutin harian. Susu perahan (EBM) yang disimpan dalam freezer boleh bertahan sehingga setahun, bergantung kepada jenis peti sejuk.
Namun selepas beberapa minggu atau bulan, ada ibu mula ragu apabila lihat rupa susu berubah. Nampak tompok putih, kelihatan kering pada sesetengah bahagian… terus risau susu sudah tidak selamat untuk bayi.
Di sinilah ramai yang keliru, lalu menyangka tompok tersebut ialah kulat — sedangkan itu hanyalah tanda freezer burn.
Menurut kaunselor penyusuan Isya (Threads: @soothesutalk), freezer burn berlaku apabila susu beku terdedah kepada udara kering dalam peti sejuk beku. Biasanya ia terjadi kerana:
Tompok putih yang kelihatan itu sebenarnya bahagian susu yang kehilangan kelembapan, bukan kulat.
View on Threads
Suhu freezer yang sangat rendah menyebabkan air dalam susu beku terus berubah menjadi wap, kemudian membeku semula sebagai kristal ais besar di permukaan beg. Bahagian yang kehilangan kelembapan akan kelihatan seperti tompok putih dan boleh mengubah tekstur serta rasa susu — kadang rasa sedikit “berkapur”.
Jika beg tidak ditutup rapat atau botol tidak kedap udara, udara kering dari freezer akan masuk dan “menarik keluar” kelembapan dari susu. Inilah yang menghasilkan tompokan beku yang buat ibu panik.
Pintu freezer kerap dibuka tutup, atau menyimpan susu di bahagian pintu, boleh menyebabkan sedikit pencairan dan pembekuan semula. Ini mempercepatkan proses freezer burn EBM dan menghasilkan kristal ais pada susu.
Ramai ibu bertanya, selamatkah susu yang sudah terkena freezer burn?
Menurut Isya, ya, ia masih selamat diminum kerana nutrisi susu tidak hilang. Cuma rasa susu mungkin berubah sedikit dan ada bayi yang menolak kerana teksturnya berbeza. Itu sahaja perbezaannya.
Untuk bantu ibu menyimpan stok susu dengan lebih selamat, Isya berkongsi beberapa tip penting:
Kaunselor Penyusuan Syuhada pula menjelaskan cara selamat untuk memanaskan susu perahan:
Tompok putih pada EBM bukan kulat, tetapi tanda freezer burn EBM perkara biasa dan masih selamat diminum. Yang penting, ibu ayah perlu tahu cara penyimpanan EBM yang betul supaya kualiti susu terpelihara dan bayi mendapat nutrisi terbaik setiap masa.
Baca Lagi : Tempoh Susu Perahan : Ini Mama Perlu Ambil Tahu!