
Kita semua tahu, setiap ibu bapa pun nak yang terbaik untuk anak supaya pandai belajar, berjaya masa depan, dan tak tercicir dalam pelajaran.
Tapi bila harapan itu berubah menjadi tekanan yang melampau, kita tak lagi bercakap tentang motivasi tapi kekerasan yang membawa maut. 
Dalam kejadian yang mengejutkan di Faridabad, India, seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Krishna Jaiswal didakwa memukul anak perempuannya yang berumur 4 setengah tahun sehingga meninggal dunia hanya kerana si kecil itu tak dapat menulis nombor dari 1 hingga 50. 
Biarpun ia bukan berlaku di negara ini, namun ia harus menjadi pengajaran buat kita semua, agar sabar dalam mendidik anak.
Menurut laporan media, Pegawai perhubungan awam polis Faridabad, Yashpal Yadav berkata, suspek naik berang apabila mangsa gagal menyiapkan tugasan sebelum menampar, memukul menggunakan penggelek kayu dan menghentak kanak-kanak itu ke lantai.
Berdasarkan laporan, lelaki berusia 31 tahun itu dipercayai cuba menutup tragedi berdarah itu dengan menyatakan mangsa terjatuh dari tangga.
Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami kira-kira pukul 6.30 petang hari sama.
Menurut Yashpal, insiden pembuhan terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis sekitar pukul 1 pagi, Khamis.
la berikutan anak lelaki mereka yang berusia enam tahun mendedahkan bahawa adiknya dipukul oleh suspek.
Susulan itu, polis menahan suspek pada hari yang sama dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 103(1) kerana membunuh.
Ibu bapa bukan superman atau superwoman tapi tanggungjawab tetap besar
Kejadian ini jadi satu panggilan keras kepada kita semua yang bergelar ibu bapa:
• Tekanan akademik kecil pun boleh jadi besar dalam jiwa anak terutamanya di usia prasekolah yang masih belajar asas. Anak umur 4-5 tahun masih dalam fasa perkembangan awal, bukan lagi ujian peperiksaan.
• Kekerasan bukanlah disiplin. Memukul, mencederakan atau mengugut pada tahap ekstrem akan membawa trauma dan kerosakan emosi jangka panjang, jauh lebih buruk daripada kesalahan kecil yang dibuat anak.
• Peranan emosi ibu bapa lebih penting daripada hafalan akademik awal. Fizikal punishments tak pernah mendidik anak jadi lebih yakin atau suka belajar ia cuma mencipta ketakutan, trauma dan resah.
Kita semua mungkin pernah frustrasi bila anak tak catch up, tak faham nombor, tak siapkan kerja rumah, atau ulang semula latihan yang sama berkali-kali. Itu normal. Tapi reaksinya harus sama sekali berbeza daripada apa yang berlaku di Faridabad ini. 
Apa yang kita boleh ambil sebagai teladan:
✅ Beri ruang untuk anak belajar tanpa tekanan yang melampau. Tengok prestasi bukan sebagai medan perang.
✅ Gunakan pendekatan yang lemah lembut, sabar dan memahami cara belajar anak. Anak kecil sangat sensitif emosinya perlu diurus perlahan dan konsisten.
✅ Jika stress atau sukar kawal emosi, minta bantuan. Parenting bukan tentang kesempurnaan; ia tentang kebaikan dan kesabaran setiap hari.
Oleh itu, Parenting bukan saingan, tapi perjalanan bersama
Kejadian tragik ini bukan sekadar berita ia adalah peringatan keras kepada semua ibu bapa:
Anak bukan robot yang kita set untuk prestasi tertentu. Dia manusia kecil yang perlu dibimbing dengan hati, bukan dipecahkan dengan tekanan.
Kalau kita nak anak pandai menulis nombor ajar perlahan-lahan dengan cinta.
Kalau kita nak anak jadi orang baik ajar mereka dengan teladan, bukan dengan pukulan.
Sumber: Thelogicalindian.com