Memang menjadi trend ibu bapa zaman sekarang memberikan anak gajet dengan alasan anak akan kurang mengamuk dan senang untuk dijaga. Namun kesan gajet amat membahayakan kesihatan anak. Mata boleh menjadi rabun, anak kurang social interaction, stimulasi anak jugak kurang, kurang mendengar kata dan mudah tantrum.

Banyak kes yang melibatkan kesihatan anak akibat penggunaan gajet yang melampau dan tidak dipantau. Ramai ibu bapa yang telah tampil berkongsi kisah mereka supaya dijadikan pengajaran pada ibu bapa lain. Terbaru, Puan Sheda Lehon berkongsi kisah anaknya di facebook yang telah rabun dan juling berpunca daripada handphone.

Mesti orang tertanya-tertanya kenapa dengan mata anak aku kan? Kenapa pakai cemin mata? Dia lahir normal kan? yesss… aku lahirkan kakak & adik, mata normal & sihat walafiat.

Gara-Gara Beri Handphone Ikut Kehendak Anak Tak Kira Siang Atau Malam, Kanak-Kanak 3 Tahun Disahkan Rabun & Juling

Start Juling Bulan 6/7, Punca Handphone

Tak juling & tak rabun, mata kakak start juling since tahun lepas bulan 6/7 gitu. Punca dari HANDPHONE, aku bg dia tgk hp ikot kehendak dia. Tak kire siang atau malam. 2-3 jam setiap kali tengok.

Gara-Gara Beri Handphone Ikut Kehendak Anak Tak Kira Siang Atau Malam, Kanak-Kanak 3 Tahun Disahkan Rabun & Juling

IKLAN

Anak Tengok HP 3-4 kali sehari

Bayangkan satu hari dia tgk hp 3-4 kali. Sebabnyaaa, aku nk suruh dia duduk diam sbb aku nak tidokan adik dia. nak layan adik dia yg masih kecil mase tuh . bile pegi makan kat lua . Aku bg dia tgk hp sbb nak dia ddk diam.

Dapat Tahu Rabun Lepas Jumpa Pakar

Mase tuh aku tak tau dia rabun pun. Aku dapat tau kakak rabun pas jumpe doc pakar mata kat hospital ismail 18/02/2019 … itu appoiment 1st kakak. Mase kakak mule2 juling aku mcm tak bole terima. Sedih sangat hati aku tp aku tau nie semua silap aku.

Aku Punca & Akan Usaha Pulihkan Mata Anak

IKLAN

Aku punca semua nie. bile berdepan dengan orang luar . org dok perati mata kakak . ade yg mulut jahat panggil kakak HEI JULING, tau tak ape perasaan aku mase tuh ? aku menangis weyhhh depan org… kakak da faham ape org ckp mase tuh. dia terduduk malu . tersipu malu. aku cpt2 peluk dia . tape kakak mmy ade . mmy akan usaha ape saje utk pulihkan mata kakak supaya kembali normal mcm dulu.

Pakai Cermin Mata Atau Pilihan Terakhir Pembedahan

Mase check up ritu. doc cakap kakak rabun . tinggi power rabun kakak . rabun 250 . silau 75 . doc suro kakak pakai spec utk tegakkan mata dia semula . andaikata pakai spec pun mata kakak tak normal semula . last choice OPERATION … allahu … terkedu mase tuh balik dr hospital. cepat2 mmy ajak ddy g kedai cermin mata walaupun mase tuh mmy ddy tade duit ka.

untuk pengetahuan korang aku dgn laki aku tgh susah sekarang . tp malas nak cite banyak la . yg tau life aku mcm mane skrg . tau lah kan … nasib la aku ade gelang emas . aku patah balik uma amek gelang emas then pegi pajak . duit tuh aku buat utk beli cermin mata kakak . gelang emas tak padu pun , lepaslah buat cermin mata dia aku da tak pk ape dah . tapelah . emas bole beli nnt . anak2 lagi penting . now kakak kene pakai cermin mata selalu even kat rumah pun . kene kerap pakai bia mata dia cpt baik . bulan 8 nie ade check up lagi dengan doc pakar mata . mmy doakan mata kakak kembali normal seperti biasa ye syg sebelum bulan 8 nie . aamiin.

IKLAN

Stop lah Bagi Anak-anak ngadap HP Sebelum Jadi Macam Anak Aku

pengajaran untuk ibu bapa kat luar sane , stoplah bagi anak2 korang ngadap hp sblm jd mcm anak aku . lagi2 tengok hp dalam keadaan gelap . nnt menyesal tak sudah mcm aku 

korang semua doakan mata anak aku normal macam dulu yew 

NIK NUR SOFFEA AMANDA
3 TAHUN 2 BULAN

mumy dady adik sayang kakak

Sumber: Sheda Lehon

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI