Gaya Duduk Noor Nabila Dalam Pantang Dikecam Teruk! Ini Respond Doktor

Share

Noor Nabila dikecam apabila memuatnaik gambar gaya duduk bersila ketika masih dalam tempoh berpantang. Isteri kepada pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan juga kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa baru sahaja menimang cahaya mata pertama secara pembedahan.

BACA: Jebat Jayden Ahmad Rupanya Nama Baby J, Hadiah Hari Lahir Terindah Noor Nabila. Kongsi Detik Kelahiran Buat Ramai Sebak

Gambar yang di upload dengan caption “New Routine” telah mengundang kecaman netizen. Ada juga sesetengah netizen beranggapan bahawa yang mengecam sebagai “MAKCIK BAWANG”.

Perghhh! Bersila…! Org tua2 larang duk bersila tu bukan apa tau….

Dalam pantang ke ni?

Ramai pulak makcik bawang terlalu prihatin kat sini!

Terlalu ramai yang memberikan pandangan berkenaan isu ini sehingga menarik perhatian Doktor Rusyainie Ramli. Doktor telah menjelasakan bahawa tidak salah untuk duduk begitu asalkan selesa;

Tahniah Puan Nabila dan Tuan Shaarnaz atas kurniaan amanah Allah. Selamat berpantang buat Puan Nabila dan semoga semua urusan dipermudahkan. Bukan mudah untuk mengadaptasi kehidupan yang sungguh berubah jadinya dengan kehadiran bayi dan melalui proses untuk penyembuhan selepas bersalin.

Nasihat saya, sebagai doktor yang dah berumur 40 tahun, dan anak-anak pun dah besar, silakan la kata-kata abaikan adik, kakak, makcik dan nenek bawang yang kecam macam-macam pasal regim pantang. Lain negeri, lain kaedah. Lain bangsa, lain cara. Lain negara, lain teknik.

Tak salah pun duduk bersila tu asalkan Puan Nabila selesa. Saya dapat maklumat yang Puan Nabila bersalin melalui Caesarean Section, maka bersila tu tak ada masalah pun. Kalau bersalin secara normal pun, tak ada masalah juga. Duduk lah macam mana pun, yang penting selesa.

Mereka yang membawangkan Puan Nabila tu tak tahu pun pasal otot pelvis. Puan Nabila boleh buat senaman Kegel untuk kuatkan otot pelvis, tu memang terbukti berkesan secara saintifik. Dengan duduk bersimpuh dan berkepit paha takkan buat faraj ketat pun. Itu mitos yang tak ada asas pun.

Cuaca panas, tak apa lah Puan Nabila tak pakai stokin. Tak ada pun angin masuk ikut kulit. Itu hanyalah mitos. Sesuaikan pakaian dengan keadaan suhu sekeliling. Puan Nabila buat tu ok sangat dah. Saya tengok seluar yang Puan Nabila pakai tu pun macam sesuai. Tak semestinya pakai kain batik.

Apa-apa pun Puan Nabila, berpantang adalah tempoh untuk Puan bersama suami untuk meraikan ahli keluarga baru pengikat kasih sayang. Semoga Jebat Jayden menjadi khalifah Allah yang soleh dunia akhirat dan penuh manfaat untuk manusia lain.

Sumber: Instagram Noor Nabila
Fabebook Dr. Rusyainie Ramli

 

IKLAN