Pelakon, Shima Anuar bakal menimang seorang lagi cahaya mata lelaki selepas mengumumkan jantina anak ketiganya itu dalam satu majlis.
Majlis mengumumkan jantina anak ketiga beserta doa selamat berlangsung cukup meriah dengan tema serba putih.
Melalui perkongsian Shima di Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memuat naik video sejak awal kehamilannya sehinggalah majlis pengumuman jantina itu.
“From the day we found out about it, to the day majlis doa selamat and baby gender reveal,” tulisnya dikapsyen.
Melalui video yang dikongsikan, Shima pada awalnya memberikan kejutan kepada suami dan anak-anak dengan memberikan kit kehamilan ketika awal kehamilannya.
Ads
Anak-anak bersorak riang untuk menyambut kelahiran adik baru dalam keluarga mereka.
Dihujungnya, Shima turut berkongsi majlis serba putih yang dimulai dengan bacaan doa selamat dan kemudian dilengkapkan dengan pengumuman jantina bayi.
Suasana bertukar menjadi gamat bila mana belon berwarna putih dipecahkan diiringi letupan kecil berwarna biru menandakan bayi lelaki.
Ads
Penampilan Shima yang hadir berjubah warna putih, lengkap mengenakan hijab dipuji kenalan dan peminatnya di Instagram. Jelas terpancar seri ibu mengandung.
Meninjau di ruangan komen, Instagram ibu cantik manis ini turut dihujani dengan ucapan tahniah serta doa agar dipermudahkan kelahirannya nanti.
Trimester pertama ialah permulaan kepada kehamilan anda. Ada 9 amalan yang anda lakukan dalam tempoh ini yang boleh melicinkan proses kehamilan dan kelahiran.
Bila disahkan hamil, ada ‘seseorang’ dalam rahim anda iaitu janin. Anda seolah-olah tidak percaya dan dalam masa sama teruja dan gembira. Bermula dari saat itu juga, anda harus menjaga kehamilan dengan baik agar bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat.
Dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada trimester pertama hingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu lakukannya bagi mendapatkan maklumat penting agar dapat menjalani kehamilan yang sihat. Dapatkannya melalui buku, majalah, surat khabar, televisyen, Internet dan lain-lain.
Di trimester pertama, anda sering mual dan muntah hingga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu, banyakkan minum air kosong, susu atau jus buah-buahan segar. Malah, minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.
Anda tidak perlu makan untuk dua orang! Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200 kalori sehari. Pastikan diet anda seimbang.
Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. Dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindarkan rasa mual, usahakan untuk bangun secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan secara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Ketika hamil, kesihatan diri anda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap pra eklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak
Mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda elak kemurungan semasa hamil. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan, berenang dan aerobik air.
Sejak daripada awal kehamilan, anda digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya tiga kali sehari.
Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. Dicadangkan anda hanya minum dua cawan kopi atau
empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-sebaiknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan segar.
Alternatif lain ialah minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika sedang hamil, terdapat pelbagai perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan seorang wanita sama ada dari aspek fizikal atau mental.
Antara perubahan yang paling ketara adalah sudah pasti pada perut mereka yang kian menimbul dan membesar seiring perjalanan usia kandungan.
Begitu juga dengan perubahan di mana ibu hamil cenderung untuk tidak berada dalam mood yang baik akibat ketidakcelaruan hormon tubuh badan.
Namun ada satu lagi perubahan ketika hamil yang sangat dirisaukan iaitu kulit gelap ketika hamil. Adakah ia normal? Jom kita semua ikuti artikel ini yang dikongsi oleh Hello Health!
Sebenarnya, perubahan pada tubuh badan khususnya kulit buat seorang wanita yang sedang hamil bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Kondisi kulit gelap ketika hamil ini dikenali secara saintifik sebagai chloasma atau melasma dan dipercayai berlaku pada 50% ke 70% kehamilan.
Sekiranya ia berlaku kepada anda, akan ada kawasan kulit tertentu yang berubah warna menjadi lebih gelap berbanding warna kulit asal.
Kebiasaannya, tompok gelap ini akan berwarna tona gelap seperti hitam dan coklat serta biasa berlaku pada kawasan muka ibu hamil.
Disebabkan itu, kondisi ini turut dikenali sebagai topeng kehamilan (mask of pregnancy).
Pun begitu, tahukah kalian bahawa kondisi ini juga boleh terjadi pada kawasan kulit lain selain muka? Ada juga pada tempat yang sangat mengejutkan!
Tompok-tompok berwarna gelap pada kawasan kulit yang muncul ketika hamil ini sudah pasti akan menjejaskan penampilan dan keyakinan seorang wanita.
Untuk pengetahuan anda, ia adalah disebabkan oleh hiperpigmentasi pada kulit yang akan berlaku akibat beberapa faktor lain yang akan kami bincangkan nanti.
Berikut adalah kawasan kulit yang berisiko menjadi gelap ketika hamil:
Pertamanya, kondisi ini sudah tentu akan terjadi pada kawasan kulit muka dan akan membuat sebahagian tempat menjadi lebih gelap berbanding asal.
Kebiasaannya, kawasan kulit muka yang akan terjejas adalah dahi, pipi, hidung, bawah mata, dan atas bibir yang akan menjejaskan kecantikan kulit wajah.
Kelihatan seperti daki yang penuh pada leher, kondisi ini sebenarnya bukanlah disebabkan anda tidak menjaga kebesihan diri ketika hamil.
Namun leher juga adalah salah satu kawasan kulit yang mudah terjejas sekiranya berlaku proses hiperpigmentasi kulit semasa mengandung.
Hiperpigmentasi kulit ketika sedang hamil juga akan memberi kesan kepada kawasan kulit bawah lengan sekali gus menjadikannya lebih gelap.
Selain itu, kondisi ini juga dipercayai boleh berlaku lebih teruk akibat geseran di antara kulit serta penggunaan deodoran yang tidak sesuai.
Meskipun warna puting payudara anda memang gelap secara semula jadi, namun akan wujud perubahan di mana ia lebih gelap semasa mengandung.
Ia adalah disebabkan oleh proses hiperpigmentasi kulit selain didorongi oleh aktiviti hormon estrogen dan progesteron yang aktif ketika hamil.
Kulit bahagian kelangkang atau kawasan di antara pangkal paha juga berisiko menjadi gelap ekoran kondisi yang dinamakan sebagai topeng kehamilan ini.
Dalam pada itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor berat badan yang cenderung meningkat lantas membuat kulit lebih banyak terjadi geseran.
Baiklah, sekarang kita sudah tahu kawasan-kawasan kulit yang cenderung menjadi gelap tatkala seorang wanita itu sedang mengandung.
Puncanya juga sudah kita semua ketahui iaitu proses hiperpigmentasi akibat perubahan hormon tubuh badan seorang wanita.
Namun ketahuilah wujud juga faktor lain yang boleh jadi pencetus antaranya:
Buat mereka yang risau dengan penampilan diri semasa sedang mengandung ini, ada beberapa cara yang boleh kalian lakukan.
Pertama sekali adalah dengan mengambil vitamin B9 yang tinggi folat kerana ia boleh mengurangkan proses hiperpigmentasi daripada berlaku.
Selain itu, sila pastikan anda menggunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF untuk mengelakkan pendedahan terhadap cahaya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap hari minum secawan kopi dan kemudiannya selepas disahkan hamil, kopi dan kafein lain terpaksa dihentikan pengambilannya begitu sahaja pasti terasa amat menyulitkan. Penggemar kopi tegar pastinya merasa amat ketagih apabila mereka hamil. Sukar dijelas namun rasa resah dan gelisah tanpa kopi!
Sesekali hendak merasa, itu tidak mengapa. Ini yang dikongsikan oleh Dr Muhammat Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan menjelaskan berkenaan hal ini.
Kopi memang sedap. Tapi tulah, kalau tak mengandung takde hal la nak minum kopi. Minum bersederhana la kan walaupun tak mengandung. Apa-apa pun dalam kuantiti berlebihan pasti memudaratkan.
Tapi saya nak bagitahu kenapa kena limit caffeine masa mengandung. Semua ibu mengandung perlu hadkan pengambilan caffeine 200mg setiap hari. Tak boleh lebih-lebih. 200mg sahaja ingat tu.
Jangan lupa caffeine bukan setakat ada dalam kopi sahaja, caffeine ada dalam
Teh Coklat Minuman tenaga Sesetengah ubat batuk dan selsema Soft drinks seperti cola
Macam mana nak tahu berapa banyak kandungan caffeine dalam sesuatu minuman atau makanan? Ni saya bagi sekadar anggaran sahaja
1 mug kopi segera : 100mg 1 mug kopi filter : 140mg 1 mug teh : 75mg 1 tin coca cola : 40mg 1 tin minuman tenaga (250ml) : boleh ada sehingga 80mg. Tin yg lebih besar mungkin ada 160mg 1 bar plain chocolate (50gm) : mungkin kurang 25mg 1 bar milk chocolate (50gm) : mungkin kurang 10mg
So kalau 200mg caffeine sehari, maka dalam sehari mak buyung sekalian hanya boleh menikmati lebih kurang :
2 mug teh DAN 1 tin coca cola ATAU 1 mug kopi segera dan 1 tin (250ml) minuman tenaga ATAU 2 mug kopi segera
Ni analogi sahaja, pandai-pandai la korang adjust macam mana nak dapat 200mg caffeine setiap hari tu. Ni untuk mereka yang ‘hantu’ kopi tu macam saya lah. Minuman Instant ( segera ) biasanya ada kandungan gula yang tinggi. Jaga-jaga!
Pengambilan caffeine berlebihan ketika hamil boleh memudaratkan kehamilan – baby boleh jadi kecik dan meningkatkan kes keguguran lebih-lebih lagi pada awal kehamilan.
Saya suka nasihatkan ibu-ibu mengandung sekalian untuk ELAKKAN at all cost pengambilan caffeine pada 12 minggu pertama kehamilan. Selepas 12 minggu kehamilan, hadkan pengambilan caffeine sehingga 200mg setiap hari jika korang takleh hidup tanpa minuman berkaffein. Sekali sekala terlebih 200mg sehari tu takpe, tapi jangan ler dibiasakan selalu.
Lagi bagus kalau ganti minuman-minuman berkaffein ini dengan jus buah ke atau segala minuman yang telah di-nyah caffein ( decaffeinated drinks). Tu lagi baik . Ha jangan lupa, KURANGKAN manis ye. Kopi yang takde gula lagi sedap biasanya.
Jom mengopi dulu.
PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA BERMULA 26 OGOS 2020 INI!
Tak sabar nak tengok keletah comel Jeanelle? Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda! Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Jom kosongkan malam Rabu anda dengan menonton gelagat mereka pada jam 9 malam, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124. Set kalendar anda sekarang yaa !
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.