Tentu ibu bapa mula bimbang dengan keadaan anak yang tidak dapat membaca dengan baik tetapi dah nak masuk Tahun Satu. Kebanyakan ibu ayah risau kerana silibus tahun satu tak seperti dulu.
Malah jika anak belum lancar membaca, risau akan ketinggalan berbanding rakan yang lain dan akan menyebabkan anak rasa tak seronok untuk belajar.
Sebagai penyelesaiannya, Cikgu Ashikin Hashim menerusi telegram Nota Keluarga Ashikin Hashim berkongsi tentang cara yang boleh mak ayah buat untuk latih anak membaca dengan cepat.
1) Jangan panik. Tarik nafas. Set dalam minda anak kita pasti boleh baca jika anak normal dan tiada masalah pembelajaran. Jika ada Masalah Pembelajaran, mohon rujuk pakar seperti Occupational Therapist atau Speech Therapist untuk masalah berkaitan.
Sekarang, saya fokuskan kepada anak yang tiada Masalah Pembelajaran. Jika anak memahami apa yang kita terangkan, faham arahan dan fokus maksudnya potensi untuk dia pandai baca itu ada.
2) Rangsangan apa yang anak dah terima selama 6 tahun? Jika anak dari bayi memang kita dah bacakan buku, bercakap dengan dia, banyak aktiviti, alhamdulillah anda di laluan yang betul. Tapi jika pada usia 6 tahun kita baru sedar yang selama ini di rumah kita tak berikan rangsangan, maka kita kena buat dari sekarang. Hadkan gajet dan mula buat jadual.
3) Metod apa yang anak guna untuk belajar baca? Yang ini mungkin ada ibu bapa yang masih tak tahu anak guna metod apa di sekolah. Ada yang guna suku kata, fonik atau mengeja. Tanya guru tadika mereka dan ibu bapa pun kena belajar guna metod tersebut supaya mudah nak ajar anak.
4) Mula dari sekarang. Apa pun kita kena bersedia. Kita bekerja atau ‘work from home’, sesuaikan dengan keadaan. Mak ayah kena bersedia fizikal dan mental sebab anak-anak lama tak sekolah. Bayangkan mereka masuk sekolah dalam keadaan tak bersedia, maka bermulalah episod menangis dekat sekolah.
5) Jangan guna buku sahaja. Nak ajar anak baca, jangan guna buku sahaja. Suruh anak duduk, lepas tu mengadap buku tanpa aktiviti. Ini yang buat anak tak nak belajar dan cepat bosan. Gunakan kreativiti kita untuk ajar anak baca.
Saya selalu ingatkan ada tiga cara belajar yang berkesan:
– belajar secara visual
– belajar secara auditori
– belajar secara kinestetik (bergerak)
Belajar berkesan perlu gabung ketiga-tiga cara ini. Jika guna buku sahaja maka kita mungkin guna dua cara iaitu visual dan auditori tapi tak ada kinestetik, iaitu anak tak bergerak.
Anak fitrahnya bermain. Jadi masukkan elemen bermain dalam pembelajaran anak.
Contohnya letakkan kad imbas di serata rumah dan minta anak cari suku kata yang kita sebut. Mesti anak suka.
6) Bersabar. Proses membaca ini adalah satu proses yang panjang dan kompleks. Anak yang baru nak belajar baca bukan terus pandai. Ia mengambil kira pelbagai faktor untuk dia pandai baca. Kalaulah umur 6 tahun baru nak mula belajar, maka jangan harap anak terus pandai. Maka bersabarlah dengan proses ini.
7) Saya bekerja, macam mana nak ajar? Anak tak sekolah pula tu. Baiklah ada beberapa pilihan yang saya boleh cadangkan.
Cari home tutor (Ini hanya saranan. Sekarang mungkin tidak sesuai kerana pandemik).
Cuma saya agak risau bab ini jika anak kita terlalu dipaksa untuk belajar baca. Ibu bapa kena berbincang dengan tutor. Dan ambillah tutor yang memang faham tentang pendidikan awal kanak-kanak.
Pilihan lain, nak tak nak kita terpaksa ajar sendiri. Jika bekerja maka peruntukan waktu khas 30 minit pun dah cukup untuk belajar membaca.
Masa saya bekerja makan gaji dulu, apa yang saya buat ialah saya manfaatkan waktu sebelum tidur dan hujung minggu untuk ajar anak membaca.
Sebenarnya masa berkualiti itu lebih berkesan. Walaupun sikit tapi kita ajar dengan berkesan adalah lebih baik daripada kita paksa anak belajar baca berjam-jam tapi anak memberontak kerana disuruh membaca.
Kredit: Ashikin Hashim
**Nak dapatkan buku membaca dengan kaedah suku kata, boleh dapatkannya di sini
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila musim perayaan atau keraian macam sekarang ini barulah kita terfikir untuk ke kedai mencuci barang kemas supaya nampak lebih berkilat. Sebenarnya tak perlu pun ke kedai, ada cara mudah nak cantikkan barang kemas jadi lagi berkilat.
Tip yang dikongsikan oleh pekerja kedai emas yang berpengalaman selama 13 tahun ini anda kena cuba. Memang bersinar, macam baru. Jom cuba perkongsian tip oleh Bunga Yanie.
Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Cara-cara nak cuci emas.
Lepas ni takyah susah-susah pergi kedai emas cuci pastu kena caj.
Korang guna je sabun Joy or Glo. Masukkan dalam periuk.
Of course la letak air kan. Pastu letak la sabun sikit.
Korang masak atas dapur gas. Agak-agak dah didih or korang nampak kotoran terapung (tengok pic no 4) tutup dapur gas.
Lepas tu ambil berus gigi dan gosok barang kemas sampai bersih.
Jangan lupa bilaskan dengan air bersih dan keringkan guna kipas or hairdryer. Settle!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkongsian seorang ibu yang mempunyai anak lima, Iman Zulta, berkongsi beberapa amalan yang dilakukan setiap hari selepas solat Subuh bagi memastikan si kecil menjadi anak yang bijak dan paling penting tidak meragam.
Antara amalan mudahnya adalah dengan zikir tasbih serta zikir nama-nama Allah serta bacaan Al-Fatihah khusus. Jom ikuti perkongsian beliau.
Saya mak anak 5, anak semua kecil lagi paling besar darjah 3. Saya perasan bila saya buat benda ini hari tersebut sangat smooth, anak-anak pun mudah dengar kata.
Berikut saya kongsikan rutin pagi saya yang banyak membantu saya setiap hari selepas Solat Subuh:
1. Zikir Tasbih 33-33-33
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Allahuakbar – 33 kali
2. Zikir Ya Bari’ (Maha Mengatur) sangat membantu memberi ketenangan dan urusan harian lancar. Saya niatkan agar Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak sepanjang hari.
3. Bacaan Surah al-Fatihah secara khusus
Bacakan Surah al-Fatihah dan hadiahkan pahala bacaan tersebut:
Pertama, untuk diri sendiri
Kemudian, untuk suami
Seterusnya, untuk setiap anak-anak secara individu
(Contoh: Jika ada 5 orang anak, bacalah al-Fatihah 5 kali sambil niatkan dengan nama penuh setiap anak). Niatkan agar mereka menjadi anak yang soleh, dengar kata, mudah urusannya dan dilindungi Allah sepanjang hari.
Sebagai ibu, saya faham sangat kadang-kadang tak sempat nak duduk dan baca dengan tenang. Jadi, alternatif saya adalah pasang audio bacaan Al-Ma’thurat semasa saya sedang di dapur masak sarapan dan siapkan bekal anak-anak.
Saya turut zikirkan bersama-sama walaupun sambil buat kerja. Mulut tetap berzikir walaupun tangan sibuk bekerja.
Amalan ini nampak ringkas, tetapi besar kesannya. Bila hati kita tenang, anak-anak pun lebih mudah diurus. Suasana rumah juga akan lebih damai.
Jom amalkan rutin ini bersama-sama, moga lebih lancar urusan kita dalam menjaga anak-anak.
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.