Gigi anak rosak dan rongak sebelum waktunya disebabkan rutin pengambilan susunya yang tidak tepat. Elakkan sama sekali memberikan susu ketika anak hendak tidur. Akibatnya baki susu akan tertinggal di dalam mulut dan inilah penyebab gigi anak rongak dan rosak.

Tukarlah rutin harian anak, awalkan waktu minum susu atau gantikan sahaja susu dengan air masak yang sememangnya cukup baik untuk anak. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Menurut Public Health Malaysia. Bertindak segera!


Sekiranya anak anda masih perlu botol susu untuk tidur, mungkin ini masanya untuk anda memikirkan strategi untuk memisahkannya.

Gigi Rongak Buat Emosi Anak Terganggu, Tukar Rutin & Jadual Anak Menyusu!

KARIES BOTOL SUSU terjadi apabila anak dibiarkan tidur dengan menghisap susu daripada botol susu. Sisa susu akan ditukar oleh bakteria mulut menjadi cecair yang berasid dan menyebabkan mineral gigi terhakis.

Cuba tukar susu ini kepada air kosong secara berperingkat dan galakkan mereka untuk minum menggunakan cawan selepas usia 6 bulan.

Selain itu, pastikan selepas minum susu atau makan biasakan rutin mengelap gigi, gusi dan lidah menggunakan kain lembab.

Bukan itu sahaja malah gigi anak lebih cenderung untuk menjadi rongak sebelum waktunya tiba. Semuanya disebabkan oleh rutin menyusu botol ketika hendak tidur. Ubah rutin harian anak anda.

Gigi Rongak Buat Emosi Anak Terganggu, Tukar Rutin & Jadual Anak Menyusu!

IKLAN

Menurut Public Health Malaysia, minum susu dengan botol ketika tidur juga akan membuatkan risiko beberapa kemungkinan lain. Ini yang anda perlu tahu.

1. Sisa susu akan diubah oleh bakteria di mulut menjadi ASID.

2. ASID ini akan melarutkan bahan mineral pada gigi.

3. Sewaktu tidur, penghasilan air liur berkurangan.

4. ASID ini akan membuatkan gigi akan rongak dengan lebih cepat.

IKLAN

Bukan itu sahaja malah gigi rongak akan membuatkan anak merasa tidak selesa malah memudaratkan anak.

* Menyakitkan

* Sukar untuk mengunyah makanan.

* Pertumbuhan terbantut

* Masalah pertuturan

IKLAN

* Kesan emosi yang berpanjangan.

Mungkin dianggap remeh, namun keadaan gigi yang rongak bukan hanya membuatkan anak tidak selesa bahkan kesan emosi yang berpanjangan. Jangan biarkan gigi anak rosak sebelum waktunya. Ia amanah kita.

Gigi Rongak Buat Emosi Anak Terganggu, Tukar Rutin & Jadual Anak Menyusu!


EPISOD 6 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK BIJAK IQ, PEMAKANAN @ GENETIK

Pemakanan anak memainkan peranan penting bukan sahaja untuk tumbesaran malah untuk IQ anak-anak. Namun, adakah faktor genetik mempengaruhi perkembangan IQ mereka?

Saksikan Episod ke 6, Journey Bersama JoviaNina pada 30 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI