Ahli perniagaan yang terkenal di Instagram, Asyalliee Ahmad atau mesra dipanggil Asya berkongsi bagaimana cara dia membuat sendiri ABC Box untuk anaknya dengan menggunakan kotak terpakai sahaja.
Disebabkan PKPD, Asya mula risau dengan perkembangan anak sulungnya kerana tidak dapat ke tadika. Walaupun terpaksa duduk di rumah, dia tetap membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak dan dikongsi di laman instagram sebagai idea untuk ibu bapa lain mencipta aktiviti bersama anak-anak.
Menurutnya lagi dia akan mencuba sebaik mungkin agar anak-anaknya tetap dapat bermain sambil belajar walaupun tidak ke tadika buat masa ini.
DIY with my kids 🤍 Kalau ikutkan memang sangat risau dengan keadaan sekarang bila anak-anak bawah 6 tahun tak dapat pendidikan yang betul dari sekolah.
Ramai parents semestinya cuba sebaik mungkin untuk anak-anak sentiasa dapat belajar. Mana yang boleh cuba kita cuba selagi itu yang terbaik untuk anak-anak kita ☺️
Dah kurung diri dalam rumah, anak2 tak gi sekolah, bisnes pun office tutup tapi kenapa kes makin naik en?? 🙄 Sampai bila nak macam ni??
Ads
Step by step buat ABC Box
Tulis alphabet pada kotak
Potong ruang di bawah huruf (untuk masukkan kad huruf mengikut turutan yang betul)
Ads
‘Bold’ kan setiap huruf dengan warna yang lebih gelap
Warnakan setiap petak huruf dengan pelbagai jenis warna
Jangan lupa untuk tanda mula dan tamat di bahagian permulaan kotak serta bahagian akhir supaya anak lebih faham
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa dengar orang cakap tentang sakit tonsil, tonsil bengkak dan buang tonsil kan? Namun tak ramai yang faham apa itu tonsil, peranannya serta bahaya bengkak tonsil kepada kanak-kanak. Sebenarnya fungsi tonsil kepada sistem pertahanan anak sangat penting.
Semasa di awal pembesaran kanak-kanak, tonsil ini berfungsi sebagai pertahanan badan. Tonsil akan melawan jangkitan kuman yang melalui saluran pernafasan dan mulut kanak-kanak. Apabila kanak-kanak dijangkiti kuman, tisu tonsil akan menghasilkan sel untuk melawan kuman dan ini menyebabkan tonsil bengkak, menjadi radang dan membesar.
Menurut Doktor Hidung, Telinga, Tekak (ENT), Dr Ezairy M. Sallih, ibu bapa kena ambil tahu mengenai hal ini bila anak kerap demam atau ada masalah pernafasan.
Anda tahu tak saiz tonsil anak-anak kita ni ada gred 0 sampai 4?
Bila dah gred 4 ni, nak bernafas memang susah. Suara pun jadi lain!
Jadi bawalah jumpa doktor, mana tahu perlu dibedah. Hati-hati kalau ada ciri-ciri di bawah. Mungkin perlukan pembedahan!
Lepas ni ibu bapa kena lebih peka ya. Jika ada tanda-tanda seperti di atas jangan berlengah dan segera berjumpa doktor untuk rawatan dan pemberian ubat yang bersesuaian.
Penyampai radio, Feeya Iskandar, 32 tahun kini mempunyai 3 cahaya mata lelaki iaitu Adam 4, Noah 3, Zidan yang baru berusia 4 bulan.
Bila ditanya tentang soal anak, Feeya atau mesra disapa Cik Piah memang teringin untuk mendapatkan anak perempuan pula setelah melahirkan tiga cahaya mata lelaki.
“Memang teringin nak anak perempuan sebab yang keluar semua lelaki. Tapi itu dah rezeki Allah bagi kan. Tak kan Cik Piah nak rasa sedih pula kan?”
“Masa saya pregnant anak pertama tu dah boy. Bila masuk anak kedua excited lah sebab orang cakap perut tu macam baby girl dan masa Cik Piah pergi scan baby masih tak tunjuk jantina. Jadi dalam hati ni rasa macam mesti girl. Bila nak bersalin tu doktor kata baby boy. Tak apalah tak ada rezeki.”
“Kali ke 3 pregnant sama juga. Simptom memang macam pregnantkan anak perempuan, tak suka makan masam-masam. Sebab Cik Piah suka makan manis-manis masa anak no.3 ni. Jadi i pun rasa macam ada harapanlah kan? Sekali keluar sama jugak, boy!”
“Tapi i tetap bersyukur, sebab dah tertulis rezeki i anak boy. Dan kalau mengandung lagi memang tertulis dapat baby boy, i tetap akan bersyukur. Anak lelaki ni akan membantu i juga nanti, jadi bodyguard i.”
Disebalik tawa Feeya Iskandar bergelar seorang ibu, menguruskan tiga anak lelaki yang macam-macam ragam bukan sesuatu yang mudah.
“Orang nampak Cik Piah garang la dengan anak, mau tidak! Kita handle 3 orang anak lelaki yang macam-macam ragam. Yang abang peel macam itu, adik pulak macam ini. Itu belum dia bergaduh lagi Fizi! Tapi bagi i, biasalah tu ada anak lelaki. Jadi kita mak-mak ni kena banyak bersabar sementara dia kecil ni. Tapi moment macam tulah kita akan rindu bila dia besar nanti.”
“Memang bukan mudah nak jaga anak lelaki, tapi Alhamudulillah Cik Piah ada suami yang sangat membantu. Bila Cik Piah kerja, suami yang jaga anak. Kalau tak ada bantuan dari suami memang sukar nak jalankan tugas sebagai ibu dengan bagus.”
Bagi yang terlepas menonton siaran langsung penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan bersama Cetaphil, Feeya iskandar boleh tonton video live di bawah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hai min, anak i dah masuk 14 bulan tapi masih belum nampak tanda-tanda nak berjalan. Sepatutnya umur berapa dia dah boleh berjalan? Ada orang cakap anak lelaki ni lambat sikit. Betul ke?
Sofea, bukit bandar
Jawapan daripada Doktor
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.
Perkembangan Awal Kanak-kanak
Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
Kawalan kepala – umur 3 bulan
Kaki memijak – umur 4 bulan
Meniarap – umur 6 bulan
Duduk tanpa bantuan – umur 9 bulan
Berdiri tanpa sokongan – umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?
Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
Faktor keluarga atau keturunan: Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
Kelahiran pra matang: Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.
Cerebral palsy: Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Lewat perkembangan secara umum (global): Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot: Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan?
Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.