Bagi ibu yang hari-hari masuk dapur, bawang dan cili kisar antara yang perlu disediakan awal untuk mempercepatkan urusan memasak. Bagaimanapun, yang menjadi masalah adalah stok bawang atau cili yang dikisar tak tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk. Biasanya bawang akan menjadi warna kehijauan atau ungu manakala cili kisar akan naik kulat putih.
Namun bagi memberi penyelesaian kepada ibu-ibu supaya stok bawang dan cili kisar tahan lama, mesti gunakan minyak masak semasa mengisar tanpa meletakkan air. Ini yang akan menjadikan bahan kisar itu tak berubah warna dan tak mudah berkulat.
Nak tahu lanjut, saudara Zahiruddin Al Amin Zainuddin berkongsi tipnya.
Saya nak share ilmu sikit dekat akak-akak, makcik-makcik dekat luar sana. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, KENAPA BAWANG BLEND NAIK WARNA UNGU??
Tips nak buat bawang blend (bawang mesin) supaya tahan lebih lama.. Zahirah Maisarah selalu buat stok sampai boleh tahan 1-2 bulan dan boleh juga letak dalam freezer (lagi lama tahan).. Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar.
Ads
Tips: 1. Bawang holland 2. Minyak Masak
*Lepas blend, masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
Ads
Noted* Jangan pakai air biasa, nanti bawang tu akan bertukar warna dan tak boleh tahan lama
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam mendidik anak-anak setiap ibu dan ayah ada cara yang tersendiri. Memang ia terpulang kepada masing-masing dalam membentuk keperibadian anak yang bermula dari kecil. Sebaiknya tak perlu bandingkan dengan orang lain tapi jika melihat cara yang dibuat itu menunjukkan hasil yang baik jadi tidak salah untuk diikuti.
Seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi di Facebook miliknya apabila ditegur oleh rakannya tentang ketegasan mendidik anak. Menurutnya tegas dan garang itu adalah dua perkara yang berbeza.
“Garang jugak ko ye.”
“Aik! Manade? Aku cakap kat anak aku, tak boleh lollipop je.”
“Tapi garang la jugak. Aku ingat ko macam lembut-lembut je dengan anak ko. Aku ni garang lagi dari ko. Tapi aku kalau tengok anak aku nangis gitu, aku bagi je. Haha.”
Fuh! Ini bahaya. Terus saya terangkan kat kawan saya, ada 2 persepsi dia yang perlu diperbetulkan.
Nombor 1… Tegas dan garang adalah 2 perkara yang amat berbeza.
Nombor 2… Untuk apa kita jadi garang, kalau bila anak merengek, kita tak mampu bertegas dengan peraturan?
Ok. Meh saya cakap jujur dengan kalian.
Saya ni bukanlah ibu yang lemah lembut sentiasa dengan anak. Saya ada jugak waktu burn out. Sampai tak sengaja menjadi singa. Yang mana, saya sendiri tak suka.
Yelah. Kalau marah anak time tu, bukannya marah untuk mendidik. Tapi lebih kepada nak lepaskan emosi yang menggila.
Tapi bila waktu waras, saya ibu yang fun & loving. Saya setuju yang anak perlu dipuji bila berbuat baik. Saya raikan pandangan yang kata, anak perlu dicium dan dipeluk selalu. Dah memang itu fitrah yang Allah bagi kat anak. Ingin disayang, ingin dimanja.
Tapi… bila bab PERATURAN dan ADAB, ha… di situlah kita perlu bertegas. Walaupun kita penyayang macam mana pun, kat 2 benda ni, kita perlu buat keras.
Itulah beza GARANG dengan TEGAS. Ada seninya. Yang mana, seni ni hanya berjaya bertahan dengan 3 syarat :
1) Peraturan dah dijelaskan sebelum berlaku.
2) Cukup kental dan sabar untuk buat bodoh dengan tantrum anak. Dan dengan mata-mata orang yang memerhati.
3) Tak ada campur tangan dari orang lain, “Ala…Bagi je lah anak tu.”
Actually, saya kena tegur dengan kawan tadi sebab ini. Anak saya merengek sebab nak lollipop sebelum makan nasi. Memang saya tak bagilah!
Saya teringat kata-kata seorang motivator ni,
“When it comes to rules, it’s not our job to make our kids happy.”
Jadi, dalam kes lolipop ni, ini yang saya usaha buat kat anak.
Jadi, fokus dengan diri sendiri. Fokus berlagak tenang dan happy macam anak tu tak ada berhak merosalkan moodku.
Percayalah bila kita kekal keras, anak sendiri akan belajar untuk hormati rules kita. Dia sendiri akan belajar redho. Dan dia tau yang tantrum dia tak boleh jadi senjata untuk manipulate kita.
Bayangkan kalau saya kalah bagi jugak lollipop tadi. Memang mau tumbuh tanduk! Dia tau, lain kali, kalau dia nak sesuatu, dia mengamuk je. Pasti dapat.
Ataupun kalau saya marah dia tadi. Drama takkan berakhir bahagia. Nangisnya berpanjangan. Kita tak bahagia. Anak pun terluka. Sudahnya, saya dan anak tak belajar apa-apa.
Memanjakan anak ada tahapnya. Garang kat anak pun ada syaratnya.
Adillah. Bertempatlah kita. Ikut cara Rasulullah. Semua benda perlu besederhana.
Kebanyakan wanita apabila bergelar isteri dan selepas itu bertukar status seorang ibu, kehidupannya akan berubah. Dulu mungkin boleh keluar untuk rehatkan minda dengan kawan-kawan tetapi bila ada anak dan isteri, perkara itu diletakkan nombor dua.
Persoalan yang selalu bermain difikiran seorang isteri adalah suami dan anak. Betul tak? Tapi perasan tak keadaan ini juga akan membuatkan isteri rasa sedikit stres. Mungkin masa anak-anak buat bising dan sepah rumah, ibu dah stres. Bila anak tidur, adalah sikit me time tapi fikiran ibu pula macam rasa anak terbangun atau menangis pula.
Kenapa keadaan ini boleh berlaku pada isteri dan macam mana nak buat diri kita sentiasa gembira dengan insan tersayang. Perkongsian dari penulis Keibubapaan dan Kekeluargaan, Mohd Fhais ini cukup memberi input positif buat anda sebagai isteri.
Masa jaga stres, masa tidur pun stres
Mulanya tak faham tengok isteri stres masa anak dah tidur. Ingatkan bila anak dah tidur dia lega dan happy, rupanya tidak.
Masuk bilik buka pintu biasa la ada bunyi sikit. Tak semena-mena kena sound, “buka pintu tu slow sikit nanti anak bangun”.
Masa tengah teman dia lipat baju tiba-tiba dia suruh, “abg g tengok anak kejap, macam bunyi suara aisy”. Padahal kita tak dengar pape pun.
Selagi mata tak lelap selagi tu duk stress je mak-mak ni ye.
Lama juga saya perhati, sekarang baru faham kenapa boleh jadi stres.
Rupanya isteri saya ni kurang Self Love. Dia tak buat aktiviti yang dia suka, dia kurang masa Me-Time dan kurang buat Self Care. Patut la!
Bila setiap hari dengan rutin yang sama, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur.
Selama bertahun-tahun buat benda yang sama, sampai satu saat dia lupa terus tentang diri sendiri, yang duk dalam kepala hanya anak kerja, anak kerja.
Setiap hari buat benda yang sama, otak pun boleh jadi sempit tau!
Itu yang sampai boleh terbayang bayang dalam minda anak menangis padahal anak tengah lena di buai mimpi sampai meleleh air liur.
Alhamdulillah, sekarang dah tak stress nampaknya..
Semenjak saya bagi isteri saya ikut Girl Fitness Club, hari demi hari saya nampak perubahan. Semakin hari semakin kurang stress, kalau setakat anak menangis ni dia boleh senyum lagi la.
Sehari sejam, seminggu 1-2 kali. Tak lama pun, dia pergi buat apa yang dia suka, saya buat apa yang dia perlukan. Saya jaga anak kat rumah.
Dah tak ada lagi dia cakap abg jangan bising, abg tengok anak, abg buat itu ini. Sekarang semua dia buat sendiri. Anak terjaga tengah tengah malam pun dia boleh cool lagi. Hebat sungguh Self Love ni ye.
Betullah apa orang kata, “we get what we deserve”
Kita layak di sayangi dan di hargai hanya apabila kita sendiri boleh memberi orang sekeliling rasa di sayangi dan rasa di hargai.
Self Love setiap orang berbeza. Ada yang suka shopping, ada yang suka tengok drama, ada juga yang suka tidur. Bagi peluang kat isteri cari kegembiraan dia, percayalah bila dia dah jumpa kalian akan jadi orang yang paling gembira dan bersyukur.
Sumber: Mohd Fhais
Isteri happy, anak happy, suami pun turut happy.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita sama-sama seorang ibu. Ada orang lebih mengutamakan pandangan orang luar kerana rasa diri lebih dihormati dan dikagumi hingga lupa untuk menjadi yang terbaik pada pandangan insan terdekat, iaitu pasangan dan anak-anak.
Menurut Ustazah Asma’ Harun yang juga ibu kepada 7 cahaya mata, dia juga tidak terlepas daripada amanah sebagai seorang ibu tambahan pula dalam kesibukan bekerja, namun tetap usaha carikan masa untuk mereka. Sebenarnya anak-anak tidak minta banyak selain masa bersama dan kasih sayang.
Kadang sebagai ibu yang sibuk menguruskan rumah, emosi kita mudah terjejas dengan kelakuan anak-anak hingga meninggikan suara kepada mereka. Ramai yang menyesal kerana melukakan hati insan tersayang.
Namun kita tetap perlu usaha untuk memohon maaf atas kesalahan kita dan menasihati anak jika mereka melakukan kesilapan. Terdapat beberapa waktu yang sangat baik untuk dimanfaatkan bagi menyampaikan nasihat buat ahli keluarga:
1. DI DALAM KENDERAAN
Sebenarnya, waktu bersama anak di dalam kenderaan adalah waktu yang terbaik untuk berbicara dari hati ke hati. Hal ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a. yang masih kecil ketika itu, daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi SAW diberi hadiah seekor baghal (sejenis haiwan hasil kacukan antara kuda dan keldai) oleh Kisra. Baginda menungganginya dengan tali kekang dari serabut. Baginda memboncengkanku di belakangnya. Kemudian Baginda berjalan. Tidak lama, Baginda menoleh dan memanggil, “Hai anak kecil.” Aku jawab “Labbaika, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda, “Jagalah agama Allah nescaya Dia menjagamu…”
(HR Hakim, hadis gharib)
Situasi seperti ini tetap relevan dan boleh diaplikasi oleh kita sebagai Ibu Bapa terhadap anak-anak di zaman sekarang. Di dalam kenderaan, Ibu Bapa boleh perlahankan radio dan mula bercerita kisah-kisah yang mengandungi teladan kepada anak-anak.
Jika anak sudah remaja, banyakkan buka ruang untuk mereka berkongsi cerita atau perasaan, kerana pada usia ini mereka sangat teruja mempelajari tentang kehidupan, perasaan sedih, kecewa, kagum, bercita-cita, dan lain-lain.
Pemandangan mereka hanya tertumpu ke hadapan dan fokus mereka hanya terhad kepada suasana tertutup di dalam kereta. Hal ini memudahkan mereka fokus kepada apa yang diperkatakan oleh Ibu Bapa.
2. KETIKA DI MEJA MAKAN
Sewaktu di meja makan, kebiasaannya ahli keluarga akan mengambil peluang untuk bergilir berkongsi cerita masing-masing dengan teruja. Sebenarnya Ibu Bapa boleh manfaatkan peluang untuk sampaikan nasihat dalam nada yang lebih santai. Namun, harus diingati agar tidak menegur sampai menjatuhkan air muka mereka.
3. SELEPAS SOLAT
Suasana selepas solat berjemaah bersama keluarga terasa sangat hening. Ibu Bapa boleh gunakan saat bersalaman untuk berbicara dengan anak-anak tentang nasihat, teguran atau apa sahaja perkongsian untuk kehidupan anak-anak.
Sesekali pujilah anak-anak atas apa jua pencapaian mereka. Beritahu mereka bahawa kita bangga mempunyai anak yang baik, soleh, lemah lembut dan mendengar kata seperti mereka. Pujian yang diberikan oleh Ibu Bapa antara motivasi terbaik buat anak-anak. SubhanAllah.
4. SEBELUM TIDUR
Waktu sebelum tidur adalah waktu yang sangat tenang. Ketika itu otak anak sudah bersedia untuk rehat dan berada dalam keadaan separa sedar. Ibu Bapa boleh berbisik lembut ke telinga anak tentang nasihat-nasihat baik yang mereka ingin sampaikan.
Ketika ini juga merupakan waktu yang sangat istimewa buat Ibu Bapa yang sibuk bekerja seharian kerana mereka dapat benar-benar menatap wajah anak tersayang.
Biasanya si anak sudah letih apabila memasuki waktu tidur, maka mereka secara sukarela akan menadah apa sahaja yang disampaikan oleh Ibu Bapa. Peluang ini sangat baik dimanfaatkan untuk apa jua nasihat buat si anak.
Tuan Puan,
Jika kita sering mengeluh tentang anak-anak, sama ada kelakuan, bakat, pencapaian atau apa sahaja kekurangan mereka, ingatlah bahawa di luar sana…
Ada yang dah nikah lama belum ada anak.
Ada yang sampai tua tak ada anak.
Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak.
Ada yang ada anak semuanya sakit kronik.
Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia.
Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak” yang merupakan AMANAH penting buat kita sebagai Ibu Bapa. SubhanAllah, Allahu Akbar.
Pesanan ini sebagai peringatan buat diri sendiri juga yang merupakan seorang ibu. Semoga bermanfaat untuk semua.