Guru bukan Islam ajar tulisan Jawi, “Saya jarang ajar tulisan Jawi, buat video ini untuk kenang-kenangan. Seorang guru Kristian, Loren Fren, telah menarik perhatian warga maya apabila videonya mengajar tulisan Jawi menjadi tular di media sosial.
Guru Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi
Menerusi laman Facebook peribadinya, Loren, seorang guru sekolah rendah di Sabah, telah berkongsi video tersebut.
“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…” tulisnya di ruangan kapsyen.
Loren turut menghasilkan nota Jawi sendiri sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Tulisan Jawi Loren yang kemas dan tersusun rapi berjaya mencuri perhatian warga maya. Ramai yang memuji usaha guru wanita itu.
Ramai juga yang kagum melihat kesungguhan Loren dalam menguasai tulisan Jawi, yang sering dikaitkan dengan budaya Melayu-Islam.
Menurut Loren, tulisan Jawi mula diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak tahun 2020, dan ia akan terus diajar hingga murid Tahun 6.
Langkah ini bertujuan memperkaya pemahaman murid terhadap aspek seni, warisan dan sejarah Melayu.
“Saya Jarang Ajar Tulisan Jawi, Buat Video Ini Untuk Kenang-kenangan”
Bagaimanapun, sebagai seorang guru, Loren mengakui bahawa dirinya juga masih dalam proses pembelajaran.
Ads
Usaha Loren ini jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi bukan hanya sekadar sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Tulisan jawi juga merupakan warisan seni dan budaya yang perlu dihargai oleh setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira agama.
Kisah Loren ini turut mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.
Beliau mengucapkan tahniah atas usaha dan dedikasi Loren dalam menyebarkan ilmu, serta menghormati dan mencintai budaya tempatan.
Apa yang dilakukan oleh Loren adalah contoh terbaik tentang semangat perpaduan dan toleransi di Malaysia. Sebagai seorang pendidik, Loren membuktikan bahawa pendidikan berperanan besar dalam menyatukan rakyat, dan bukan memisahkan mereka.
Warden penjara maut digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, brek gagal berfungsi jadi punca. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.
Insiden yang berlaku sekitar jam 5.50 petang Khamis itu meragut nyawa Sarjan Amal Nurlidar Ghazali, 42 tahun, yang bertugas di Penjara Sungai Udang. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bawah lori dan mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan termasuk wajah dan kaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, siasatan awal menunjukkan bahawa kemalangan berpunca daripada kegagalan sistem brek lori simen berkenaan.
“Ketika kejadian, mangsa sedang berhenti di lampu isyarat dengan menunggang motosikal Yamaha Ego Solariz. Sebuah lori simen yang dipandu lelaki berusia 49 tahun datang dari arah yang sama dan dipercayai mengalami masalah brek sebelum cuba mengelak ke bahu jalan. Namun, lori tersebut tetap melanggar motosikal mangsa dan menggilisnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah kenderaan berat itu sebelum dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tambah Christopher lagi, lori simen terbabit telah ditahan untuk pemeriksaan teknikal oleh Puspakom, manakala ujian saringan air kencing ke atas pemandu menunjukkan keputusan negatif bagi bahan terlarang.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Siapa lagi yang nak doakan suami kalau bukan isteri kan? Selagi isteri doakan suami dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kepada Allah SWT, rezekinya pasti terbentang luas. Jangan pernah letih untuk mendoakan hanya yang terbaik untuk suami tersayang. Lihatlah sendiri, ketika sebelum mendirikan solat dhuha, rezeki suami mencukupi, tetapi tidak lebih.
Sekadar yang ada. Ada masanya mungkin berkurangan pula. Tetapi apabila seorang isteri itu mendoakan suaminya ketika dalam solat dhuha, datang pula rezeki lain tanpa diduga. Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit tetapi lebih daripada itu. Jika dilihat kebaikan mendirikan solat dhuha, ia rupanya sama seperti memberi 360 sedekah.
“Setiap pagi, setiap anggota badan kalian wajib dikeluarkan sedekahnya. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, dan melarang berbuat mungkar adalah sedekah. Semua itu dapat diganti dengan solat dhuha dua rakaat.” (HR. Muslim).
Betapa besarnya kebaikan mendirikan solat dhuha. Selain hadis itu, terdapat juga hadis yang menunjukkan janji Allah SWT untuk menambah rezeki seseorang itu jika dia mendirikan solat dhuha.
Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (HR. Ahmad)
Bukan susah, hanya dengan mendirikan solat dhuha dan mengadu semua hal kepada-Nya, anda dapat membantu suami. Pengorbanan ini tidak perlu dihebah-hebah, cukup sekadara Allah SWT menilai dan menganugerahkan kesenangan kepada anda sekeluarga. Jika tidak sempat untuk solat dhuha hari ini, mula jadikan ia amalan harian mulai esok. Semoga kita semua dikurniakan rezeki dan kebaikan sentiasa.
Sebagai seorang isteri, anda boleh mendoakan suami setiap masa dan di mana sahaja. Ia tidak mengambil masa yang lama, tetapi jika dilakukan secara ikhlas untuk kebaikan suami, dengan izin-Nya pasti pintu rezekinya diperluaskan. Berikut senarai doa dari isteri buat suami yang boleh anda pratikkan, mengikut perkongsian dari saudari.com:
Doa 1 Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.
Doa 2 Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang.
Doa 3 Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya.
Doa 4 Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.
Doa 5 Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan.
Doa 6 Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan curahan rahmat-Mu.
Doa 7 Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi buruk (HR. Ibn as-Sani)
Doa 8 Ya Allah, aku memohon curahan cinta-Mu dan kecintaan orang-orang yang mencintai-Mu, serta memohon curahan amal yang dapat mengantarakan diriku.
Doa 9 Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Doa 10 Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar terbuka hati untuk berbuat kebajikan dan menjauhi kemungkaran.
Doa 11 Ya Allah bukakanlah bagiku hikmahmu dan limpahkanlah padaku keberkahanMu, wahai Pengasih dan Penyayang.
Doa 12 Ya Tuhanku, masukkanlah aku secara masuk yang benar, dan keluarkanlah pula aku secara keluar yang benar.
Doa 13 Ya Allah, berilah kesihatan dan kemudahan rezeki kepada kami, dan selalu jadikan kami berada di jalanMU yang lurus.
Doa 14 Ya Allah Ya Rabb.. Aku berdoa untuk semua hati yang menangis kerana kepahitan hidup. Bantulah kami Tuhanku untuk menjadi manusia-manusia yang terus berharap kepadaMu
Doa 15 Ya Tuhanku, berkati aku dan keluargaku di setiap saat. Lindungilah kami dan jauhkan kami dari kemungkaran dan orang-orang yang berniat jahat kepada kami.
Hanya beberapa hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah menjadi perkara biasa jika kita ke restoran atau kedai makan dan kemudian ada keluarga yang membawa anak-anak. Kita pun begitu kan? Tetapi bagaimana kita mengawasi anak-anak ketika berada di situ? Ada ketikanya mungkin kita teralpa dan tanpa sedar, mungkin apa yang anak-anak kita lakukan mengganggu kententeraman orang lain.
Begitu juga kisah ini yang berlaku di negara China, apabila seorang wanita menjadi berang kerana salah seorang pelanggan lain yang membawa anak kecilnya makan di restoran yang sama dan berbuat bising.
ZHENGZHOU: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan melecur hampir separuh badan selepas disimbah sup panas kerana bising di dalam restoran.
Dalam kejadian di Henan, ZhengZhou, China, mangsa melecur belakang badan dan punggung apabila seorang wanita hamil berang dengan bunyi bising bayi berkenaan yang mengetuk meja menggunakan sudu, lapor media tempatan Sohu.
Sebelum kejadian, wanita yang dikenali sebagai Ren, 28, dilapor menegur ibu mangsa agar mengawasi anaknya supaya tidak membuat bising, namun tidak diendahkan.
Ren turut berbalah dengan ibu mangsa yang dikenali sebagai Yang sebelum suaminya meleraikan pergaduhan dan membawa wanita itu keluar dari restoran.
Malangnya, 10 minit kemudian, Ren yang tidak berpuas hati berpatah balik memasuki restoran sebelum menyimbah semangkuk sup panas ke arah dua beranak itu menyebabkan bayi tersebut melecur teruk pada bahagian badan.
Yang kemudian membuat laporan polis menyebabkan Ren dijatuhi hukuman penjara 15 hari selain perlu membayar denda 500 yuan (kira-kira RM300).
Namun Ren bernasib baik kerana peraturan di China tidak membenarkan hukuman penjara ke atas wanita hamil.
Selain membayar denda, Ren diperintahkan polis untuk membiayai keseluruhan kos rawatan kanak-kanak itu sehingga pulih.
Bayi berkenaan difahamkan berada dalam keadaan terkejut selain mengalami kesukaran untuk makan dan minum.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.