Setiap kali membeli makanan di kedai pernah tak anda memeriksa dawai stapler yang dijadikan salah satu bahan untuk membungkus makanan dengan rapi. Mungkin kita tak perasan bahawa dawai tersebut juga boleh mendatangkan kecederaan bukan sahaja kepada kita malah kepada anak-anak yang masih kecil.
Seperti yang dikongsikan di laman Facebook Public Health Malaysia tentang seorang kanak-kanak perempuan yang dibawa ke pakar pergigian kerana mengalami sakit dan bengkak di gusi.
Hasil pemeriksaan menunjukkan gusi kanak-kanak tersebut bengkak dan bernanah. Satu imbasan x-ray telah dilakukan dan apa yang ditemui menjadi punca gusi bengkak dan bernanah itu.
Gusi Bengkak & Bernanah
Seorang kanak kanak perempuan dirujuk ke pakar pergigian kerana mengalami sakit dan bengkak digusi.
Pemeriksaan mendapati, terdapat bengkak yang telah bernanah di gusi pesakit tersebut.
Imbasan xray menunjukkan terdapat imej yang gelap- yang menunjukkan kehadiran bendasing di dalam nanah tersebut.
Ads
Dawai stapler tertusuk
Penemuan bendasing tersebut merungkai punca kesakitan yang dialami oleh kanak-kanak perempuan itu. Rupanya ia adalah dawai stapler yang telah tercucuk di bahagian akar gigi kanak-kanak tersebut. Menurut perkongsian itu, dawai stapler sebenarnya tidak sesuai untuk digunakan sebagai pembungkus makanan. Malah ia turut dikaterogrikan oleh pakar sebagai ‘food hazard’ yang mana boleh menyebabkan kecederaan kepada pembeli.
Bengkak tersebut dicucuk dan air nanah di keluarkan. Rupanya terdapat dawai stapler yang tertusuk di celah gigi sehingga ke akar gigi pesakit.
Ini adalah contoh kejadian yang tidak diingini akibat kehadiran bendasing didalam makanan.
Ads
Cegah sebelum terkena
Sebagai langkah pencegahan, dinasihatkan untuk tidak membeli makanan yang dibungkus dan ditutup menggunakan bahan tersebut. Malah pengendali makanan juga disarankan untuk mengelakkan daripada menggunakan bahan tersebut dalam pembungkusan
Untuk mencegah kejadian berisiko ini,
❌ Elakkan membeli makanaan yang di bungkus dan ditutup dengan menggunakan stapler.
❌ Pengendali makanan disarankan untuk mengelakkan penggunaan dawai kokot dalam pembungkusan
Setiap orang pastinya ada satu pengalaman buruk dalam hidupnya. Oleh kerana pengalaman itulah, mereka lebih kuat untuk bangkit berani menghadapi ujian yang datang.
Baru-baru ini pelakon terkenal Fasha Sandha berkongsi satu gambar di instagram miliknya yang mengimbau kembali kenangan ketika menjadi ‘single mom’ kepada dua orang anaknya. Gambar kenangan yang bertarikh 4 Desember 2015 itu membawa seribu makna buat Fasha dan anak-anak.
Sapa sangka wanita yang kelihatan sungguh tabah ibarat wanita besi, ada juga masanya memendam rasa menjadi ‘besi karat’ seperti yang ditulis di kapsyen gambar tersebut.
Jangan Tunjuk Lemah, Teruskan Buat Apa Yang Kita Suka
Dalam perkongsiannya itu, Fasha selitkan bahawa dalam dunia ni akan ada yang suka dan akan ada yang membenci kita. Apapun yang kita buat tetap akan ada nampak buruknya di mata orang. Oleh itu, pedulikan apa orang kata, teruskan buat apa yang kita suka dan paling penting, jangan tunjuk kelemahan diri kita.
Tambahnya, kalau orang buli kita, JANGAN TUNDUK! Jangan biarkan orang buli kita. Jika perlu lawan, lawan! Jangan diam kerana nanti orang pijak kepala. Yang penting, jangan sedih, bangun dan buktikan anda berani dan kuat.
Buat Simpanan Untuk Masa Depan
Dunia masa kini, duit adalah segalanya. Apapun masalah dihadapi, sememangnya duit adalah keutamaan. Bagi Fasha, meskipun pernah bergelar janda, dia tidak malu dan berbangga dengan status itu kerana ketika itu dia bukan dalam keadan yang tiada apa-apa. Fasha ketika itu, merupakan janda yang bekerjaya dan mempunyai tanggungjawab untuk mencari duit untuk keluarga kecilnya bersama anak-anak tanpa perlu meraih simpati orang lain.
Dalam Pahit Ada Manisnya
Setiap orang pasti akan mendapat kebahagian masing-masing. Setelah mengharungi ujian besar, Fasha telah ‘dihadiahkan’ dengan pasangan hidup baru, Aidil Aziz yang selamat dinikahkan pada Mac lalu. Bagi Fasha, untuk peluang kedua ini adalah pinjaman dari Dia. Apa yang perlu dia buat, hanya berdoa semoga pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat.
Gambar kenangan pada 4 Dec 2015, Hari pertama kami hidup bertiga ? Ramai kata, Fasha,wanita besi. Eh, sejujurnya not all the time jadi besi..there are times jadi besi karat juga (tapi tak suka tunjuk) Dalam dunia ni, akan ada haters dan ada juga ramai lovers.Haters will hate, no matter what.Setiap kebaikan yang kita buat, akan tetap ada silap dimata haters, tapi peduli apa kan,… teruskan buat apa yg kita suka. Tak semua orang suka kita happy, Ada juga yang rasa gembira dan suka bila kita down. Jadi jangan tunjuk kita lemah. Walaupun adakalanya kita lemah. Ada juga orang kata, eh artis ni suka bercerai berai ke.Eh hellloooo, bukan artis je bercerai berai, orang bukan artis lagi banyak bercerai berai cuma tak masuk paper je, sbb orang tak peduli. Artis juga selalu akan cuba yang terbaik untuk selamatkan perkahwinan, tapi bila tak berjaya, itu adalah takdir. Sekurang2 nya kita cuba perbaiki apa yang boleh untuk selamatkan perkahwinan. Being Single Is Better Than Being With the Wrong Person. I was a Janda before and im so PROUD with that title. Sbb apa? Sebab I janda yang berkerjaya, cari duit untuk family, tak meraih simpati dan kuat. Takde apa nak malu pun dengan title ‘Janda’ tu…Now Allah bagi peluang kedua utk menerima pasangan baru. Ini pun PINJAMAN juga daripada Allah, cuma apa yang i buat, selalu berdoa agar pinjaman kali ini berkekalan hingga akhir hayat atau #tilljannah..Insyaallah. Jadi perempuan ni kena la kuat, Supaya takde orang boleh tindas kita. Yang penting, kena bekerja dan simpan duit dalam bank. Supaya kita tetap bersedia, itu nasihat i selalu pada my sisters. I am an aries, sejenis kuat. Ada masa i boleh buat taktau je dan tak layan . Ada masa, perlu lawan , kena lawan. ?Jangan biarkan orang buli kita selalu, kalau rasa perlu jawab, jawab. tak payah nak diam all the time, nanti orang pijak kepala kita. But remember this, ‘Not all forms of abuse leave bruises’ kalau rasa benda tu bodoh utk dilayan just IGNORE. LIFE IS Too short. Jangan sedih, bangun dan buktikan, anda Kuat dan berani! yakinlah bahawa akan ada kemanisan dalam kepahitan yang terjadi. Sooner or later. Pasti ada.?EX iSMC(independent single mom club) ? @pinography
Ramai mengambil pilihan untuk menghantar anak ke pengasuh kerana terpaksa keluar bekerja. Namun kes dera bayi dan kanak-kanak di pusat asuhan juga menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Hanya sesetengah pengasuh yang tidak sabar sahaja yang sanggup memperlakukan kanak-kanak dan bayi seperti ini. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu kenalpasti tanda-tanda anak didera. Lebih awal lebih baik untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.
Saya betul-betul tergamam bila kawan terdekat saya kongsikan cerita ni.
Bulan lepas, dia baru dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.
Awalnya, dia fikirkan mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan.
Tapi lepas salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera, kawan saya ni terus jadi trauma. Hancur hati dia.
Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera.
Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.
Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar.
Kawan saya ni orangnya berpelajaran tinggi dan memang jaga anak sebaik-baiknya.
Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Allahu, saya cuma mampu mendengar je.
Saya nak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera di tempat asuhan.
✔️ Mimpi buruk yang berulang-ulang. – selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak. – perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.
✔️ Regress – maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot. – Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun. – Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.
✔️ Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan. – Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak. – Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.
✔️ Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar). – ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.
✔️ Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri. – mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.
Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni.
Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.
Walaupun kerajaan kini memberi sedikit kelonggaran kepada masyarakat apabila melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara sejak 4 Mei yang lalu, namun itu tidak bermakna kita bebas ke mana sahaja.
Kehidupan norma baru amatlah disarankan dengan melakukan perkara seperti sentiasa membasuh tangan, mengelakkan tempat yang sesak dan juga melakukan penjarakan sosial.
Penyanyi dan pelakon, Haleeda ada memberi nasihat kepada netizen supaya tidak bersikap sewenang-wenangnya melanggar arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Pesannya supaya tidak membawa anak-anak kecil ke tempat seperti pasar raya atau tempat tumpuan ramai. Serunya supaya menjaga keselamatan orang yang tersayang dan juga diri sendiri.
Malah penyanyi berusia 43 tahun ini berharap penularan wabak covid 19 ini berakhir secepat mungkin.
“As Salam duhai hati…hi,ada yg x tdo lagi? Akk berharap sgt, plssss.. sama2 kita bertanggungjwb atasi keadaan yg kita sdg hadapi ni ya..kita saja yg blh mengubah dgn kesungguhan mencegah dan sekaligus memutuskan rantaian virus ini… semoga dperkenankanNYA…
“KESUNGGUHAN” itu penting .. semoga keadaan akn kembali pulih dan kita sama2 dapat menjemput rezeki dgn sebaiknya.. 😍Fii Amanillah, love & Smile.
P/S:Tlglahhhhh jgn bawa anak2 kecil ke tmpt supermarket.. atau tmpt yg akn menjadi tumpuan.. bukan sekarang.. bukan sekarang ya.. Jagalah keselamatan insan yg kita sayangi dan sayangilah diri kita
HMB ❤️
Apa yang dikatakan oleh Haleeda memang ada benarnya. Elakkan daripada membawa anak-anak kecil ke tempat tumpuan ramai. Sentiasa amalkan langkah pencegahan untuk menjaga diri sendiri dan tidak keluar rumah sekiranya tidak perlu. Sama-sama kita bendung penularan virus merbahaya ini dan semoga negara kita bebas dari virus Covid-19.
Doa ibu ayah agar anak dipermudahkan belajar lengkap dengan bacaan Arab, rumi, maksud serta panduan memohon ilmu bermanfaat, kefahaman dan akhlak mulia menurut Islam.