Sempena ulang tahun ke-5 perkahwinan, Fad Bocey dan Syaheera Rahman atau lebih dikenali Sya, berkongsi berita gembira apabila mengesahkan bakal mendapat orang baru dalam keluarga.
Fad Bocey dan isterinya meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima (14 Mac). Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan kemudiannya dikurniakan anak kembar lelaki dan seorang anak perempuan.
“Almost 2 months & mintak maaf takda special celebration“
Nak bangun berdiri pun tak mampu lagi. Yes sangat teruk my first trimester. Moga lebih kuat lepas ni. Banyak kerja tertunggak. Thank you daddy, uruskan semuanya. Urus makan minum mommy, anak-anak, sekolah anak-anak pun daddy siapkan. Hanya Allah yang dapat balas. You are the best husband ever.
Ads
Jelas Syaheera, kandungannya kini hampir memasuki usia dua bulan (trimester pertama) dan dia juga mengakui bahawa mengalami gelaja ‘morning’ sickness’ yang agak teruk dari kandungan sebelum ini.
Ads
“Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 daddy ,moga Allah terus melindungi, memelihara dan merahmati rumah tangga”, tulis Syaheera.
Ads
Berita gembira ini turut disambut dengan ucapan tahniah dan doa daripada peminat dan rakan artis.
Terdahulu, Fad Bocey dan Syaheera dikurniakan cahaya mata pasangan kembar yang diberi nama Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Tahniah buat Fad Bocey dan isteri!
Sumber: Syaheeraarahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah wanita mengalami masalah praeklampsia ketika mereka mengandung. Praeklampsia ialah gangguan sistemik hipertensi kepada ibu yang mengandung pada fasa trimester kedua yang melibatkan tekanan darah tinggi beserta rembesan protein dalam air kencing.
Peringkat kandungan yang berusia dalam 20 minggu keatas dengan tekanan darah melebihi 140/90mmHg dan mempunyai kandungan protein sebanyak 300mg sehari didalam air kencing diklasifikasikan sebagai preeklampsia. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang keadaan ini daripada Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan dan Sakit Puan dari Hospital Metro IVF, Klang.
Statistik menunjukkan kadar berlakunya praeklampsia untuk negara maju seperti US (United States) adalah sebanyak lima ke sepuluh peratus. Manakala di Asia atau negara yang sedang membangun kadar praeklampsia meningkat ke 10-20 peratus.
Jika dilihat pada kadar statistik tersebut, masalah ini perlu diberi perhatian kerana komplikasi kepada kematian ibu hamil adalah tinggi sekiranya keadaan ibu tidak dipantau dengan ketat.
Bagaimana ia boleh berlaku?
Etilogi mengenai praeklampsia masih belum dapat dijelaskan dengan tepat. Namun, kajian yang dijalankan mendapati, ia adalah berkaitan dengan masalah uri atau plasenta di dalam rahim ibu.
Patogenesis yang dikaitkan ialah:
Kenal Pasti Simptom Preeklampsia
Sistem pemeriksaan antenatal di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di Asia, pemantauan secara penyeluruh telah berjaya mengesan risiko praeklampsia dalam kalangan ibu. Sekiranya ibu didapati mengalami tekanan darah lebih 140/90mmHg dan dikesan mengadungi protein di dalam kencing, pemeriksaan darah untuk beberapa ujian akan terus dijalankan.
Ini bertujuan untuk mengenalpasti risiko organ lain yang berkemungkinan terlibat kerana masalah praeklampsia. Tidak banyak simptom awal yang disedari para ibu tetapi sekiranya ada yang mengalami pembengkakan kaki yang teruk atau peningkatan berat badan yang mendadak perlu rujuk hal ini kepada doktor.
Simptom yang perlu dirujuk ke hospital dengan kadar segera ialah seperti sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sakit pada bahagia ulu hati, kencing dalam kuantiti yang sedikit atau rasa sesak nafas. Ini adalah simptom risiko sawan yang mungkin boleh berlaku sekiranya diabaikan.
Apakah risiko kepada ibu dan bayi dalam kandungan?
Risiko kepada ibu
Jika praeklampsia tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi yang serius untuk ibu seperti kegagalan hati, kegagalan buah pinggang serta masalah jantung. Risiko sawan adalah keadaan yang paling digeruni kerana kegagalan fungsi otak mungkin boleh berlaku sekiranya bekalan oksigen terhenti.
Selain itu sindrom Penyakit HELLP (hemolisis, enzim hati yang tinggi, dan bilangan platelet yang rendah) – Keadaan yang biasanya berlaku lewat dalam kehamilan yang boleh menjejaskan pecahan sel darah merah, pembekuan darah, dan fungsi hati wanita hamil. Kesemua risiko ini boleh menyebabkan kematian atau morbiditi yang tinggi kepada ibu.
Praeklampsia boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke plasenta sehingga menyebakan kekurangan oksigen dan nutrien. Ini boleh menyebabkan pembantutan pembesaran janin didalam kandungan, pengurangan penghasilan air ketuban dan juga risiko kelahiran bayi pramatang.
Rawatan utama kepada ibu dan bayi adalah kelahiran. Untuk menstabilkan keadaan ibu tersebut pihak doktor terpaksa mengambil keputusan untuk kelahiran awal bagi mencegah risiko-risiko yang merbahaya kepada ibu dan bayi dari berlaku. Tidak ada cara untuk mengubati praeklampsia kecuali untuk bersalin awal dari jangkaan iaitu melalui kaedah pembedahan. Walaupun selepas bersalin, tanda-tanda dan gejala preeklampsia boleh bertahan sehingga enam minggu.
Siapakah yang berkemungkinan mengalami Praeklampsia?
Ini boleh dikategorikan kepada 2:
Ini merujuk kepada ibu-ibu yang pernah mendapat praeklampsia untuk kandungan sebelumnya, ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum mengandung, pesakit diabetes sebelum mengandung atau pesakit buah pinggang.
Merujuk kepada ibu-ibu kandungan pertama dan kebiasaannya ibu remaja, atau berusia lebih dari 40 tahun, atau mempunyai BMI melebihi 30kg/m2 atau jarak kelahiran melebihi 10 tahun.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ameera Zaini pengacara dan juga usahawan terkenal ada berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anak sulungnya, Mateen Hasnor. Antara 13 amalan pemilik label hijab AmeeraZaini ini ialah makan tembikai untuk menambah air ketuban.
Jelas Ameera semasa hamil dahulu, dia mengalami morning sickness yang teruk selain mengalami pendarahan sebanyak dua kali sehingga doktor memberitahu peluang hanya 50/50 sahaja. Namun kuasa Allah semuanya berjalan dengan baik.
Berikut perkongsian Ameera ketika hamil anak sulungnya.
1. Doktor beri suntikan untuk kuatkan rahim.
2. Banyak bedrest je sebab mabuk teruk.
3. Avoid fast food dan junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu itu.
4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doktor beri.
5. Minum susu kambing.
6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya.
7. Meera kurang suka kurma masa pregnant so Meera ganti dengan kismis
8. Banyak makan buah-buahan semasa hamil. Mateen pun suka makan buah-buahan.
10. Minum air kelapa setiap hari semasa trimister ke tiga.
11. Baca/dengar Surah Maryam Surah Yusuf dan Surah Al Baqarah.
12. Doa secara spesifik permintaan kita pada Allah — nak anak yg sihat, yang cerdik, yang menyenangkan hati ibu bapa dan sebagainya.
13. Masa belum ada nama Meera panggil bayi dalam perut dengan panggilan positive macam – good morning handsome boy, good morning anak soleh, assalamualaikum anak mommy yang bijak, anak baik mommy sudah bangun ke? Sebab itu pun satu doa juga.
Proses kehamilan adalah pengalaman indah dan sangat berharga bagi wanita yang menantikan peluang bergelar ibu. Setiap kehamilan juga perjalanannya tidak sama jadi sebagai bakal ibu kita perlu sabar dan bersedia dengan kemungkinan yang berlaku.
Untuk rekod, Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan kini dikurnikan dua orang cahaya mata iaitu Mateen yang lahir pada 17 Januari 2017 dan Daniel yang dilahirkan pada 8 Mei 2020.
Siapa yang tidak teruja hendak menimang cahaya mata pertama. Penyampai radio dan pelawak, Issey berkongsi rasa terujanya menerusi satu perkongsian video.
Menerusi Instagramnya, Issey turut berkongsi sebuah video ketika membuat pemeriksaan bulanan atau check up isterinya dan bayi.
Kata Issey, usia kandungan isterinya kini sudah masuk 32 minggu iaitu lapan bulan. Tinggal sebulan sahaja lagi, cahaya mata yang ditunggu selama ini bakal lahir ke dunia.
Kata Issey menerusi kapsyennya, dia berharap kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Aimi Jamel itu dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Semoga dipermudahkan semuanya. Tak lama lagi dah ni.
“Sedar tak sedar dah 32 minggu. Sorry dan terima kasih yer @aimi_jamel.
Wajah bahagia Issey dalam menanti bayi sulungnya itu jelas kelihatan di samping isteri tersayang. Biarpun sibuk bekerja sepanjang PKP ini namun Issey tidak lupa menemani isterinya membuat pemeriksaan demi memastikan anak di dalam kandungan baik-baik sahaja.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran isterinya pada 6 Julai, Issey turut membingkas ucapan ikhlas buat Aimi malah mendoakan urusan bersalin isterinya itu dipermudahkan pada bulan Ogos nanti.
“Happy birthday yang ke 34 isteri ku @aimi_jamel. Semoga di beri kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan bersalin bulan ogos nanti.
“I mintak maaf atas apa yang berlaku. I janji i akan jadi daddy dan suami yang baik. Dan i akan jaga Qasyah, Qayyum, Umai dan ‘baby’ nanti sampai akhir hayat i. Love u,” tulis Issey penuh ikhlas.
Dalam pada itu, meninjau di ruang komen, rata-rata peminat dan pengikut Issey di Instagramnya turut sama memberi sokongan bahkan mendoakan agar kelahiran bayi sulungnya itu dipermudahkan Allah SWT.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @isseyfazlisham
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
El Niño dijangka mempengaruhi cuaca Malaysia sehingga 2027. Ketahui risiko cuaca panas terhadap kanak-kanak, dewasa dan warga emas serta langkah perlindungan yang disarankan MET Malaysia.