Kebanyakan wanita, selepas bersalin akan mengalami masalah menurunkan berat badan. Jika dulu sebelum ada anak, boleh pakai baju saiz M tapi selepas dah ada anak, nak dapat semula saiz asal susah. Sampai satu masa diri rasa stres dan malas nak berharap untuk dapat berat ideal.
Bagaimanapun, jika ibu-ibu memang berniat nak sihat memang boleh. Cuma perlukan sedikit pengorbanan terutama makan dan bersenam sikit. Tujuannya bukan untuk cantik semata-mata tetapi untuk terus produktif dan cergas menguruskan anak dan rumah tangga.
Kisah inspirasi ibu anak dua ini, Puan Norma Azira Mazlan ini mungkin boleh bagi semangat untuk ibu-ibu lain juga. Kunci kejayaan Puan Norma adalah jangan stres dan enjoy dengan apa yang kita makan.
Share my DSSS journey
Bulan 3, bersalin anak kedua. Berat naik sangat banyak pregnant yang kedua sampai 70kg. Habis pantang turun sampai 64kg je.
Gambar kanan adalah raya puasa, mula join DSSS masa berat 61.5kg. Alhamdulillah, dalam 3 bulan turun 10kg.
Ads
Tu pun ada break skejap DSSS masa bulan 7, positive covid, jadi tak jaga makan masa tu, makan je semua benda. Habis kuarantin, cucuk vaksin pulak, selera makan bertambah, melayan durian pulak + serawa durian bermangkuk-mangkuk.
Kemudian baru kembali ke pangkal jalan bila berat naik sekilo lebih. Saya makan aje masakan rumah yang biasa, sebab malas dah nak masak lauk lain, cuma jaga portion ikut DSSS. Cut air manis, lebihkan makan buah cuma kadang-kadang bila teringin sangat ambil jugak makan kuih sebiji dua, macam koci ke, sri muka ke, buat hilang craving.
Ads
Mula-mula dulu saya jogging je, 3 – 4 kali seminggu, kemudian selang seli kan dengan weight training, atau follow exercise kat Youtube. Baru nampak banyak inch loss. Sangat happy bila baju sebelum pregnant dulu dah boleh sarung balik.
Tinggi saya 150cm, target 47kg, adalah dalam 5kg lagi to loose. Semoga sis istiqomah!
Saya share juga some of my menu DSSS during my journey. Pemakanan 80% exercise 20%, Yang penting kena enjoy saja, jangan stress-stress nak diet.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk kaum hawa yang bergelar isteri, jangan bandingkan hidup anda dengan kawan-kawan anda. Ada kawan anda, suaminya mampu menyediakan dia rumah mewah & besar, jangan cemburu, jangan iri hati kerana mungkin suaminya jarang ada masa dengannya, sibuk dengan urusan kerja dan dia sunyi di rumah.
Ada kawan anda, suaminya hanya mampu menyediakan dia rumah flat, rumah kos rendah dan kecil, jangan kasihan, jangan pandang rendah pada dia, kerana mungkin suaminya selalu ada di rumah, menolongnya melakukan kerja-kerja rumah dan dia bahagia.
Hidup kita ni, Allah tak bagi semuanya lengkap dan sempurna. Bila Allah bagi lebih pada harta, maka kurang pada masa bersama. Bila Allah bagi lebih masa bersama, maka kurang pada harta.
Anda bekerja atau tidak, anda duduk rumah mewah atau sederhana, anda pakai pakaian jenama atau biasa, bila anda dah berkahwin, hidup anda hanyalah mengikut kemampuan suami anda.
Kalau hanya itu yang mampu ditunaikannya, bersyukurlah, alhamdulillah. Kurang di situ, lebih di lain. Jangan bandingkan hidup anda dengan kawan-kawan yang lain ok. Sebenarnya setiap dari kita ada kelebihannya yang tersendiri.
Tangisan bayi adalah isyarat untuk dia berkomunikasi dan nak beritahu sesuatu. Jadi sebagai ibu bapa, perlu faham adakah tangisan itu adalah tangisan sebab sakit atau untuk nak perhatian.
Ada sesetengah pihak berpendapat bila bayi menangis bukan sebab sakit, jangan terus angkat. Beri dulu masa untuk anak bertenang. Lama kelamaan anak boleh faham dengan sendirinya.
Seperti perkongsian Parenting Coach, Mohd Fhais Salim, caranya untuk cool down anak sejak dari bayi boleh cuba dipraktikkan oleh ibu bapa yang lain.
Cara saya latih anak “cool down” sendiri sejak bayi
Semua bayi menangis. Bohong la kalau ada bayi tak pernah menangis. Menangis tiba-tiba tu normal. Kebiasaannya anak boleh menangis tiba-tiba atas beberapa faktor :
1. Lapar 2. Sakit 3. Nak tidur
Ketiga-tiga tangisan ni memang kita tak boleh biarkan, ini tangisan psikologi selagi bayi tak dapat apa dia nak selagi itu dia akan terus menangis.
Berbeza dengan tangisan manipulatif pula, biasanya berlaku atas faktor,
Hah, yang ni insyaAllah kita boleh latih anak untuk “cool down” sendiri. Saya selalunya akan biar je bila anak menangis nak suruh angkat. Saya akan delay delay angkat.
Mula-mula 20 saat, lepas tu naik 40 saat, naik sampai la sekarang 5 minit. Lama-kelamaan sifat tolerance anak tu akan terhasil dan dah tak menangis lagi dah kalau kena baring lama-lama.
Btw, masa nak angkat anak tu saya tak akan geram atau pujuk dia sebaliknya saya akan dukung dan terus peluk dia serta urut belakang dada dia. Tujuannya supaya dia cepat cool down.
Anak meraung, menjerit dan bergolek sakan di mall gara-gara permintaannya untuk membeli mainan baru tidak dipenuhi, pernahkah anda melihat situasi tersebut atau melaluinya sendiri? Adakah itu dinamakan anak manja?
Sayangkan anak
Tiada ibu mahupun bapa yang tidak sayangkan anak, apatah lagi jika si manja merupakan satu-satunya zuriat dalam keluarga setelah bertahun-tahun menunggu. Disebabkan itu, segala permintaan dan keinginan si manja pastinya akan cuba dipenuhi, walaupun adakalanya apa yang diingini itu lebih kepada satu pembaziran.
Adakalanya apabila ibu bapa tidak mahu menunaikan permintaan si kecil, maka akan berlangsunglah babak tangisan dan jeritan. Kebiasaannya babak seperti ini akan berakhir dengan ibu bapa menurut sahaja permintaan si kecil semata-mata tidak mahu babak tangisan dan jeritan berpanjangan terutama di tempat awam.
Menjadi kebiasaan
Namun, tanpa disedari tindakan tersebut sebenarnya telah menanam satu stigma dalam fikiran si kecil: apa yang diminta akan diperolehi. Tiada kompromi. Jika itu yang diingini, pasti harus ditunaikan. Sekiranya tidak, tangisan dan jeritan adalah kunci utamanya.
Sememangnya keadaan seperti ini adalah satu perkara yang biasa untuk berlaku, pada mana-mana ibu bapa sekalipun. Sama ada ibu bapa baru ataupun mereka yang sudah memiliki lebih daripada seorang anak.
Isu anak manja ini sebenarnya sudah semakin berlambak. Malahan dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Parenting and Today Moms mendapati lebih daripada 59 peratus ibu bapa merasakan bahawa anak-anak mereka lebih dimanjakan berbanding ketika mereka berada pada usia yang sama.
Apa yang menyebabkan anak menjadi manja?
Anak yang terlalu dimanjakan adalah anak yang sering mendapat atau memperolehi apa yang mereka mahukan. Seringkali mereka ini tidak boleh menerima sebarang penolakan. Bermakna ‘TIDAK’ adalah jawapan yang tidak ingin mereka dengari.
Menurut pakar psikologi pendidikan dan juga pengarang “UnSelfie: Why Empathetic Kids Succeed in Our All-About-Me World”, Michele Borba, “Setiap kanak-kanak dan juga individu dewasa mempunyai off-day (iaitu hari di mana emosi dan mood dalam keadaan tidak begitu baik), namun bagi kanak-kanak yang terlalu dimanjakan, mereka terperangkap dalam mod ‘me’ sepanjang masa.”
Ini bermakna segalanya hanyalah berkisar mengenai keperluan, keinginan, perasaan, permintaan mereka semata-mata dan apa yang melibatkan individu lain adalah merupakan perkara yang kedua.
Bagi ahli psikologi klinikal, Laura Markham, isu wujudnya anak manja ini sebenarnya merupakan satu perkara yang harus dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa dan bukannya kanak-kanak itu sendiri atas kelakuan yang ‘rosak ‘ ini.
“Kanak-kanak akan melakukan apa yang kita ajarkan kepada mereka, mengenai apa yang mereka jangkakan. Sekiranya kita memberikan sepenuh kasih sayang dan tidak pernah menetapkan sebarang had, maka anak itu tidak akan dapat menerima batasan yang akan diwujudkan kemudian hari,” jelas Laura.
Tidak sampai hati menolak keinginan
Apabila ibu bapa memanjakan dan memenuhi permintaan anak-anak mereka, niat mereka adalah baik walaupun mungkin terpesong. Ibu bapa sering kali memanjakan anak kerana mahu memberikan mereka kehidupan yang terbaik, yang mungkin tidak diperolehi oleh diri sendiri sewaktu membesar.
Terdapat sesetengah ibu bapa yang bimbang jika mereka menyatakan “tidak” dengan tegas, ia akan menyakiti hati dan perasaan si kecil, dan mungkin akan menyebabkan keyakinan diri mereka terjejas.
Selain itu, ada juga ibu bapa yang berada dalam situasi terlalu letih untuk menguatkuasakan sebarang peraturan di dalam rumah atau tidak tahu bagaimana untuk mewujudkan sesuatu peraturan.
“Ia sebenarnya lebih mudah untuk mengikut apa sahaja kemahuan si kecil apabila ibu bapa dalam keadaan yang letih. Kebanyakan mereka tidak suka mengatakan “tidak” apabila pulang ke rumah setelah seharian bekerja,” ular Michele.
Tanda-tanda anak manja
Anda rasa anak anda bukanlah anak manja, tetapi mengapa pula individu di sekeliling anda mengatakan sebaliknya? Hmmm…keliru jadinya. Jangan risau, berikut adalah beberapa tanda yang menunjukkan anak anda adalah anak manja:
Menangis
Jika sebarang keinginan tidak dipenuhi, mereka akan menggunakan tangisan, jeritan dan raungan sebagai senjata untuk memprotes keputusan anda.
Tidak puas
Si kecil sentiasa inginkan pakaian dan mainan baru. Walaupun pada hakikatnya mereka sudah mempunyai terlalu banyak permainan dan pakaian, sehinggakan ada yang tidak pernah mereka sentuh atau pakai sekali pun.
Tidak suka menolong
Segalanya hanya berkisarkan mengenai diri mereka semata-mata. Walaupun perasaan mementingkan diri ini dikatakan sebagai sesuatu yang normal dalam diri anak kecil, tetapi ia juga sebenarnya tanda mereka terlalu dimanjakan.
Segera
Segala keinginan mereka harus dipenuhi pada kadar yang segera. Apabila mereka inginkan sesuatu, itu bermakna mereka mahukan pada masa itu juga.
Menang sentiasa
Anak yang manja ini selalunya tidak suka dengan kekalahan. Sama ada ia sekadar untuk bersuka ria dalam sesebuah pertandingan. Mereka akan berdepan masa yang sukar untuk menerima kekecewaan.
Berbohong
Sering kali si kecil yang dimanjakan akan mempunyai sikap menyalahkan individu lain atau berbohong untuk menutup kesilapan serta untuk menyelamatkan diri. Jika ia adalah satu tabiat, anda perlu melakukan sesuatu untuk memperbetulkan kebiasaan ini.
Bagaimana mengatasi isu anak yang manja?
Haaa…ada tak tanda-tanda anak manja pada si comel anda? Ada? Jangan risau, setiap masalah sudah tentu ada penyelesaiannya. Berikut dikongsikan beberapa tip untuk mengatasi masalah anak yang manja ini.
Persediaan
Untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan pada diri anak-anak, anda perlu bersedia untuk berdepan dengan penolakan daripada si kecil. Jika mereka menangis dan bersedih, biarkan mereka untuk berada dalam keadaan itu sehingga mereka bertenang sendiri.
Belajar katakan “tidak”
Ada masanya penolakan itu adalah perkara yang tidak salah untuk dilakukan. Anda perlu membiasakan diri untuk mengatakan “tidak” tanpa rasa bersalah dan bertegas mengenainya. Wujudkan had atau batasan kepada anak-anak dan pastikan anda mematuhi apa yang anda sendiri tetapkan.
Fikirkan tentang individu lain
Cuba didik dan terapkan pada si manja untuk mula memikirkan mengenai individu lain. Terapkan dalam fikiran mereka pada kehidupan ini bukan hanya berkisarkan mengenai diri mereka semata-mata.
Galakan
Ada masanya, si manja mungkin tidak dapat mencapai seperti apa yang anda harapkan, jangan melenting. Sebaliknya berikan galakan dan sokongan untuk mereka memberikan yang lebih baik pada masa hadapan.
Akhir kata
Sebagai ibu bapa, kita semua mahukan yang terbaik untuk si comel. Walau bagaimanapun, ia bukan bermakna kita perlu membesarkan mereka untuk menjadi anak manja. Belajar untuk menetapkan batasan dalam setiap perkara. Menyayangi tidak bermaksud anak anda perlu menjadi anak yang terlalu dimanjakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!