Bila kandungan melepas tarikh jangkaan bersalin (overdue), ibu berdebar. Macam-macam yang bermain di fikiran. Bimbangkan si kecil & proses bersalin nanti.
Ibu yang kandungan overdue Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan. Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra & perlu dirujuk ke hospital segera. 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi & ibu.
Usia kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin memang mendebarkan para ibu. Tentunya kerisauan akan bermain di fikiran, memikirkan tentang diri dan tertanya-tanya bagaimana keadaan bayi, mudaratkah situasinya?
Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau berkongsi info bahawa keadaan hamil overdue ini banyak berlaku.
Hanya kira-kira 5% sahaja ibu yang melahirkan tepat pada tarikh jangkaan.
“Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
“Sekiranya anda mencapai usia kehamilan 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi dan saiznya. Selain itu, bukaan serviks juga diperiksa untuk melihat sama ada ia sudah bersedia untuk proses kelahiran,” kata Dr Sharina.
BAHAYA KANDUNGAN LEBIH TEMPOH/ OVERDUE
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1.Bayi mati dalam kandungan.
Ads
2.Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3.Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami Sindrom Aspirasi Mekonium yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke-40.
4.Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
5.Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6.Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7.Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Ads
KENAPA SERING MENGALAMI OVERDUE?
Menurut Dr Sharina, kehamilan yang melepasi tempoh jangkaan bersalin atau overdue ini banyak terjadi kepada wanita hamil yang mempunyai ciri-ciri ini;
#1. Ibu tidak pasti tarikh hari pertama haid terakhir sebelum hamil.
#2. Kehamilan pertama.
#3. Ibu mempunyai sejarah overdue sebelum ini. Jadi tidak hairanlah jika seorang ibu mengalami beberapa kehamilan yang overdue.
#4. Hamil bayi lelaki.
#5. Ibu mempunyai berat badan berlebihan.
Ads
#6. Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
CADANGAN SEKIRANYA IBU MENGALAMI OVERDUE
a)Indius pada 41 minggu.
b)Membrane sweeping daripada minggu ke 38 ke atas.
PERCEPATKAN KELAHIRAN
Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim.
Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Selain membrane sweep, berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lain orang lain ragam dan kisahnya ketika hamil. Ada yang berat naik mendadak namun ada pula sesetengahnya yang mengalami penurunan berat badan secara mendadak.
Hal ini turut sama dilalui pelakon, Asha Merican yang kini sedang hamil anak pertama. Isteri kepada, Harris Anuar itu mengakui melalui tempoh alahan yang teruk sehingga beratnya turut mendadak.
Kongsi Asha kepada pengikutnya melalui sesi soal jawab di Instagram, selepas mengalami alahan yang teruk dia turun berat sebanyak 10 kilogram (kg).
“Ada morning sickness tak Asha,” soal netizen.
“Ada, sampai berat turun 10 kg,” jawabnya.
Asha sebelum ini menjadi sebutan ramai selepas mengidam beberapa perkara pelik termasuklah seperti mahu menghidu bau simen dinding di rumahnya.
Bukan itu sahaja, bahkan isteri Hariss ini juga begitu teringin untuk bermain lato-lato. Lantas tanpa mahu mengecewakan keinginan isterinya, Harris membeli permainan viral itu untuknya.
Ternyata Asha begitu asyik bermain permainan itu malah turut berkongsi merasa begitu puas bila mana dapat bermain permainan yang diidamkannya itu.
Kita merasakan teknologi dapat membantu kita untuk sentiasa mendengar detak jantung bayi di dalam kandungan. Tak perlu begitu. Walaupun adanya alat Home Doppler yang mudah dibeli dengan harga murah namun ia tidak disarankan untuk ibu hamil.
Menurut Dr Muhammad Izzat Abd Razak, penggunan Home Doppler ini sebenarnya berbahaya untuk ibu hamil. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang tidak mempunyai latar belakang perubatan. Ini sebabnya!
Bahaya penggunaan Home Doppler
Ramai ibu mengandung teruja untuk membeli sendiri Home Doppler untuk mendengar sendiri bunyi jantung baby memasing.
Dipadankan pula dengan harga yang mampu milik – ibu mengandung boleh dapatkan doppler ni secara online – mudah, cepat dan murah. Tapi ibu mengandung perlu tahu, penggunaan doppler ini sebenarnya mengundang bahaya.
Kenapa saya cakap bahaya? Ibu mengandung falsely reassured baby mereka berada dalam keadaan yang ok setelah mendengar bunyi jantung melalui doppler ini, bilamana bayi tu sebenarnya in distress dan memerlukan perhatian doktor.
Maka, jika baby sebenarnya in distress – lambatlah ibu mengandung ni pergi berjumpa O&G dan komplikasi boleh berlaku – yang amat ditakuti ialah baby meninggal ( intrauterine death).
Doppler bukannya mikrofon yang membesarkan segala bunyi, termasuklah bunyi jantung baby. Doppler ni menghasilkan gelombang ultrasound yang travel into your body dan gelombang ini dipantulkan bila ianya terkena salur darah dan seterusnya menghasilkan bunyi.
Dalam abdomen ibu mengandung ada banyak salur darah termasuk la jantung baby tadi tu, jadi gelombang ultrasound ini tadi boleh terpantul dari salur darah ataupun jantung baby tu sendiri. Sukar untuk ibu mengandung yang takde latar belakang perubatan untuk bezakan.
Jururawat terlatih dalam perbidanan pun ambil masa untuk dilatih untuk faham dan bezakan bunyi jantung baby dan maternal pulse ini – so ianya perlukan ilmu dan experience.
Kalau pergerakan baby berkurangan – ini mungkin tanda-tanda awal baby sebenarnya tak sihat. Hanya mendengar bunyi jantung dari Doppler ini tak memberikan saya apa-apa makna pun.
Sepatutnya ibu mengandung yang merasakan baby mereka kurang bergerak dari biasa memerlukan perhatian doktor/O&G dengan segera. Bukannya dok promote setiap ibu mengandung perlu ada home doppler sendiri.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru saja mengumumkan berita gembira mengenai kehamilannya yang sudah memasuki usia dua bulan, ternyata ada khabar duka yang datang bersama buat pelakon dan usahawan Datin Rebeca Nur Al-Islam.
Jelas Rebecca berkemungkinan dia tidak dapat meneruskan kehamilan itu disebabkan beberapa faktor yang mendatangkan risiko tinggi buat anak dalam kandungannya.
Hal ini kerana, kesemua cahaya matanya yang terdahulu telah melalui proses pembedahan dan kesan daripada itu akan membahayakan dirinya apabila hamil sekali lagi.
“Kandungan saya kali ini sangat berisiko tinggi, sebab sebelum ini kesemua lima anak saya lahir melalui cara pembedahan, bila bedah ini ada risiko susulan kepada saya kalau mengandung lagi.
“Tetapi saya akan berjumpa pakar sakit puan untuk membuat pemeriksaan terperinci mengenai kandungan saya.
“Sekiranya doktor kata boleh teruskan maka saya teruskan, kalau tidak boleh saya reda terpaksa melepaskan bayi dalam kandungan ini.
“Saya tidak mahu ianya memberikan kesan buruk kepada saya apabila kemudian hari apabila usia kandungan sudah memasuki tujuh bulan,” katanya.
Terdahulu, Rebecca berkongsi berita kehamilannya itu menerusi satu hantaran di instagramnya.
Tambah Rebecca, dirinya sudah bersedia dengan sebarang keputusan dan akui reda dengan berita yang akan diterima selepas melakukan pemeriksaan nanti.
Malah dia turut memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan.
“Saya reda, saya tahu Allah dah susun yang terbaik untuk saya dan keluarga, mohon semua doakan yang baik-baik. Saya percaya pada rezeki Allah.
Untuk berjumpa doktor pakar nanti saya dah persiapkan diri, saya percaya kepada doktor pakar yang lebih arif mengenai masalah ini,” katanya.
Rebecca atau mesra dipanggil mommy Becca mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nur Azam Sulaiman pada Januari 2011 dan telah dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al-Raffael, 6, Nor Ahmed Al-Reaggan dan Nor Aurora Riana, 3.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Ramai ibu bapa mula perasan kerak atau kuping tebal di kulit kepala anak bila rambutnya mula gugur atau selepas dicukur. Kadang-kadang nampak macam kelemumur...