Bila bercakap tentang bihun goreng, pasti ramai mengaku penat nak mencuba masak bihun goreng yang cantik dan sempurna. Kadang-kadang lembiklah, ada masa putus-putus bihun jadinya. Tambah menyedihkan bila bihun yang dimasak bergumpal dan tak sekata dengan bahan yang lain. Uih penat sungguh nak masak menu yang satu ini.

(FOLLOWERS PA&MA YANG NAK DAPATKAN BARANGAN DENGAN HARGA MURAH BOLEH DAPATKAN DISINI)


Tapi bihun sebenarnya antara salah satu makanan kegemaran anak-anak. Nak tak nak kenalah juga buat kan? Sebenarnya nak masak bihun ni kena ada skill dan juga cara yang betul barulah cantik kejadianya. Jom ikuti perkongsian wanita ini.

Hampir 9 Ribu ‘Like’ , Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Bihun Goreng Sempurna & Tak lembik

Lately ni saya selalu ternampak orang post gambar bihun goreng tak jadi. Ada yang jadi lembik, putus-putus hancur….Saya tak pernah buat bihun tak jadi.

Kway teow sometimes tak jadi sempurna, tapi bihun tak pernah.

Ni cara saya :

Rendam bihun dengan air biasa. (Jangan rendam dengan air suam/air panas. Nanti bihun lembik). Tak perlu rendam awal. Selalunya nak start menumis baru saya rendam bihun.
Saya suka guna brand Jasmine.

Bahan Tumis (blend)

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Cili Kering (yang dah direbus/rendam air panas)
  • Udang kering
  • Tomato
    Tumis bahan di atas ☝🏻sampai pecah minyak.

Masukkan

  • Perencah Bihun Goreng Adabi – ni saya suka tambah. Lagi sedap.
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Masukkan rencah ikut citarasa masing2.

Suggestion :

  • Dada ayam
  • Sotong & udang
  • Fish ball & fish cake
  • Daging

Lepas masukkan semua ni tutup kuali.Perlahan sikit api. Bagi semua rencah ni keluarkan air. Sebab tu saya tak letak air dlm bihun saya. Semua air dari rencah je. Make sure tutup kuali sbb kalau tak tutup takkan keluar air byk sgt. Bila semua rencah dah masak boleh masukkan sayur.

Saya suka letak kobis, carrot & daun bawang je. Carrot tu potong mancis utk nampak cantik. Bila semua sayur dah lembut, Masukkan garam & gula Akhir sekali masukkan bihun yg dah di tos. Gaul semua sampai rata.

Jangan guna sudip tajam utk elakkan bihun tu putus2. Pastu jangan gaul ganas2 macam nak bergusti dgn bihun. Fold je. Masukkan tauhu yang dah digoreng.

Kalau rasa kurang masin boleh la tambah garam or kicap masin sikit. Kalau rasa kering, or bihun keras baru tambah air panas sikit (letak sikit2 dalam 3 sudu je).

Untuk hiasan: hirisan daun bawang, hirisan cili besar, telur dadar potong nipis & bawang goreng.

Hampir 9 Ribu ‘Like’ , Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Bihun Goreng Sempurna & Tak lembik

Sekian. Selamat mencuba.
Xoxo 😘

Kredit:Ayu Mashruddin

Hampir 9 Ribu ‘Like’ , Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Bihun Goreng Sempurna & Tak lembik

 

Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI

Hampir 9 Ribu ‘Like’ , Wanita Ini Kongsi Rahsia Masak Bihun Goreng Sempurna & Tak lembik

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?Just daftar je kat sini 

FREE je tau Webinar ni!!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI