Muak atau mual adalah lelehan susu yang dikeluarkan. Ia disebabkan oleh astroesofageal reflux(GER). GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul.
Sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut naik ke dalam esofagus dan keluar sama ada melalui mulut atau jika kandungan terlampau banyak ia akan keluar melalui hidung.
Ads
Esofagus merupakan satu tiub yang mengangkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut. LES pula adalah satu gelungan otot di bahagian bawah esofagus yang bertindak sebagai satu injap tutup/buka di antara esofagus dan perut.
Hampir kesemua bayi yang dilahirkan mengalami refluks tetapi tidak mendatangkan apa-apa tanda yang membahayakan kecuali segelintir sahaja.
CARA MUDAH ELAK REFLUKS
Ads
Dicadangkan di sini beberapa strategi mudah untuk mengelakkan refluks seperti memastikan bayi itu sendawa beberapa kali sewaktu menyusu, kerapkan menyusu dengan kuantiti yang sedikit atau menegakkan bayi itu selama 15 hingga 30 minit selepas menyusu dan pastikan perut bayi tidak dipakaikan barut.
Dalam keadaan kes yang teruk, mungkin perlu mengambil susu yang diolah khas untuk bayi yang betul-betul bermasalah dengan refluks. Dapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak dan berbincang mengenai kaedah-kaedah yang perlu dilakukan.
Boleh di katakan 90% daripada bayi yang mengalami masalah refluks boleh baik sepenuhnya apabila menjangkau umur sembilan bulan hingga satu tahun. Jika ia berterusan melebihi 18 bulan, dia perlu dirujuk kepada pakar bedah bahagian kanak-kanak atau pakar kanak-kanak bahagian gastroenterologi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan senang untuk ibu-ibu membiasakan anak menyusu menggunakan botol susu apabila mereka sudah lama menyusu secara terus dari ibunya. Masalah ini biasanya terjadi pada ibu-ibu yang bekerjaya yang perlu menyediakan botol susu untuk anak.
Puan Az Hani tampil berkongsi tip bagaimana beliau akhirnya berjaya memberikan botol susu kepada anaknya. Namun tip ini tidak semestinya menjadi pada anak anda. Tip ini hanya dikongsi sebagai perkongsian pengalaman sahaja.
Tips untuk yang tidak mahu susu botol
Alhamdulillah akhirnya maira habiskan juga susu dalam botol ni.. Dah berbulan-berbulan cuba susu dari botol. Tapi maira berkali2 refuse from bottle. Maira dah 7 bulan.
Peningnya sebagai seorang ibu.. alhamdulillah akhirnya saya dah dapat idea.
Salah satu botol yg boleh main picit2 ni sangat membantu.
3 oz boleh habis dlm masa 15 minit ke 20 minit. Memang kadangkala rasa ohh penat..lama betul ..tapi bila tengok susu tu memang masuk dalam mulut dia dan finally finish dan burppppp… happy sangat sangat.
Sekarang saya tak risau kalau saya dikawasan yang terhad untuk menyusu badan.
Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu. Sel-sel tidak matang dan terus membahagi dan membiak. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang dikenali sebagai neoplasma hematologi atau”Hematological Neoplasm”.
Perkataan Leukemia bererti darah putih. Ia diambil sempena nama penyakit iaitu jumlah sel darah putih yang tinggi yang terdapat pada pesakit. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah yang dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel darah ini tidak normal dan tidak dapat berfungsi untuk mengawal jangkitan dalam badan. Kehadiran sel sel darah putih yang tinggi akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.
Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?
Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.
Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.
Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini adalah kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.
Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia. Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.
Lain-lain tanda dan gejala:
Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?
Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia. Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca utama Leukemia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi seseorang untuk mendapat Leukemia.
Terdapat kebimbangan mengenai hubungan di antara tempat tinggal yang berhampiran dengan bekalan kuasa voltan tinggi dan Leukemia, tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh di perolehi.
Faktor-faktor persekitaran seperti pancaran radiasi dan pendedahan kronik kepada bahan kimia toksik seperti benzene juga telah dikaitkan dengan risikio untuk mendapat leukaemia.
Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.
Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dengan kanak-kanak normal.
Immunodeficiency – Kanak-kanak yang mengalami penyakit ini samada secara semulajadi atau “acquired’ mempunyai risiko yang tinggi mendapat barah limfa.
Sehingga punca atau penyebab leukaemia ditemui, tidak ada cara untuk mencegah atau mengelak dari mendapat penyakit ini.
Bagaimana Leukemia dirawat?
Kanak-kanak yang telah dikenal pasti menghidap kanser semestinya dirawatoleh pakar onkologi pediatrik (seorang doktor yang pakar dalam merawat kanak-kanak yang menghidap kanser). Pakar onkologi pediatrik akan bekerjasama rapat dengan doktor dan kakitangan kesihatan yang lain yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam merawat kanak-kanak dengan kanser. Ini mungkin termasuk pakar-pakar berikut:
Rawatan kemoterapi merupakan tulang belakang rawatan kanak-kanak leukemia.
Terapi radiasi kurang lazim digunakan sekarang. Ia diberikan secara profilaktik pada pesakit yang menghidap leukemia jenis T-sel dan sebagai rawatan kepada pesakit yang menghidap leukaemia pada sistem saraf.
Pemindahan Tulang sum-sum / pemindahan sel stem adalah rawatan yang paling intensif yang boleh diberikan. Ia digunakan untuk pesakit AML dan ALL berisiko tinggi atau yang berulang (relapse).
Rawatan leukemia kanak-kanak dilakukan secara berperingkat-peringkat:
Leukemia dalam darah dan sum-sum tulang. Ini meletakkan Leukemia ke dalam remision:
Rawatan biasanya diberikan untuk tempoh 2-3 tahun. Oleh kerana kanak kanak lelaki secara umumnya menunjukkan tindak balas yang lebih rendah berbanding kanak kanak perempuan, rawatan untuk kanak-kanak lelaki adalah lebih lama. Kanak-kanak yang menghidap ALL mempunyai peluang yang baik untuk sembuh. Kebanyakan pusat rawatan kini melaporkan kadar 90% peluang sembuh untuk pesakit yang mempunyai standard risk.
Kesan sampingan akibat daripada rawatan boleh berlaku sama ada pada jangka masa pendek atau panjang. Terapi radiasi ke atas kepala misalnya boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan boleh menyebabkan barah lain berlaku. Oleh yang demikian pemeriksaan yang berkala adalah sangat penting.
Bolehkah penyakit ini berulang semula setelah dirawat?
ALL pada kanak-kanak boleh berulang walaupun ianya telah dirawat. Leukemia boleh terjadi semula di dalam darah dan sum-sum tulang atau testikal dan korda spinal atau di bahagian lain badan. Cara rawatan adalah sama seperti di atas tetapi ianya lebih intensif.
***Nak tahu lanjut mengenai penyakit ini dan kupasannya dari pakar serta perkongsian pengalaman ibu bapa yang anaknya disahkan Leukemia, saksikan rancangan Pa&Ma jam 12 tengah hari ini (25 Disember) dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Belum pun sampai usia enam tahun, gigi anak sudah rongak dan menjadi kehitaman. Jangan biarkan sahaja kerana menjaga gigi perlu menjadi kewajipan pada mak ayah.
Persoalannya, kenapa masalah gigi kehitaman dan rongak ini berlaku pada anak kita?
Gigi rongak adalah satu keadaan di mana gigi mengalami kepecahan dan kehitaman lantas membuat ia tidak seperti gigi normal lagi. Kondisi ini sering berlaku kepada golongan kanak-kanak dan kebanyakan ibu bapa hanya membiarkannya kerana beranggapan bahawa ia adalah gigi susu sahaja.
Ya, mungkin benar bahawa karies gigi sering berlaku kepada gigi susu dan bukan gigi kekal kerana ia masih lagi belum kuat. Namun adalah tidak wajar untuk ibu bapa hanya membiarkannya kerana ia akan menjejaskan kehidupan kanak-kanak malang itu.
Jangan terlambat kerana ia akan menjejaskan kehidupan anak anda kelak.
Ibu bapa boleh perhatikan tanda-tanda bahaya ini:
* Mula muncul tompok putih di atas permukaan gigi anak * Tompok ini telah berubah warna menjadi kuning, perang atau hitam * Gigi anak mula mengalami kepecahan dan kehitaman * Sekiranya berlaku salah satu atau kesemua tanda di atas ini, segera bertindak dan bawa si kecil anda berjumpa dengan doktor gigi okay!
Punca gigi rongak?
Meskipun anak anda belum lagi pandai memberus dan memflos gigi mereka sendiri, ia tidak wajar dijadikan alasan oleh ibu bapa. Anda berperanan penting dalam usaha untuk mengajar mereka tentang tatacara penggunaan berus, ubat dan flos gigi di awal usia.
Dalam pada itu, sila berwaspada dengan beberapa punca kerosakan gigi si kecil seperti berikut:
#1. Pengambilan makanan & minuman
Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, gigi anak anda mungkin akan rongak sekiranya banyak mengambil makanan dan minuman yang bergula. Ini kerana makanan dan minuman yang bergula ini seterusnya akan menyebabkan pembentukan plak sekali gus merosakkan tulang gigi si kecil. Jadi ibu bapa sila lebih awasi diet mereka.
#2. Pendedahan terhadap paras pH rendah
Kerosakan gigi anak juga boleh berlaku akibat kekacauan dalam proses pertumbuhan gigi (contohnya amelogenesis atau dentinogenesis imperfecta).
Ia boleh berlaku akibat pendedahan terhadap persekitaran mulut dengan paras pH rendah bercampur air liur, kuman, sisa makanan dan sebagainya.
#3. Tabiat menghisap botol susu
Ia mungkin merupakan satu tabiat yang tidak dapat dielakkan kerana si kecil perlu untuk menyusu menggunakan botol susu di awal usia mereka.
Pun begitu, tabiat inilah yang akan menyebabkan kerosakan gigi terutamanya jika meminum minuman yang tinggi kandungan gula di dalamnya.
Bukan tidak boleh, cuma cuba kurangkan!
#4. Jangkitan
Selain itu, gigi yang rongak juga mungkin berpunca daripada jangkitan kuman antaranya Mutans Streptococci (MS) yang akan membentuk karies gigi.
Ia boleh merebak dan membiak melalui perkongsian air liur antara kanak-kanak dengan individu lain (contohnya ketika berkongsi makanan atau minuman).
Seperti mana penyakit yang lain juga, gigi rongak adalah lebih mudah untuk dicegah berbanding dirawat. Menurut pakar pergigian ada beberapa cara yang ibu bapa boleh cuba amalkan termasuklah:
Ya, ia mungkin akan menjadi satu cabaran yang agak besar kerana kebanyakan kanak-kanak akan berasa sangat takut untuk melakukan pemeriksaan ini.
Oleh itu, cuba pujuk mereka dengan bijak dan menawarkan sesuatu selepas sahaja mereka bersetuju untuk bertemu dengan doktor gigi.
Kredit: hellodoktor.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.