Kehilangan seorang wanita berumur 38 tahun dan juga ibu kepada dua anak berusia tiga dan empat tahun yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Saujana Kota Tinggi sejak Isnin lalu, terjawab dengan penemuan mayat mangsa di dalam tong air biru di kawasan ladang serai di Bandar Penawar, Johor.
Lebih menyayat hati, anak-anak kehilangan ibu mereka atas tindakan tidak bertanggungjawab bapa sendiri yang dipercayai menembak ketika sedang tidur dengan menggunakan senapang angin.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kes tersebut bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di rumah mereka.
Kredit: Sinar Harian
Jelasnya, susulan daripada laporan kehilangan wanita berkenaan yang dibuat oleh jirannya, suami wanita terbabit berusia 43 tahun yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan rakannya berumur 32 tahun ditahan pada Selasa.
“Siasatan awal yang dijalankan ke atas suami mangsa, mendedahkan berlaku perselisihan faham antara mereka pada Isnin lalu sebelum mangsa keluar rumah pada Isnin lalu kira-kira jam 2 pagi.
“Berdasarkan siasatan, suami mangsa telah mengaku membunuh isterinya di rumah mereka dengan menembak menggunakan senapang angin dan selepas itu mayat isterinya dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor.
Ads
“Suspek memberitahu mayat isterinya yang diletakkan di dalam tong biru telah dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
“Suspek juga menggunakan jengkaut untuk menggali tanah bagi menanam mayat isterinya sedalam kira- kira 2 meter,” katanya.
Senapang angin yang dipercayai digunakan oleh suami mangsa. – Kredit: Sinar Harian
Ayob Khan berkata turut dirampas selaras senapang angin, selaras senapang patah dan 54 butir peluru penabor 12 “bore” dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero bersama kunci dan sebuah jengkaut.
Ads
“Siasatan mendapati suspek tidak memiliki dokumen pemilikan senjata api terbabit dan polis masih menjalankan siasatan dari mana suspek mendapatkan senjata api tersebut.
“Suami mangsa mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan pemilikan senjata dan mendatangkan kecederaan,” katanya.
Jelasnya, proses bedah siasat masih berjalan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula Khamis sehingga 10 Mac.
Ads
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.
“Sementara anak mangsa hasil perkahwinan yang didirikan selama lapan tahun itu akan dijaga oleh keluarga mangsa terbabit,” katanya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Konon ingin menyembunyikan kelahiran, tindakan seorang wanita berusia 22 tahun akhirnya terbongkar apabila ditahan pihak polis kerana disyaki membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Bayi lelaki yang masih hidup itu ditemui ditinggalkan di tangga sebuah rumah di Kampung Batu 9, Chemor, Perak.
Tak mengaku anak sendiri
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi lelaki yang sihat dan masih bertali pusat itu ditinggalkan di tangga sebuah rumah. Bayi yang masih hidup itu ditemui oleh orang awam sebelum dilaporkan kepada pihak polis.
Pihak polis kemudian menjalankan siasatan dan mendapati rupa-rupanya bayi yang baru sahaja dilahirkan itu merupakan anak salah seorang penghuni dalam rumah berkenaan.
Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila wanita terbabit tidak mengaku bayi tersebut adalah anak kandungnya dan dia dengan sengaja telah mereka cerita kononnya bayi tersebut telah ditinggalkan oleh seseorang di tangga rumah mereka pada jam 3 pagi. Lebih mengejutkan apabila orang awam yang melaporkan kejadian itu kepada pihak polis adalah bapa wanita berkenaan.
Temui tompokan darah bawah katil
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata pihak polis kemudian bertindak menjalankan siasatan lanjut dengan menyoal siasat suspek.
Pasukan siasatan membuat pemeriksaan dalam bilik suspek menemui setompok darah di atas lantai. Pemeriksaan lanjut menemui tompokan darah yang banyak di bahagian bawah katil disyaki milik suspek yang baru lepas bersalin.
Pada awalnya, suspek memberitahu bahawa darah berkenaan merupakan darah haid miliknya tetapi akhirnya dia mengakui bahawa bayi terbabit merupakan anak kandung yang baru dilahirkannya.
Bayi tersebut dalam keadaan sihat telah ditempatkan di hospital yang sama. Polis telah merampas beg tangan, buku rekod kesihatan dan ubat serta risalah berkaitan penyusuan susu ibu dan panduan pendidikan kesihatan anemia dalam kalangan ibu hamil.
Suspek kemudian telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan lanjut. Tambahnya lagi, wanita terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mendedahkan dan membuang kanak-kanak di bawah 12 tahun.
Berniaga antara salah satu cara yang boleh dilakukan bagi menambah pendapatan keluarga. Malah ada yang menjadikan berniaga sebagai kerjaya sepenuh masa.
Namun disebabkan ekonomi yang tidak menentu, ramai yang mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan supaya sedikit sebanyak dapat menyimpan buat keluarga. Seperti perkongsian daripada Encik Afzal ini, dia berkongsi kisah ketika membeli kek dari satu keluarga ini dan berharap lebih ramai lagi sudi berkongsi rezeki dengan membeli hasil air tangan keluarga kecil ini.
Kalau korang nampak keluarga bahagia ni meniaga kek marble di ruang parkir Tesco Kajang, boleh la bantu mereka dengan membeli kek2 jualan mereka ye ☺️
Kek marble pelbagai perisa home made buatan bumiputera. Yang aku ingat td ada perisa coklat, strawberi, pisang dan durian. Aku beli perisa durian sebab abg tu kata dia guna durian betul, bukan durian perisa.
Struggle is real sahabat. Semoga Allah gantikan sesuatu yg lebih baik kepada mereka yang sentiasa membantu dan memudahkan urusan org lain insyaAllah 😌🤲
P/s : Hebat adik ni. Lepas online kelas pagi tadi terus bantu mak ayah dia meniaga kek. Allahu 😢
Rata-rata netizen yang pernah mencuba kek yang dijual kakak ini turut berkongsi pendapat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang wanita berdepan detik cemas apabila bayi perempuannya yang berusia 19 bulan, hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah pasar raya dekat sini, malam tadi.
Dua warga asing terbabit bagaimanapun sudah pun ditangkap polis selepas didakwa cuba melakukan jenayah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, wanita berkenaan memaklumkan dia sedang menaiki tangga bergerak di pasar raya itu bersama anaknya serta adik perempuan.
Menurutnya, seorang bayi perempuan berusia 19 bulan hampir menjadi mangsa culik dua lelaki warga asing berkenaan.
“Wanita berkenaan yang sedang memimpin tangan bayinya tiba-tiba didatangi dua lelaki warga negara asing dari arah belakang yang mana salah seorang lelaki itu bertindak mengangkat anaknya.
“Wanita berkenaan terus menjerit dan menarik semula anaknya manakala dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap orang awam yang berada di pasar raya itu.
“Dua lelaki berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak polis dan kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.