Sekejap masa berlalu, dah setahun usia Isaac Raees. Perwatakannya juga dah nampak macam abang sangat. Bagi pasangan Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza kehadiran Isaac dianggap pelengkap hidup mereka.
Zahirah menerusi laman Instagramnya telah mengimbau semula proses kelahiran sehingga anak lelakinya itu membesar dengan sihat melalui satu video yang dimuat naik. Gelagat Isaac yang dilahirkan di Perth, Australia itu juga sentiasa menjadi perhatian peminat mummy dan daddynya.
Netizen rata-rata turut mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Isaac Raees.
Sebelum ini, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Kredit: IG Zahirah Macwilson & Isaac Raees
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setengah orang kata bayi yang tembam & ‘semangat’ itu comel. Ada pula yang menyindir dengan mengatakan bayi perlu diet dan dikawal pemakanannya. Apa pun, tanya pakar pendapat dulu.
IBU STRES BAYINYA DIKATAKAN OBES
Ramai ibu yang mengadu bayi dilahirkan dengan berat badan yang biasa iaitu 3.1 kg. Seperti kes ibu A, apabila bayinya mencecah usia lima bulan dan berat mencecah 9kg. Ditambah pla dengam mulut-mulut orang sekeliling “ Anak awak ni dah obes memandangkan beratnya naik drastik tidak sesuai dengan usia.” Pertambahan berat badan itu hanya dengan susu ibu sahaja, tanpa tambahan susu formula atau makanan lain.
Pola penyusuan bayi Ibu A juga biasa, tidak terlalu kerap. Susu ibu perahan pula hanya dibekalkan sebanyak 15 oz susu sepanjang 10 jam waktu bekerja. Tidak lama lagi dia akan mencecah enam bulan dan boleh mengambil makanan pejal. Ibu A cukup bimbang dengan keadaan ini akan berlanjutan sehingga bayinya besar. Ibu A dan suaminya mempunyai berat badan ideal dan bukan daripada baka obes. Dia buntu dan mula mempersoalkan adalah ia berkaitan dengan pemakanannya yang menyebabkan bayinya obes.
DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Menurut Dr Mohammad Nazir Abu Bakar, Pakar Pediatrik, SALAM Shah Alam Specialist Hospital, bayi Ibu A yang umur 5 bulan dan berat 9kg berada dalam bahagian atas carta berat iatu 95th centile tetapi bukan dikategorikan sebagai obes.
Adalah penting bagi ibu bapa mendapatkan nasihat yang betul dan tepat daripada pakar pediatrik. Ini kerana pakar pediatrik akan menilai tumbesaran daripada segala aspek bukan sahaja berat dan juga trend tumbesaran, lebih penting daripada menilai pada satu jangka masa sahaja.
BABY FAT
Terdapat ramai bayi yang diberi susu ibu secara eksklusif mempunyai berat yang lebih tetapi lazimnya lemak bayi atau baby fat ini tidak kekal dan berat makin seimbang apabila dimulakan makanan pejal atau pelengkap.
Tambahan pula bila bayi mula lebih aktif bergerak iaitu seperti merangkak dan berjalan, ini akan bantu dalam penyeimbangan tenaga. Tidak digalakkan sama sekali untuk mengurangkan atau mengawal pemakanan bayikerana ini adalah masa perkembangan pesat dalam tumbesran bayi. Ibu bapa perlu mendapatkan pandangan pakar pediatrik terlebih dahulu.
AMALKAN PEMAKANAN NUTRISI TINGGI
Ibu digalakkan untuk memberikan makanan dan minuman bernutrisi tinggi kepada bayi apabila bayi bersedia untuk mengambil makanan pelengkap. Amalan pemakanan sihat dengan elakkan gula dalam makanan. Hindari daripada memberi makanan yang mempunyai nilai nutrisi yang rendah.
ELAKKAN MENGGUNAKAN MAKANAN SEBAGAI PENENANG
Selain itu, elakkan menggunakan makanan untuk mendiamkan bayi atau menggunakan makanan sebagai permainan. Ibu bapa perlu faham bahawa bayi menangis tidak semestinya kerana lapar. Ibu bapa juga seharus mengenali dan tahu cue dan masa ketikanya bayi anda sudah kenyang atau bila bayi itu sedang dalam kelaparan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecomelan Jebat Jayden Ahmad yang sentiasa murah dengan senyuman buatkan ramai peminat baba dan mommynya geram. Tanggal 30 Ogos genaplah setahun usia putera sulung pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila.
Menerusi entri di instagram Sharnaaz dan Noor Nabila, masing-masing memberi ucapan untuk buah hati mereka itu.
Happy birthday my son, u are the reason im still fighting for this life. And will never stop because of you. Ba syg sangat kat cek.. be good to everyone syg.. happy 1st birthday sayang ba..
Suara ba, cek pertama sekali dengar, dan biarlah suara cek, ba dengar yg terakhir sekali.. happy birthday anak ba. Jauh dimata ba, tapi paling hampir dgn nyawa ba. @jebatjayden
Selamat hari jadi untuk anakku sayang. Semoga Allah swt panjangkan umur anak mommy, beri kesihatan yang baik dan berterusan untuk anak mommy, jadikan anak mommy Jebat Jayden Ahmad anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang berbakti pada orang tua dan semoga Allah swt sentiasa melindungi anak mommy. Dan melimpahi anak mommy dengan kasih sayang Allah dan rahmat Allah swt.
Sayangku jadilah orang yang beriman, yang bertanggungjawab, yang sentiasa menghormati orang tidak kira tua atau muda, yang menepati janji, yang berjaga-jaga ketika berkata-kata supaya tidak mengguris hati sekeliling, semoga sayang mommy boleh menjadi seorang yang sabar dan sentiasa tenang dalam apa sahaja dugaan hidup.
Sayangku anak mommy terima kasih kerana hadir dalam hidup mommy, syukur pada Allah swt. Hidup mommy dipenuhi dan dilimpahi dengan kasih sayang dan nikmat yang tak pernah mommy rasa sebelum ini. Terima kasih sayang untuk gelak tawa, gurauan senyuman dan kasih sayang yang sangat indah dan takde nilainya.
Anakku jantung hatiku, anugerah dan amanah terindah
Jebat Jayden Ahmad. Anakku jantung hatiku nyawaku , amanah dan anugerah terindah dari Allah swt akan ku jagamu dengan sepenuh jiwa dan ragaku wahai anakku. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita berdua. InsyaAllah.
Noor Nabila turut memberi ucapan hari jadi kepada Jebat Jayden yang kini berusia setahun. Sebelum ini, Nabila turut throwback sekeping gambar ketika sedang sarat hamil 38 minggu.
Sumber: ig Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kuantiti susu berkurangan. Adakah penggunaan penggalak susu mampu membantu ataupun tidak? Ini pasti dilema yang di hadapi ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi. Ibu ini antara salah seorang daripadanya. Ikuti penjelasan pakar ini.
Saya ibu yang menyusukan dan sedang berpuasa. Kuantiti susu perahan semakin menurun dan ia amat membimbangkan. Apakah penggalak susu dibolehkan dalam situasi ini? Apakah cadangan doktor supaya susu dapat ditingkatkan kembali selain daripada mengambil penggalak susu?
Salhah, Bandar Jengka, Pahang.
Berpuasa selama 12 hingga 14 jam sehari tidak akan menjejaskan kuantiti dan kualiti susu yang dihasilkan kecuali ibu tersebut mempunyai masalah kekurangan nutrien. Ini adalah kerana, apabila ibu tidak makan dan minum dalam tempoh berpuasa, sistem tubuh akan mengadaptasi keadaan ini dengan kurang menghasilkan urin (air kencing) dan kurang mengeluarkan peluh.
Pengambilan penggalak susu bukanlah jawapan tepat untuk mengatasi masalah penurunan kuantiti susu perahan. Makin kerap dan banyak susu yang dikeluarkan, maka lebih banyak susu dihasilkan. Konsep ini adalah benar dalam semua situasi termasuk semasa ibu berpuasa. Jika ibu mengambil penggalak susu tetapi tidak meneruskan menyusu atau memerah dengan kerap mengikut kehendak bayi, penghasilan susu tetap tidak akan meningkat.
Amalan pemberian susu perahan berterusan tanpa menyusui secara terus di payudara ibu boleh menyebabkan susu semakin kurang. Hal ini boleh berlaku kerana rangsangan hisapan di payudara ibu adalah lebih efektif untuk mengeluarkan susu. Selain itu, pemberian susu secara terus akan dapat meningkatkan perasaan kasih sayang dan membuat ibu rasa tenang semasa menyusu. Keadaan ibu yang tenang dan selesa semasa menyusu menggalakkan rembesan hormon oksitosin yang seterusnya membantu lebih banyak susu dapat dikeluarkan. Untuk memastikan susu ibu terus mencukupi walaupun sedang berpuasa, berikut diberikan beberapa saranan yang boleh ibu cuba amalkan.
Soalan berikut di jawab oleh Dr Zaharah Sulaiman Pakar Laktasi & Pensyarah Kanan Unit Kesihatan Wanita, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barang dalam katil bayi seperti bantal, selimut, patung dan pelapik katil boleh meningkatkan risiko lemas serta SIDS. Ketahui 7 barang yang perlu dielakkan demi memastikan ruang tidur bayi lebih selamat.