Makin besar, makin handsome Ismail Leon. Setiap kali perkongsian daripada Rihana Petra, pasti ramai yang nak tahu mengenai perkembangan anak tunggalnya.
Terbaru menerusi perkongsian di instagram Rihana, sebagai seorang ibu, perasaan bila pertama kali hantar anak ke tadika suatu pengalaman baru buatnya.
Walaupun Leon baru sahaja menginjak usia tiga tahun, ratu cantik Moscow ini cuba menyelami dunia anaknya untuk menyesuaikan diri di tadika.
“Mari bersama-sama menyelami dunia kanak-kanak. Apa yang ada? Ada ibu, mainan kegemaran, taska yang selesa, rutin harian… Dan kemudian tadika bermula dan segala-galanya berubah.
“Terdapat tempat yang baru bagi anak, mak cik yang tak dikenali, mainan yang pelik, makanan yang berbeza dan yang paling penting, tiada ibu di sekelilingnya. Sudah tentu, ini memberi tekanan kepada si kecil. Dan ia mengambil masa untuk menyesuaikan diri,” tulis Rihana.
Kongsi Rihana lagi, Leon masih menyesuaikan diri dengan suasana tadika. Dulu dia pergi tadika separuh hari, sekarang dia pergi tadika sepanjang hari. Dia terpaksa melepaskan tidur petangnya, rutin hariannya terganggu. Dan sekarang waktu pagi kami dia dah mula pandai cakap – saya tidak mahu pergi ke tadika.
Ads
“Ya, dan dia juga menangis di muka pintu seperti kanak-kanak yang lain juga. Tetapi sebaik sahaja pintu ditutup dan saya meninggalkannya, semuanya baik-baik saja dan pada waktu petang Leo tidak mahu pula pulang. Lagipun, tadika itu sangat menarik dia dapat buat banyak aktiviti dan ramai kawan!.”
Menariknya juga, sebagai ibu yang yang tak terlepas dari fasa anak menangis untuk ke sekolah, Rihana turut berkongsi tip bagaimana caranya mengurangkan drama air mata setiap pagi Leon.
✅Keluar ke taman permainan pada hujung minggu bersama rakan-rakannya dari tadika dan rakan sebayanya yang lain.
✅ Sentiasa bercerita tentang tadika.
Ads
✅ Main permainan yang sama di tadika semasa di rumah.
✅ Apabila saya menjemput Leo dari tadika, saya selalu bertanya kepadanya bagaimana perasaannya hari tu dan memberi tumpuan kepada perkara positif.
✅ Apabila Leo menangis, hati saya sungguh sedih. Tetapi saya harus tersenyum, kerana jika kita pun mula menangis, ia akan jadi lebih sukar.
✅ Kami juga cuba melakukan aktiviti tambahan selain di tadika. Ia satu cara untuk mempelbagaikan aktiviti bersamanya.
Suka tengok cara Rihana didik dan mempersiapkan Leon untuk lebih berkeyakinan dan bijak bergaul bersama rakan sebayanya. Apa yang pasti kecomelan Leon sentiasa buat ramai yang geram dengannya.
Kelasnya adalah rumah dan gurunya adalah ibu-bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menguasai dua karektor sebagai ibu bapa dan sebagai guru bergantung kepada situasi yang dihadapi.
Ibu bapa perlu banyak menguasai ilmu pendidikan dan ilmu keibubapaan bagi menjamin homeschooling yang dijalankan memberi kejayaan kepada anak-anak.
Ibu bapa perlu tahu apa sebenarnya keperluan, objektif dan matlamat yang ingin dicapai terhadap anak-anak. Setiap anak-anak ada karektor dan keistimewaan yang tersendiri. Memilih aktiviti amat penting bagi kesesuaian dan kecenderungan anak-anak.
Para ibu bapa juga perlu mempunyai pembahagian masa yang cukup untuk anak bagi memenuhi jadual yang telah dirangka lebih awal.
Untuk anak saya, alat bantuan mengajar perlulah kreatif dan bersifat DIY lebih menarik dan memberi impak jangka masa panjang dalam konteks pembentukan kreativiti dan merangsang otak berfikir. Saya lebih gemar alat bantu mengajar yang multifungsi dibuat sendiri tidak dibeli terus di kedai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hancurnya hati billa anak tunjuk kelakuan tak baik dan biadap. Mungkin ibu ayah sendiri tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca-puncanya.
Menggunakan perkataan kasar dan negatif, berkelakuan ganas, tidak hormat peraturan, tidak menghormati orang lain dan tiada adab termasuk dalam kategori kurang adab atau biadap.
Mungkin sesetengah ibu bapa merasakan didikan yang baik sudah diberikan tetapi kenapa perkara nenatif tetap berlaku. Wajar bagi anda ‘membedah siasat’ apa yang telah didedahkan kepada si kecil tanpa sedar yang menjadi punca dia biadap.
Dr Taufiq Razif berkongsi 5 punca yang perlu dilihat semula ibu bapa. Sama ada ia didedahkan tanpa sedar atau
Jangan Buat 5 Benda Ni Kalau Tak Nak Anak Jadi Biadap
#1 – Bagi gajet tanpa batasan
#2 – Bergaduh depan anak
#3 – Kita Selalu Abai Anak
#4 – Marah anak secara melampau
#5 – Kita cuma fokus IQ anak sampai lupa nak asah EQ anak
Saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah yang belum tahu ye
Telefon pintar merupakan satu keperluan buat semua orang bagi memudahkan urusan seharian. Tetapi kini ia fenomena telefon pintar ini mendatangkan kesan yang kurang baik kerana anak-anak terabai, suami dan isteri pula makan hati. Maklumlah setiap masa handphone di tangan, mata pun tak berganjak. Kalau boleh tembus skrin telefon pintar tu, dah tembus pun!
Kadang-kadang tu, ibu ayah sibuk melayan handphone sehingga anak-anak yang meraih perhatian tidak diendahkan. Situasi ini kerap berlaku di mana-mana. Mungkin dalam rumah kita pun terjadi perkara ini. Ibu sibuk scroll media sosial, yang si ayah sibuk melayan game. Ini perkara biasa yang berlaku sekarang. Di meja makan pun sudah tiada hubungan kekeluargaan yang terjalin. Semua sibuk dengan telefon pintar masing-masing.
Laman web lepatpisang.com, berkongsi kata-kata Dr Ustaz Ebit Lew serta petikan dari The reporter celotehsaje.com mengenai hal ini.
“HP vs Anak”? Waktu bersama dengan keluarga tak lama..Kenapa kita mensia-siakan dengan perkara yang sia-sia. Wahai ayah, sungguh kau sibuk dengan mengetuai peperangan dalam talian. Tapi bagaimana tugasmu dalam mengetuai agama & didikan untuk isteri anak-anak dalam keluarga? Anda adalah ketua & pemimpin keluarga!
Wahai Ibu, sibuk manakah kamu melihat perkembangan hidup orang lain….? Tahu kah kamu wahai Ibu, punyalah ramai pasangan yang mahukan anak, tapi tidak diberi rezeki untuk memiliki? Berikan tumppuan pada anak anda dahulu.
Lihat perkongsian dari suasana sebenar & semoga menjadi iktibar :
Benda ni jadi jumaat malam hari tu. Dah banyak hari tapi acik asyik dok teringat je. Aksi meja sebelah. “ Tengok apa? Dari tadi tak lepas pandang? “ Tanya encik hensem kat acik.
Handphone macam kena gam kat tangan mak ayahnya
Sebenarnya dari awal sampai, duduk kat meja, acik dah tertarik tengok meja sebelah ni. Sepasang suami isteri. 2 orang anak perempuan, dalam lingkungan 1 & 4 tahun. Yang besar duduk sebelah ayah, yang kecik sebelah emaknya.
Dari awal acik sampai, handphone macam kena gam kat tangan mak ayahnya. Si kakak buat hal sendiri tengok keliling, tengok mak ayah yang tak angkat muka langsung daripada pandang handphone. Si kakak bercakap-cakap minta perhatian, tak dilayan. Tiba-tiba, gedegang. Si kakak dah jatuh kerusi, kasut basah masuk dalam longkang cetek laluan air.
Kemain kuat suara si ayah marahkan si kakak. Kenapa tak reti nak duduk diam? Orang lain duduk atas kerusi dia berdiri sebab tu jatuh. Acik tengok muka emaknya, mencuka. Si ayah angkat kerusi semula, anak dibiarkan bangun sendiri. Sikit pun tak tanya anak tu ok ke tak. Anak 4 tahun kot, jatuh. Tak risau langsung ke? Dua-dua mengadap handphone semula. Bila makanan sampai, si emak bagi youtube kat si kecik suruh diam. Mak ayah makan, si kakak terkebil-kebil sorang-sorang. Boring sangat agaknya, dia turun kerusi.
Muka macam singa
Pergi kat ayah, tak layan. Pergi kat emak, nak tau apa mak dia buat? Mak dia jerit kuat “ Eh apa masalah dia ni? Pergi duduk sana lah “. Muka macam singa, tangan tolak anak yang baru datang dekat nak pegang lengan emaknya. Waktu ni memang acik dah rasa macam nak pergi tendang mak dia. Budak ni anak angkat ke apa? Kalau anak angkat sekali pun tak boleh ke layan macam manusia? Pelayan kat food court pun dah start pandang-pandang. Bisik-bisik sesama sendiri.
Akhirnya budak perempuan 4 tahun tu tawaf meja makan dorang. Entah berapa kali tawaf, mak ayah dia buat tak tau. Sesekali dia berhenti, macam nak datang ke meja kitaorang. Acik senyum, tapi dia takut. Bulat mata dia tengok je Balqis & Aina makan sama-sama. Acik suap Aina. Balqis suap acik. Encik hensem suap acik. Bulat mata dia. Serius waktu ni acik dah nak menangis tengok budak tu. Mak ayahnya dah siap makan. Mata melekat kat handphone semula. Bila nak balik, si mak turunkan adik dari highchair, si ayah bangun menonong.
Si anak 4 tahun pergi kat ayah agaknya minta dipimpin tapi tak dilayan. Bila pergi kat mak, maknya sibuk dengan siadik. Acik dengar budak 4 tahun tu bercakap dengan maknya tapi tak dilayan. Akhirnya si ayah jalan depan. Si mak ikut sambil pegang si adik. Budak 4 tahun tu? Jalan sendiri kena tinggal kat belakang. Waktu ni lah encik hensem tanya acik pandang apa?
Berkaca dah mata acik waktu ni.
“ Anak angkat ke budak tu? Layan sampai macam tu sekali “
“ Mak dia datang bulan kot” kata encik hensem.
“ Dah tu, kalau emaknya datang bulan, ayahnya period sekali? “
“ Mungkin ayah dia memang jenis tak guna, tak peduli pasal anak “ Simple jawapan encik hensem.
Dah macam pengemis minta sedekah
Diam. Tak lama lepas tu encik hensem bersuara lagi “ Orang biasanya keluar makan sedap-sedap sebab nak bagi anak makan best kan? Bukannya sebab kita sendiri yang nak makan sedap. Tapi nak bagi anak-anak “ Bingo. Ayat dia general, tak merujuk pada siapa-siapa tapi acik boleh tangkap maksudnya. Rupanya encik hensem pun perhatikan dorang suami isteri yang makan tak ingat dunia tapi sikit pun tak suap anak-anak.
Korang yang membaca mungkin tak boleh nak imagine macam mana desperate nya anak kecik umur 4 tahun tu nak tarik perhatian mak ayah dia. Demi Allah, ni first time acik tengok depan mata sendiri. Dah macam pengemis minta sedekah. Kena tolak. Kena herdik. Dibuat macam takde perasaan.
Mak ayah, tolonglah. Handphone tu sila letak ke tepi. Seharian pergi kerja tinggal anak dengan orang lain, lewat petang baru anak dapat tengok muka mak ayah. Anak-anak dahagakan kasih sayang. Anak-anak nak kan perhatian. Kenapa pilih untuk berhuha kat facebook, whatsapp group sedangkan depan mata anak sendiri diabaikan?
Orang kita ni sikit-sikit sebut pasal anak derhaka, kewajipan anak kepada ibu bapa. Tapi terlupa yang ibu bapa pun ada dosa dengan anak-anak. Peringatan untuk kita bersama.
TASKA KEMAS 2027 kini dibuka untuk permohonan melalui EduCeria. Ketahui syarat kelayakan, cara daftar, dokumen diperlukan, perbezaan TABIKA dan TASKA serta penjelasan mengenai yuran RM150.