
Subuh tadi, ketika ramai masih lena atau baru bersiap memulakan hari, satu tragedi memilukan merentap bahagia sebuah keluarga di Jalan Soon Ban Kheng, Bukit Mertajam.
Seorang ibu, dengan penuh kasih, menunggang motosikal membawa tiga anaknya mungkin sekadar rutin biasa ke sekolah, seperti hari-hari sebelumnya.
Tiada siapa menyangka, perjalanan pagi itu menjadi perjalanan terakhir buat si kecil berusia dua tahun.
Dalam sekelip mata, takdir Allah mengubah segalanya.

Anak kecil itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi adiknya terselamat satu keajaiban kecil di sebalik ujian yang sangat besar. Namun yang paling meruntun jiwa, apabila melihat dua beradik itu berdiri kaku di sisi jasad adik mereka sendiri. Tanpa tangisan kuat, hanya wajah kosong yang seolah-olah belum mengerti sepenuhnya kehilangan yang sedang berlaku.
Ibu mereka pula kini bertarung nyawa, dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan kecemasan. Setiap detik menjadi penentu, setiap doa menjadi harapan.


Bayangkan pagi yang sepatutnya diisi dengan tawa anak-anak, bertukar menjadi saat paling gelap dalam hidup mereka.
Tiada siapa bersedia untuk kehilangan sebegini. Lebih-lebih lagi seorang ibu yang keluar rumah dengan niat menghantar anak, namun kini terpisah tanpa sempat mengucup dahi buat kali terakhir.
Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat si kecil yang telah pergi.
Dan titipkan doa agar ibunya diberi kekuatan, dipermudahkan segala urusan pembedahan, dan kembali sembuh untuk anak-anak yang masih memerlukan pelukan kasihnya.
Kadang hidup ni tak bagi amaran.
Yang ada cuma kenangan dan penyesalan yang tak sempat diulang.
Sumber: Pulau Pinang Kita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





