Setiap anak mempunyai keunikan. Tak boleh nak samakan anak sulung dengan anak kedua atau seterusnya. Mungkin yang sulung jenis pendiam tapi kedua pulak banyak cakap. Tak mustahil juga si bongsu agak garang dan mudah mengamuk.
Walau apa pun perangai anak-anak, ibu bapa kena sentiasa sabar dan sama-sama membentuk keperibadian mereka untuk menjadi seorang yang berjaya dunia akhirat.
Ads
Ibu bapa juga perlu tahu ada waktu tertentu-tentu yang sesuai dan mungkin berkesan di hati anak. Memberi nasihat pada anak tak perlu lama sebenarnya tetapi hanya 30 hingga 60 saat pun dah cukup.
Sebelum anak tidur
Semasa anak sedang tidur (nasihati anak dengan bercakap dalam hati atau bisik di telinga)
Waktu anak bangun tidur, peluk anak dan beri nasihat
Selepas anak mandi
Selepas anak solat. Sekali sekala jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas sejadah.
Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji
Selepas anak beriadah atau bermain
Selepas anak didoakan di kepalanya
Bila anak terangsang emosi (seperti lepas kena marah)
Selain itu, pastikan anak-anak makan malam sebelum waktu maghrib (ikut sunnah) untuk mudah belajar waktu malam. Jika anak tak habis makan, tak salah untuk ibu bapa menghabiskan lebihan makanan anak, daripada membazirkan makanan tersebut. Adat orang Melayu sahaja yang menegah amalan tersebut.
Ads
Tapi jika anak-anak nak makan dulu sebab ayah balik lewat atau solat berjemaah di masjid, elok asingkan makanan untuk ayah.
Ads
Janganlah suruh ayah makan lauk pauk lebihan anak-anak. Kalau ada pembantu rumah pun asingkan siap-siap untuk menghargainya. Inilah adab untuk mendidik anak berakhlak baik.
Kanak-kanak memang dilahirkan dengan keupayaan untuk belajar Bahasa. Tetapi mestilah ada input yang diberikan untuk mereka belajar. Belajar menyebut dan menggunakan Bahasa adalah satu kebolehan yang berbeza. Anak-anak yang boleh menyebut, belum tentu boleh menggunakan Bahasa tersebut dalam persekitaran.
Jadi pembelajaran Bahasa bukan sahaja untuk anak menghafal perkataan tapi ianya lebih kepada FAHAM, INGAT, GUNA. Untuk memperolehi kesemua kemahiran ini kanak-kanak perlu belajar Bahasa dengan manusia juga kerana hanya manusia sahaja yang boleh menggunakan Bahasa yang dipelajari dalam persekitaran yang sesuai.
TIP #1: KANAK-KANAK BANYAK BELAJAR DENGAN ORANG YANG RESPONSIVE
Kanak-kanak belajar memahami dan bercakap semasa mereka berinteraksi dan bermain dengan orang-orang yang rapat dengan mereka setiap hari. Apabila selalu bermain dan berinteraksi bersama, kanak-kanak akan berasa rapat dan ada hubungan yang baik yang mana ia akan memberikan motivasi pada kanak-kanak untuk terus berinteraksi walaupun kemahiran Bahasa mereka masih lemah.
Menjadi responsive bukanlah bermaksud kita perlu bercakap setiap masa.. tetapi cuba mendekati anak dan memberi respon yang bersesuaian mengenai perkara yang mereka minat. Contohnya seperti mengiyakan, mengangguk, bercakap mengenai minat mereka dll. Kajian menunjukkan bahawa, kanak-kanak yang meluangkan masa bersama orang yang interaktif mempunyai lebih banyak kosa kata.
Peranan kita: Perhatikan apa yang menarik minat anak anda, tunggu mereka memberikan mesej dan dengar dengan bersungguh-sungguh apa yang cuba disampaikan oleh anak dan respon dengan minat. Ini akan memberikan anak-anak peluang untuk dengar & belajar perkataan berkaitan minat mereka.
TIP #2: KANAK-KANAK BELAJAR PERKATAAN BERKENAAN MINAT MEREKA
Macam kita juga, kanak-kanak belajar lebih banyak apabila mereka mempunyai minat tentang sesuatu. Ini juga boleh diaplikasikan dalam pembelajaran Bahasa. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak belajar perkataan dengan lebih banyak apabila ibubapa berinteraksi berkenaan sesuatu yang anak minat berbanding apabila ibubapa yang menjuruskan perhatian mereka kepada perkara lain.
Peranan kita: Apabila anda melihat kanak-kanak berminat akan sesuatu, jadikan ia sebagai topik perbualan antara anda dan anak. Apabila anak memberikan perhatian yang lebih pada apa yang anda cakapkan, maka akan lebih banyaklah perkataan yang akan mereka pelajari
TIP #3: KANAK-KANAK BELAJAR APA YANG MEREKA DENGAR DENGAN KERAP
Untuk kanak-kanak belajar Bahasa, mereka perlu mendengar dengan lebih banyak. Untuk kanak-kanak yang belajar banyak Bahasa, mereka perlu mendegar lebih banyak untuk setiap Bahasa tersebut.
Peranan kita: Dengan menambah input Bahasa dalam aktiviti dan pengalaman seharian, kita secara automatik telah menambah input Bahasa kepada kanak-kanak. Sebarang aktiviti yang kita lakukan boleh digunakan untuk mengajar Bahasa. Sebagai contoh, bercerita tentang makanan yang dimakan atau yang sedang dimasak, bercerita berkenaan karakter dan sesuatu kejadian di dalam buku cerita, bercerita berkenaan anggota badan semasa mandi… Sekiranya anak mengalami pengalaman yang baru seperti pergi ke klinik, anda boleh ceritakan berkenaan sesuatu di dalam klinik tersebut seperti doctor, ubat, sakit dll lagi.. Jadi pendedahan anak kepada perkataan-perkataan baru akan menjadi banyak. Yang paling penting sekali adalah, ibubapa perlu bercakap dengan Bahasa yang mereka selesa dan pakar. Kerana sekiranya kita tidak selesa bercakap dengan sesuatu Bahasa, kita tidak akan dapat memberikan input yang maksimum kepada anak dan anak juga lebih sukar untuk memberikan respon.
TIP #4: FLASHCARD, GAJET & TV BUKAN PENYELESAIAN
Kanak-kanak belajar lebih banyak melalui aktiviti dan pengalaman yang dilalui dalam hidup seharian mereka. Kanak-kanak belajar bercakap dan berkomunikasi adalah melalui bermain dan berinteraksi dengan orang sekeliling mereka. Mengajar perkataan (cth: menamakan flash card) adalah sangat membosankan untuk kanak-kanak. Begitu juga apabila kanak-kanak belajar perkataan melalui gajet & tv, mereka akan mengalami kesukaran untuk menggunakannya dalam kehidupan yang sebenar jika tiada panduan dari ibubapa / guru / penjaga.
Peranan kita: Perkenalkan perkataan-perkataan baru semasa bermain dan berinteraksi dengan anak. Gunakan aktivti harian seperti bermain, membaca, aktiviti rutin seperti makan, mandi dan memakai pakaian.
TIP #5: KUNCI UTAMA – PELBAGAIKAN
Apabila belajar Bahasa, kanak-kanak perlukan kepelbagaian seperti:
TIP #6: PERKATAAN DAN AYAT BERSAMA-SAMA
Apabila bercakap dan berkomunikasi, kita tidak hanya menggunakan perkataan sepatah-sepatah sahaja, kita akan bercakap menggunakan ayat. Bercakap menggunakan ayat bersama anak akan membantu untuk anak lebih memahami maksud satu-satu perkataan, dan ia juga menunjukkan cara penggunaan perkataan tersebut dengan betul dalam perbualan. Sebagai contoh, apabila kita menunjuk kepada pintu, kita boleh menyambungkan sekali dengan aksi yang boleh dibuat dengan pintu seperti “tutup pintu” atau “buka pintu”. Dengan ini anak bukan sahaja tahu perkataan pintu, tapi nama aksi dan susunan ayat juga.
Peranan kita: Gunakan ayat-ayat yang pendek dan ringkas semasa berbual dengan anak untuk memudahkan anak faham dan mengingat. Pastikan juga susunan ayat adalah betul dengan tatabahasa yang betul.
Belajar Bahasa adalah satu proses yang 2 hala. Jadi pastikan sentiasa ada komunikasi 2 hala dengan anak. Barulah anak akan belajar dengan lebih cepat.
Anak kecil yang mudah marah atau merengek adakalanya boleh menguji tahap kesabaran ibu bapa. Bagaimana untuk mengendalikan amarahnya? Secara tidak sedar, ramai ibu bapa yang kerap melakukan kesalahan dengan sengaja membiarkan, memarahi, menghukum malah ada yang sanggup memukulnya semata-mata mahu si anak diam.
Kemarahan seorang anak kecil berbeza puncanya berbanding kemarahan orang dewasa. Sebagai ibu bapa jadilah penyejuk hati bagi anak-anak yang sedang marah sehingga mereka dapat memahami kesalahannya sendiri dan belajar cara yang betul untuk mengatasi emosi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa untuk membantu meredakan emosi anak-anak yang sedang marah.anak seorang pemarah, anak suka marah, anak mudah marah, anak mudah meradang, anak naik angin, anak kerap marah.
PRIHATIN PERASAAN ANAK
Seorang anak memiliki keinginan yang kuat untuk melakukan sesuatu namun seringkali kemampuan tidak sekuat keinginannya. Kekecewaan diluahkan melalui kemarahan. Faham perasaan si anak, kenali kesukaannya, faham apa yang diinginkan dan tidak diinginkan, waktu tidur dan sebagainya. Jika anda cuba perkenalkan perkara baru kepadanya usah terlalu memaksa.
KOMUNIKASI
Kadangkala apa yang cuba disampaikan oleh anak kepada ibu bapanya ‘tidak sampai’ sehingga menimbulkan kekecewaan pada si anak. Tanda protes ditunjukkan dengan cara marah, merengek, merosakkan sesuatu dan sebagainya. Sentiasa luaskan komunikasi bersama anak. Anggap anak-anak sebagai sahabat dan begitulah sebaliknya.
PELUKAN
Kadangkala kemarahan seorang anak disebabkan kurangnya kasih sayang atau perhatian daripada ibu bapa. Kian membesarnya anak-anak atau kerana jadual semakin padat, interaksi antara anak dan ibu bapa semakin berkurang. Pelukan dan belaian kasih sayang ibu bapa amat diharapkan saat ini. Biasakan memeluk atau mencium anak-anak sebelum ke tempat kerja atau saat mereka sakit.
LARANGAN YANG LOGIK
Kata-kata seperti ‘Jangan’, Tidak boleh’ dan seumpamanya sering membuatkan anak merasa tidak dipercayai atau terbatas pergerakannya. Sebagai ibu bapa ‘wajib’ memberi alasan yang logik kepada anak mengapa kita melarangnya melakukan sesuatu. Contohnya melibatkan hal yang boleh membahayakan dirinya. Jelaskan risiko-risiko jika dia masih berdegil untuk melakukannya.
MENUNJUK TAULADAN
Ibu bapa harus menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak seperti cara yang betul untuk mengatasi emosi. Ibu bapa yang sering marah-marah atau tidak mampu mengawal emosi akan mudah mempengaruhi sikap anak-anak. Jika anda mula hendak merasa marah berusahalah untuk tidak menunjukkannya di hadapan anak-anak.
SENTIASA TENANG
Jika anak meragam atau marah-marah di tempat umum, sebagai ibu bapa kita haruslah sentiasa berada dalam keadaan tenang serta tidak mudah melatah. Elakkan daripada memarahinya semula atau memukulnya di khalayak ramai. Cara mudah yang boleh dilakukan ialah membawanya ke tempat yang lebih sunyi agar dapat meredakan kembali emosi.
Sumber: ragamanak.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apa yang anak patut kuasai di usia 6 tahun? Ini antara soalan pertama yang sering bermain di fikiran ibu bapa apabila mempunyai anak bawah usia 7 tahun.
Keadaan ini menunjukkan ramai ibu bapa dah mula risau tentang persediaan anak sebelum melangkah ke Tahun 1 lagi. Malah ramai juga yang menganggap anak sekarang dah makin bijak.
Jika dulu, masa Tahun 1 tulah baru nak belajar kenal huruf dan suku kata, namun sekarang dah berubah apabila anak umur 4 tahun pun sudah kenal huruf dan pandai membaca.
Persoalannya adakah anak umur 4 hingga 6 tahun perlu kuasai semua itu? Atau ia sekadar trend semasa? Apakah anak boleh bersaing dengan rakan sebayanya?
Perkongsian dari Puan Ainie Ahmad boleh membuka mata semua ibu bapa supaya tidak memberi tekanan pada anak-anak semata-mata nak capai kecemerlangan akademik sahaja.
Silibus darjah satu yang menggila membuatkan parents pun hampir nak gila.
Di whatsap tadika lama anak saya banyak yang bunyi gini, “cikgu, anak sy demam harini,ptg nnt saya pergi school ambil homework ye!!”
Chill la parents!!!
Anak kecil lagi.
Cuba lihat piramid di bawah. Ini adalah piramid pembelajaran. Umur 0-6 tahun adalah masa untuk fokus element yang saya bulatkan tu.
Yang saya bulatkan itu adalah 90% dari keseluruhan perkembangan otak.
90%.
Inilah basic kepada akademic part, membaca mengira tu!!!! yang orang dok pulun tu 10% jer.
Pulun la 10% macam mana pun, kalau 90% asas piramid tu tak kukuh, anak kita akan goyah diakhirnya. Mungkin result academic cemerlang, tapi fizikal tak kuat, posture tak betul dan kemudian hari sakit macam-macam. Bila menulis sedikit lenguh. Mungkin, akademik cemerlang, tapi tak reti berkawan dan emosi hancur, bila tiada ibu bapa disekeliling remuk segalanya.
“ala, yang bawah-bawah tu boleh buat kat rumah!!” kata sesetangah ibu bapa. Dulu saya okay jer.
Dengan gaya hidup sekarang, berapa banyak masa anak dirumah? Ramai ibu bapa balik dah penat. Balik dari keje terus masuk rumah jer!! Buka tv bagi anak tengok kemudian ayah main telefon dan mak uruskan keje rumah.
Ini kebanyakkannya!!! toksah la nak komen eh famili saya tak macam itu. Bukan sejibik sejibon. Takkan la i nak bg contoh kejadian setiap jenis famili.
Yang pentingnya sila jawab sendiri, 1. berapa banyak masa anak2 kita didedahkan dgn sensory activiti seperti bermain pasir, bermain tepung, bermain tanah? 2. berapa banyak masa anak2 kita dpt berlari sebebasnya, selaju2 yang dia nak,kemana2 yg dia suka sejauh2 yg dia nak? 3. berapa banyak masa anak2 kita dibenarkan bermain sehingga mengotorkan pakaian tanpa ibu bapa kata tidak? 4. berapa banyak masa anak kita dibiarkan mengambil risiko untuk memanjat setinggi2 yang dia nak? 5. berapa banyak masa anak kita di biarkan bergaul sesama mereka, bergaduh tanpa ibu bapa menyibuk memberikan peraturan dan taklimat dosa pahala?
Hujung minggu? sejam sehari?
TAK CUKUP!!!
Sedarlah zaman dah berubah dan gaya hidup kini mmg lari dari jauh dr fitrah -anak.
Anak berlari di mall kena marah, takut jatuh eskalator katanya, maka diikat tangannya. tapi berapa banyak masa yang mak ayah bawa keluar pergi padang bebaskan mereka berlarian? kalau asyik-asyik keluar pergi ke mall jer sebab panas.
Ada juga segolongan obses breastfeeding sampai umur 2 tahun minum breastfeeding saja. tak nak introduce solid. ada yang bagi bubur sahaja takut anak tercekik. bila masa anak nak stimulate different texture dalam mulut tu? umor 2 tahun anak dah pandai menolak. kalau baru time tu nak perkenalkan texture baru mmg susah.
Ada juga golongan yang i panggil RISK FREAK. takut sangat bagi anak pegang pinggan kaca, takut pecah katanya. kalau tak pernah pecah dia tak tahu “kaca tu boleh pecah”. tak benarkan anak lari, jatuh katanya. kalau x pernah jatuh macam mana dia nak belajar bagaimana utk push dirinya se optimum yg mungkin? jangan panjat tinggi2 nnt jatuh katanya, kalau tak rasa sendiri cara untuk imbangkan diri, bila masa dia nak latih daya imbangan dirinya.
Ada juga golongan yang I panggil as CONTROL freak. Dia tahu anak dia kene capai 90% ni. Dan biarkan anak bermain boleh bantu perkembangan ini. Tapi masih risau sebab dia tiada pembaris untuk mengukur perkembangan anaknya. Kalau kita bagi pembaris pon, dia still nervous sebab pembaris dia x sama dgn majoriti pembaris akademik nun di luar di sana.Pembaris besi yang x mengenal keperluan perkembangan kanak2.
Ada juga golongan yang kulit mukanya senipis sutera. Malu sangat anak lasak bermain dan bising maka diberinya gadget. Alasannya boleh duduk senyap dan pandai abc 123, pandai english. Educational apps jer katanya. ALASAN. Banyak budak2 yg gadget ni bila i tanya, “how do you feel today?”. “pentagon”, jawabnya. Bila i buat tower2 tinggi2 guna lego, dan tanya, “what do you think im trying to make?”, “number 1” jawabnya. weyh…ni bukan English manusia!!! ini english parrot!!!! tak ada imaginasi!!! bila pegang kapur, abis dilukisnya pentagon, triangle, trapezium, hexagon, octagon, alif sampai ya,a sampai z, siap huruf rusia bagai. tapi mana imaginasinya mengenai kehidupan harianya, budak lain lukis mak ayah and cerita pasal pergi krabi. atau lukis binatang kegemaran dinasour and imaginasinya bagaimana dinasour makan minum berlari. ini yg kita nak. dia make sense of things around him/her dan boleh berkomunikasi ape difikirannya.
Ketahui 6 barang bayi yang tidak disarankan oleh pakar kerana boleh meningkatkan risiko kecederaan dan masalah kesihatan. Ramai ibu bapa masih menggunakannya tanpa sedar.