Anak mana yang tidak dahagakan kasih sayang seorang ibu kan? Apalah nasib baru dilahirkan di dunia dan mahukan rasa kasih sayang seorang ibu, malangnya ditinggalkan begitu sahaja.

Itulah yang dihadapi oleh seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemui di atas meja sebuah kedai makan di Jalan Maktab, Tanjung Malim Perak Jumaat lalu.

Hanya Berbalut Dengan Kain Tuala , Bayi Lelaki Dijumpai Di Atas Meja Kedai Makan

Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, bayi yang masih bernyawa itu dipercayai ditinggalkan dalam keadaan berbalut sehelai tuala berwarna kelabu ditemukan oleh seorang warga emas berusia 80 tahun kira-kira jam 8 malam ketika singgah di kedai makan dua tingkat kira-kira 200 meter dari jalan utama.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN [Menangis Tak Henti, Bukan Disebabkan Makhluk Halus, Doktor Kongsikan Sebabnya!]

Tambahnya lagi, ketika warga emas itu sampai di kedai makan milik anaknya, dia tenampak bayi lelaki seberat 2.34 kilogram yang dibaluti sehelai tuala berada di atas meja makan tanpa apa-apa kesan atau nota yang ditinggalkan.

Hanya Berbalut Dengan Kain Tuala , Bayi Lelaki Dijumpai Di Atas Meja Kedai Makan

IKLAN

Setelah menjumpai bayi itu, dia terus meminta bantuan menantunya untuk menghubungi polis. Bayi terbabit kini berada dalam keadaan stabil dan ditempatkan di wad kecemasan Hospital Slim River bagi tujuan pemeriksaan.

ARTIKEL BERKAITAN [4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma, Bayi ‘Ajaib’ Selamat Dilahirkan]

IKLAN

Malah, tali pusatnya juga telah dipotong dan doktor mengesahkan bayi itu sihat tanpa apa-apa kesan di badannya.

Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 317 kanun Keseksaan.

SUMBER: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI