Ditinggalkan sendirian oleh bapanya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Rapak Baru, Pantu di Sri Aman menyebabkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hilang tanpa jejak sejak Rabu yang lalu.

Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak yang dikenali sebagai Patrcik Igih Mohd Taufik itu mengikut datuk dan bapanya yang mengiringi kaki tangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan kerja pemasangan papan tanda pada pokok di dalam hutan bersebelahan ladang kelapa sawit itu.

Disebabkan laluan pendakian menuju ke tempat pemasangan papan tanda itu agak tinggi, Patrcik ditinggalkan di pondok kecil dengan hanya berbekalkan sebotol susu.

Hanya Berbekalkan Botol Susu, Kanak-kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit. Usaha Mencari Masih Diteruskan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jarak antara pondok dengan tempat pemasangan papan tanda itu dianggarkan kira-kira satu kilometer.

“Pada pendakian pertama, datuk dan bapa kanak-kanak itu membawa satu papan tanda dan selepas sampai ke destinasi, mereka turun semula untuk mengambil satu lagi papan tanda.

“Ketika itulah datuknya menyedari kanak-kanak itu tiada lagi di pondok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dalam laporan akhbar berkenaan.

Beliau berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerah ke lokasi selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman pada 2.33 petang.

IKLAN

Nampak kanak-kanak berjalan sendiri ke parkir motor bapanya

“Sebaik tiba di lokasi, ada saksi mendakwa ternampak kanak-kanak itu berjalan sendirian ke tempat parkir motosikal bapanya.

“Penduduk kampung yang kebetulan menuai padi di lokasi yang sama juga mendakwa turut ternampak kanak-kanak berjalan ke arah sama yang jaraknya kira-kira 200 meter dari pondok tempat dia ditinggalkan oleh bapanya,” katanya.

Hanya Berbekalkan Botol Susu, Kanak-kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit. Usaha Mencari Masih Diteruskan

Berikutan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sebaik maklumat diperolehi daripada beberapa saksi.

“Bomba dan polis turut dibantu penduduk kampung untuk menjalankan pencarian di kawasan sekitar ladang sawit itu,” katanya.

IKLAN

Operasi mencari dan menyelamat masih buntu

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak tersebut yang bermula sejak Rabu, masih buntu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi hari kedua, pada Khamis membabitkan unit anjing pengesan (K9).

Katanya, Selain 10 anggota bomba, operasi dibantu 11 anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 14 anggota Jabatan Relawan Malaysia (RELA), lapan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta 30 penduduk kampung.

“Operasi SAR hari ini bermula jam 9 pagi di dalam kawasan ladang sawit, sungai dan di cerun bukit dan dipecahkan kepada lima pasukan pada radius kira-kira enam kilometer keliling.

Hanya Berbekalkan Botol Susu, Kanak-kanak Umur 3 Tahun Hilang Di Ladang Sawit. Usaha Mencari Masih Diteruskan

IKLAN

“Sepanjang pencarian, belum ada tanda-tanda kanak-kanak itu dikesan. Berikutan itu operasi tangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok” katanya dalam kenyataan pada Khamis Malam.

Laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak itu dibuat ahli keluarganya dan bomba menerima maklumat itu pada 2.33 petang sebelum gerakan SAR diaktifkan.

Sama-samalah kita mendoakan semoga misi mencari dan menyelamat adik Patrcik berhasil dan si kecil ini ditemui dengan selamat.

Sumber: Harian Metro

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI