Keselamatan anak kecil semasa di rumah sangat penting untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tak diingini. Kadang kala bila di rumah anak-anak akan lebih bebas ke sana sini dan ada ketika ibu bapa tak boleh nak berikan tumpuan sepanjang masa.

Bagi yang tinggal di rumah dua tingkat, keselamatan di tangga sangat penting. Ini kerana anak akan mudah memanjat dan turun tangga sesuka hati. Bukan setakat itu sahaja, jika terlepas pandang pun anak senang je masuk dapur dan bermain dengan peralatan yang ada di dapur.

Sebelum mendatangkan bahaya pada anak-anak, seeloknya kena ada halangan yang selamat untuk mereka. Biar mereka menjerit tak boleh masuk atau memanjat tangga daripada kita menyesal dengan kejadian yang lebih buruk.

Jadi baby safety gate antara yang paling penting mesti ada di rumah jika ada anak kecil. Nak jimat kos boleh cuba DIY sendiri safety gate melalui perkongsian Syazwani Jamil.

Hanya Dengan Modal RM30, Boleh Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi Di Rumah

IKLAN

Tetiba terasa rajin nak share pasal DIY baby safety gate ni. Padahal dah dekat sebulan dah buat ni.

Okay, ada anak kecil wajib la kena childproof kan rumah terutamanya kawasan yang berbahaya seperti dapur. Sejak Amsyar dah makin rajin explore rumah, selipar dapur pun dia buat main, makanan kucing dalam bekas kat dapur pun dia kutip. Makin clingy jugak, tak boleh kena tinggal, ibu nak masak kat dapur pun dia ikut, maka ayah pun buatkan la safety gate ni.

Hanya Dengan Modal RM30, Boleh Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi Di Rumah

Design safety gate ni yang terpaling simple je tak canggih pun. Tak boleh slide-slide ke tepi dan tak ada selak-selak berengsel pun. Jenis angkat dan masukkan pintu dalam lubang secara manual je.

IKLAN

Hanya Dengan Modal RM30, Boleh Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi Di Rumah

Yelah, nak jimat kos dan masa. Kalau tak silap kos barang semua dalam RM30 dan husband buat ni seorang dalam 2 jam je.

Barang-barang yang digunakan semua jenis paip pvc. Nak cerita lebih-lebih tak pandai dan takut salah jadi boleh rujuk gambar je lah ye.

IKLAN

Hanya Dengan Modal RM30, Boleh Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi Di Rumah

Ala orang lelaki tau la barang-barang ni kan tak yah cerita pun tak apa, design pun simple je ni. Cuma nak bagitau yang husband gam setiap sambungan tu so setakat ni anak pijak, goncang-goncang pagar tu steady lagi lah inshaAllah kukuh jugak.

Hanya Dengan Modal RM30, Boleh Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi Di Rumah

Cumanya kena kira betul-betul la ukuran sebab dah gam susah nak adjust balik. Ketinggian pagar, jarak antara tiang semua tu boleh la adjust ikut kesesuaian rumah masing-masing. Semoga perkongsian ni bermanfaat.

Sumber: Syazwani Jamil

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI