“Bagai mati hidup semula. Ibarat berada di tengah-tengah lautan. Masa tu hanya fikir ini mungkin takdir kami berdua. Saya hanya reda dengan doa yang tak putus.” Kongsi Suriyati Abdul Mokhtar, 34, ibu kepada dua orang anak dan salah seorang mangsa banjir di Pahang.
Disebabkan hujan lebat yang berterusan baru-baru ini menyebabkan banjir besar di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan situasi panik. Banyak kawasan yang dinaiki air walaupun sebelum ini tak pernah pun banjir.
Detik cemas ini turut dialami Suriyati Abdul Mokhtar, yang ketika itu terperangkap di rumahnya bersama bayi berusia 6 bulan di Taman Karak Indah, Pahang.
Pada Sabtu lalu, 18 Disember, ibu kepada 2 anak ini menceritakan pengalaman menakutkan apabila air naik hingga ke paras leher dan menyangka itulah saat akhir yang tertulis untuk mereka berdua.
Menerusi perkongsian video daripada Malaysia Hari Ini, kisahnya bersama anak dan ‘voice note’ yang ditinggalkan benar-benar menyebabkan ramai tersentuh hati.
Ketika kejadian, difahamkan suaminya tiada di rumah kerana masing-masing bekerja di di berlainan negeri sejak 2 tahun lalu.
Mujurlah anak sulung ketika itu berada bersama suami di Terengganu ketika banjir berlaku.
Bunyi tekanan air masuk melalui bilik air
Bercerita lanjut, Suriyati memberitahu semasa air mula naik, seakan terdengar bunyi tekanan air dari bilik air.
“Ketika itu, di luar memang gelap dan apabila tersedar, rupanya air telah penuh di luar.”
Air kemudiannya mula masuk melalui celahan pintu dan tingkap dengan laju hingga mencecah paras pinggang.
Ads
Apungkan bayi dalam kotak plastik
Dalam keadaan kelam kabut itu, Suriyati mendapatkan sebuah kotak plastik yang digunakan untuk menyimpan barang bagi mengapungkan bayinya yang berusia 6 bulan.
Pada ketika itu, air makin naik dan telah sampai ke paras bahu. Waktu itu dah tak fikir apa-apa, dan terus meletakkan bayi ke dalam kotak itu dalam keadaan diri sendiri pun terhuyung-hayang.
Beri voice note ketika air dah paras leher
Memikirkan hanya diri sendiri dan bayi saja ketika itu, Suriyati tidak putus-putus berdoa dan bertahan.
Paling sebak, dia menjunjung anaknya dalam kotak tersebut selama 4 jam dan sempat memberi voice note minta anaknya diselamatkan dulu.
“Ya Allah, tolong selamatkan anak saja je, baby saya je, lain saya tak fikir, anak saya je,”.
Dalam pada itu, air pula semakin deras dan meningkat dengan cepat hingga ke paras leher. Suriyati akui mungkin itulah detik terakhirnya bersama bayinya.
Ads
“Abang, tolong ampunkan mama, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Tak ada orang selamatkan Mama, Bang. Tak ada orang…” (sambil menangis)
Voice note ini telah tular dan menyentuh hati orang ramai yang mendengarnya. Tak dapat dibayangkan keadaan ketika itu dan perasaan suami menerima pesanan suara tersebut dalam saat genting.
Tambah pula dengar tangisan bayi 6 bulan hingga tiada suara dan kesejukan dan kelaparan.
Pujuk anak tutup mata, hanya berserah pada Allah
“Adik tutup mata, Mama pun tutup mata – Mama rasa inilah takdir kita berdua. Abah pun takde, orang lain pun takde.”
“Saya rasa anak saya faham dan dia peluk saya erat dan dia tutup mata.”
Ads
“Saya tak sangka anak saya yang 6 bulan seakan faham dan boleh buat macam tu.”
Tiba-tiba datang anggota bomba selamatkan
Tanpa diduga, 2 orang anggota bomba tiba-tiba datang menyelamatkan mereka entah dari mana.
Suami Suriyati, Mursyidul ‘Azim Mazlan sangat bersyukur kerana Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menyelamatkan isteri dan anaknya yang terperangkap ketika itu.
Suaminya turut menggelarkan kedua-dua orang anggota bomba ini sebagai unsung hero.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pengalaman sakit nak bersalin secara tiba-tiba memang merupakan pengalaman yang paling mendebarkan buat semua. Mana tidaknya, bukan satu tugas yang mudah untuk menjadi ‘bidan terjun’ menyambut kelahiran bayi secara tiba-tiba.
Namun itulah pengalaman paling berharga buat petugas di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang setelah melalui detik mendebarkan apabila salah seorang Pembantu Pengurusan Murid secara tiba-tiba sakit nak bersalin.
Kisah ini dikongsi oleh guru di sekolah tersebut, Cikgu Norazura Zikir di laman Facebooknya.
Pengalaman berharga dan takkan dapat lupa sampai bila-bila hari ni buat semua warga SK Rantau Panjang
Jadi bidan terjun beramai-ramai sambut Pembantu Pengurusan Muris (PPM) saya bersalin dekat kelas prasekolah sis😅
Menurut perkongsian Cikgu Norazura, PPM tersebut secara tiba-tiba memberitahu terasa seperti nak bersalin. Namun disebabkan Ambulans lambat tiba, mereka terpaksa meminta bantuan pengawal keselamatan wanita untuk menyambut bayi tersebut.
Saya punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila ppm bagitahu dia rasa macam nak bersalin….terus lari naik pejabat minta kerani call 999
Ambulans pulak lambat…ppm dah jerit-jerit tak tahan sakit…lepas tu air ketuban pulak dah pecah….memang tak boleh tunggu dah ni…dia kata baby nak kluar sangat dah😱….berlari saya dan cikgu lain tanya satu skolah siapa boleh sambut baby….saya tak berani😰
Mujur ada makcik guard dan PT saya yang cool ni tolong…saya duduk sebelah bantu…memang berdebar bila tengok kepala baby dah keluar…mintak ppm try push Alhamdulillah mudah sangat baby keluar.
Tambahnya lagi, mereka sempat memandikan bayi sebelum ambulans dan jururawat tiba.
Tunggu ambulan dan nurse sampai untuk potong tali pusat dan keluarkan uri…sementara tu kami mandikan dan cuci baby…pakai je besen apa yang ada😅
Kejadian seperti ini pertama kali berlaku di sekolah mereka dan rata-rata yang menunggu tidak sabar untuk melihat bayi ini. Tambahnya lagi, bayi perempuan itu sempat di iqamat oleh Ustaz yang juga merupakan guru di sekolah tersebut.
Puas pujuk baby keluar dekat hospital tapi dia nak jugak kat surat beranak tulis tempat lahir SK Rantau Panjang….Tak sabar nak pergi sekolah…semoga membersar jadi anak yang pandai…
we ❤️ u baby….ramai mak-mak angkat yang sambut dia hehe…cikgu-cikgu lelaki dan guru besar pun kalut satu sekolah dah macam bini diorang nak beranak hehe…
Semua tak sabar nak tengok baby…Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni🥰 Alhamdulillah yang penting bagi kami baby dan mummy dia selamat….syukur Ya Allah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik penderitaan fizikal dan tekanan hidup yang mencengkam, sebuah keluarga kecil membuktikan bahawa kasih sayang dan pengorbanan adalah kekuatan utama dalam menghadapi ujian. Kisah menyayat hati ini tular di TikTok apabila seorang warga emas yang menghidap pelbagai penyakit kronik, tetap memilih untuk menjaga isterinya yang terlantar sakit, dengan penuh kasih dan setia.
Warga emas tersebut sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila memohon agar Tuhan memberikan keajaiban untuk isterinya yang kini tidak mampu lagi bercakap dan kakinya telah dipotong. Meskipun dirinya sendiri diuji dengan penyakit kencing manis, darah tinggi dan kegagalan buah pinggang tahap lima, cintanya tidak pernah pudar.
“Mak cik sakit. Kaki dia pun sudah dipotong. Dia tidak boleh bercakap lagi. Sekarang saya jaga dia.” “Doktor suruh buat dialisis, saya tak mahu. Nanti susah tiada siapa nak jaga isteri saya.”
Anak Perempuan, Pengorbanan Seorang Gadis Muda Demi Keluarga
Namun kisah cinta ini tidak hanya tertumpu pada pasangan warga emas itu. Di sebalik ketabahan mereka, berdirilah seorang anak perempuan yang memikul beban besar pada usia muda. Dalam sebuah rakaman luahan emosi yang tular, anak perempuan mereka berkongsi isi hatinya yang selama ini dipendam jauh di lubuk jiwa.
“Saya kerja part-time je sekarang. Mak bapak saya dua-dua sakit. Jadi saya lebih rela jaga mereka.” “Kalau ada peluang, saya memang nak sambung diploma. Cita-cita saya nak jadi cikgu.” “Tapi sebabkan ibu ayah saya sakit, saya pilih untuk jaga mereka dulu.”
Bukan sahaja mengorbankan pendidikan, anak muda ini juga menyimpan kerinduan mendalam terhadap saat-saat bahagia yang pernah mereka sekeluarga lalui bersama.
“Apa yang saya paling rindu adalah makan sama-sama .” “Tapi saya tak pernah tunjuk dekat diorang saya sedih atau saya lemah. Saya kuat demi diorang.” “Saya nak cakap pada ayah dan ibu, semoga cepat sihat. Saya harap ayah dan ibu selalu bahagia.”
Kasih yang Melangkaui Kesempurnaan
Kisah keluarga ini menjadi refleksi mendalam buat masyarakat bahawa erti kasih sebenar bukanlah pada kesempurnaan, tetapi pada ketulusan hati untuk menerima dan menjaga, walau dalam keadaan yang paling sukar. Baik si ayah yang sanggup menolak rawatan demi menjaga isterinya, mahupun si anak yang menangguhkan masa depannya demi dua insan tercinta, semuanya adalah lambang cinta yang tidak dapat dinilai dengan apa jua harta dunia.
Di akhir perkongsian, warga emas tersebut sempat berpesan kepada para suami di luar sana,
“kalau ada isteri macam ni, sihat sayang, sakit pun kena sayang juga, tak boleh tinggalkan dia”
Keluarga ini bukan hanya mengajar kita tentang pengorbanan, tetapi juga tentang harapan. Dalam dunia yang sering menyanjung kesempurnaan, mereka hadir dengan kekurangan namun penuh kasih. Semoga kisah mereka menjadi inspirasi buat kita semua agar lebih menghargai keluarga dan tidak berputus asa walau seberat mana dugaan yang datang.
Sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi memanfaatkan 188,000 penerima dalam kalangan B40 sebagai subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS), mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak.
Menikmati 50 peratus rebat atau hingga RM150
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata peruntukan dalam Bajet 2022 yang dibentang petang Jumaat itu (29 Oktober), bagi membolehkan golongan sasar menikmati 50 peratus rebat atau hingga RM150 untuk pembelian peralatan berkenaan.
Beliau berkata, berdasarkan statistik pada 2019, sebanyak 19 peratus golongan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya terdiri daripada kanak-kanak.
“Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes membabitkan kematian. Cadangan rebat ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang juga aset masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikut adalah bantuan lain di bawah bajet Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dalam Bajet 2022
Bantuan Tunai untuk mereka yang berpendapatan :
➡️Isi Rumah kurang RM2500,
✅RM2,000 : Lebih 3 Anak
✅RM1,500 : Sehingga 2 Anak
✅RM1,000 : Tiada Anak
➡️Isi Rumah dari RM2501 – RM5000,
✅RM800 : Lebih 3 Anak
✅RM600 : Sehingga 2 Anak
✅RM400 : Tiada Anak
✅RM300 : Warga Emas
➡️Bapa/Ibu Tunggal yg pendapatan sehingga RM5000,
✅ RM500
➡️Bujang berpendapatan bawah RM2500,
✅RM350
👉 Bantuan Awal Persekolahan : RM150 untuk setiap murid yang layak.
👉 Program e-Start : RM150 one off kepada Belia untuk transaksi online E-Wallet.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.