Semalam usia si comel selebriti Junior, Lara Alana iaitu anak kepada Scha Al Yahya dan Awal Ashaari genap 6 tahun.
Ibunya Scha Al Yahya berkongsi dedikasi teristimewa buat permata hatinya itu di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Scha menitipkan ucapan yan cukup istimewa buat Lara bersama rangkuman foto yang mengimbau kenangan sepanjang enam tahun usia Lara Alana.
Ads
“Happiest 6th Birthday to the girl who stole my heart. I love you today , tomorrow and always my precious daughter @laraalanaa
Ads
1. Lara di kenduri doa selamat untuk Daddy
2. Lara first time di Perth
3. Lara with Papa @asyraf.izwan first time ke One Utama
4. Lara Watch Hunger Stop with Mommy
5. Lara first cover shoot dgn @mediahiburanofficial
6. Lara surprise Mommy shoot di Istanbul
7. Lara di Tokyo untuk @yakultmalaysia
8. Lara di @johnsonsbabymy event tengah sakit perut 🤢
9. Lara di Madinah
10. Lara first birthday celebration
Scha dan Awal melangsungkan perkahwinan pada 4 Julai 2012. Pasangan selebriti ini dikurniakan seorang cahaya mata yang juga cukup popular iaitu Lara Alana pada 22 Julai 2014.
Bukan sekadar menyelamatkan nyawa anak bahkan pemakaian carseat, kerusi keselamatan sebenarnya banyak memudahkan ibu dan ayah, lebih-lebih lagi pada ibu atau bapa tunggal. Takkanlah nak beriba anak sambil drive kan?
Walau anak menangis, perkenalkanlah carseat seawal yang boleh. Mudahkan kerja dan tak perlu pening kepala anak menangis.
Perkongsian bapa tunggal, Superdaddy, Khairul Abdullah ini banyak benarnya. Malah penggunaan carseat buat ketiga-tiga anaknya amat membantunya untuk bergerak ke sana ke mari. Tak rugi malah lagi selamat!
Antara benda yang sangat-sangat membantu aku bila jadi bapa tunggal ni adalah “carseat”.
Kau bayangkan dulu waktu mak diorang meninggal, aku nak bawa 3 orang anak kecil ni ke hulu hilir seorang diri bukan senang wehh. Tapi sebab ketiganya duduk dalam carseat masing-masing dan ikat elok-elok maka ia sangat mudah untuk aku memandu.
Takde isu aku nak kena riba atau pangku anak waktu driving. Bahaya wehhhhh. Banyak sangat dah kes anak kecil dan bayi meninggal sebab terhantuk stering/ dashboard atau paling dasyat tercampak keluar bila eksiden.
So, Alhamdulillah, sepajang membesarkan anak-anak, bab dalam kereta ni aku sangat titikberatkan. Ia memudahkan aku dan bagi aku ketenangan jiwa. Boleh memandu tanpa gangguan.
Tapi kan, nak anak-anak duduk behave dalam carseat ni benda bukan mudah kalau tak dilatih sejak awal. Anak-anak aku semua lahir sahaja terus masuk dalam carseat tu. Tak pernah riba datau dipangku dalam kereta. Jadi diorang dah biasa. Masuk kereta mesti nak duduk dalam carseat masing-masing.
So, aku sarankan korang yang baru ada anak, yang anak masih umur 2-3 bulan tu belilah dan biasakan anak-anak duduk dalam tu. InshaAllah kau akan bersyukur satu hari nanti sebab ia sangat membantu memudahkan kau dan paling penting membantu menyelamatkan nyawa bila berlaku kemalangan.
Dapatkanlah satu kalau ada baby baru lahir tu. InshaAllah kalau start dari baby ni lebih mudah. Kalau dah masuk umur 5-6 bulan apatah lagi setahu dua, sukar sikit nak ikat depa dalam tu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Bertindak tegas dengan anak memang perlu. Pun begitu ada waktun dan situasi, bertindak tegas ini kelak akan membuatkan anak mula makan hati dan menjauh diri.
Bukan merajuk tetapi anak sudah mula ‘shut down’ dengan kita. Menurut Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, berlembutlah dengan anak. Anak hanya perlukan perhatian kita.
5 tanda hati anak dah “shut down” pada kita
1 – Dia dah tak suka bercakap dengan kita Kita puas ajak dia bercakap tapi dia sikit pun tak ambil kisah. Tanya sepatah, jawab sepatah je. Kadang tak jawab langsung.
2 – Dia selalu menjauh dari kita Suka main sorang-sorang. Suka bersendirian. Bila kita datang tempat dia duduk, terus dia bangkit pergi ke tempat lain.
3 – Dia cepat membentak Tak boleh tegur sikit, cepat dia bentak. Kadang melawan cakap, kadang hentak kaki, kadang pintu di hempas.
4 – Dia tak suka di peluk dan cium Bila bonding dah shut down itu la tanda besar bahawa hati anak dah sangat jauh. Sampaikan kita nak peluk dan cium pun dia tak suka.
5 – Dia langsung tak peduli kita Kita marah ke, kita sedih ke, kita membebel ke anak dah langsung tak peduli. Sedikit pun dia tak terkesan, riak wajah dia sama je. Itu tanda dah hilang kebergantungan pada ibu ayah.
Bila “shut down” ni adalah satu dari gejala 3F yang boleh berlaku pada otak reptilia anak iaitu gejala fight.
Masa ni otak anak dalam mode nak melawan je. Apa kita cakap semua dia nak bangkang. Sikit pun tak takut atau hormat kita.
Sayangnya jika ini berlaku, sebaiknya kurangkan la berkeras dengan anak walau sekeras mana pun perangai dia.
Sungguh, anak begini sebenarnya cuma kasar di luaran je tapi dalaman dia hanya mahu di beri layanan selembut lembutnya dari ibu ayah. Sebab jarang dapat la dia jadi kasar begitu. Allahu.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!