Semalam usia si comel selebriti Junior, Lara Alana iaitu anak kepada Scha Al Yahya dan Awal Ashaari genap 6 tahun.
Ibunya Scha Al Yahya berkongsi dedikasi teristimewa buat permata hatinya itu di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Scha menitipkan ucapan yan cukup istimewa buat Lara bersama rangkuman foto yang mengimbau kenangan sepanjang enam tahun usia Lara Alana.
Ads
“Happiest 6th Birthday to the girl who stole my heart. I love you today , tomorrow and always my precious daughter @laraalanaa
Ads
1. Lara di kenduri doa selamat untuk Daddy
2. Lara first time di Perth
3. Lara with Papa @asyraf.izwan first time ke One Utama
4. Lara Watch Hunger Stop with Mommy
5. Lara first cover shoot dgn @mediahiburanofficial
6. Lara surprise Mommy shoot di Istanbul
7. Lara di Tokyo untuk @yakultmalaysia
8. Lara di @johnsonsbabymy event tengah sakit perut 🤢
9. Lara di Madinah
10. Lara first birthday celebration
Scha dan Awal melangsungkan perkahwinan pada 4 Julai 2012. Pasangan selebriti ini dikurniakan seorang cahaya mata yang juga cukup popular iaitu Lara Alana pada 22 Julai 2014.
Seorang guru sekolah di Arab Saudi mempunyai tabiat yang tersendiri apabila beliau mengagih-agihkan hadiah kepada murid-murid cemerlang pada setiap akhir tahun persekolahan sebagai ganjaran dan motivasi terhadap mereka, lapor media tempatan baru-baru ini.
Guru itu, dilaporkan bekerja di wilayah Shaqra yang merupakan sebahagian daripada wilayah Riyadh.
Beliau juga dilaporkan bersedia untuk mengagihkan-agihkan basikal kepada murid-murid yang cemerlang di sekolah rendah.
Guru itu, Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga yang sebelum ini tidak mendapat penghormatan kerana pandemik COVID-19.
Arab Saudi baru-baru ini telah menarik balik semua sekatan berkaitan pandemik tersebut selepas kempen vaksinasi yang giat dilakukan sehingga menyebabkan penurunan kadar jangkitan COVID-19.
Terdapat video yang tular di media sosial yang menunjukkan basikal-basikal yang disusun dalam barisan yang akan diberikan kepada murid-murid yang terpelajar.
Apa jenis cuti perayaan pun, lebuhraya di negara kita pasti penuh dengan kereta. Semuanya dengan matlamat yang sama iaitu untuk pulang bersama keluarga tercinta di kampung.
Perkongsian seorang bapa yang juga seorang mualaf, Adam Kevin ini jelas membuktikan nilai kekeluargaan yang tinggi dan perbezaan budaya yang ketara.
Kongsinya menerusi perkongsian di facebooknya, balik kampung setiap waktu cuti bukanlah menjadi rutin bagi dirinya ketika sebelum berkahwin. Namun kehidupannya berubah sejak dipertemukan jodoh dengan gadis berketurunan Melayu.
Perasan tak orang Cina kan jarang balik kampung?
Ayah saya sendiri pun balik kampung setahun sekali atau dua kali sahaja. Jadinya, bila masa awal-awal kahwin dulu saya pelik kenapa wife saya selalu nak balik kampung.
Even saya mengambil langkah yang drastik hanya benarkan wife saya balik setahun sekali saja. Itu pun hari raya saja. Ni cerita masa mula-mula kahwin tau.
Saya buat begitu bukan sebab nak pisahkan dia dari family. Tak ada langsung macam tu. Cuma pada saya, tak ada keperluan untuk selalu pulang ke kampung. Itu yang ayah saya amalkan dari dulu dan saya terikut-ikutlah. Mungkin juga ikatan kekeluargaan family saya kurang kuat.
Sampailah wife saya penat sangat dan dia mintak nak berpisah dengan saya sebab tak dapat pulang ke kampung dengan kerap.
Saya jadi terdiam apabila wife saya terangkan betapa pentingnya ummi walidnya berbanding saya dalam hidupnya. Suami boleh cari ganti tapi ummi walidnya hanya itu saja yang ada dan tiada gantinya. Dulu pun masa walidnya bekerja di KL, memang mereka semua akan pulang ke kampung dengan kerap.
Even masa arwah nenek wife saya sakit pun, ummi walidnya setia menjaga sampai ke hujung nyawa.
Lagi saya tersentap bila wife cakap, bayangkan Soon Cong ni kita jaga macam menatang minyak yang penuh, bagi semua kasih sayang dan buat terbaik untuk dia. Sekali bila dah kahwin, dia tak boleh balik ke kampung selalu sebab wife dia tak bagi? Faham tak perasaan rindu anak tu macam mana?
Masa wife saya luahkan perkara ni, saya rasa nak nangis sebab tak tau kenapa saya boleh bertindak macam tu sekali. Apa entah yang saya fikir masa tu? Apa lah yang bermain dalam otak saya masa tu sampai tanpa sedar menyeksa wife sendiri? Geram sangat.
Akhirnya saya benarkan wife saya balik kampung 2-3 bulan sekali. Sekali balik stay dalam seminggu. Baru saya nampak wife saya mula ceria dan gembira. Nampak dia lebih fulfilling lepas pulang dari kampung.
Malah ibu dan ayah mertua saya juga lebih gembira apabila melihat anaknya pulang selalu. Taklah kena tahan perasaan rindu kat anak.
Bila fikir balik, saya buat begitu dulu sebab sejak masuk Islam, saya dah terbiasa berseorangan. Saya tak belong to anywhere, anyone or anything. Saya sibuk mencari duit untuk survive sampai perasaan sendiri mati. Terlalu pentingkan diri sampai terabai perasaan orang sekeliling bila berkahwin.
Perbezaan budaya pun ya juga. Peristiwa luahan yang terpendam wife saya banyak mengajar saya sesuatu. Wife saya memang tegas orangnya. Benda kalau dia nak, dia akan fight sampai habis.
Patutlah setiap kali musim perayaan mesti highway jam. Bukan musim perayaan saja, pantang ada cuti umum je mesti jam! Orang berlumba-lumba pulang ke kampung.
Adam Kelvin Belajar dari kesilapan dalam bab kekeluargaan.
Nampak macam biasakan tapi inilah yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri walaupun dah ada anak ramai. Ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan.
Berikut perkongsian dari Najmi Nawawi mengenai apa kebaikan dating untuk pasangan suami isteri yang mungkin sebelum ini rasa tak perlu sebab tak ada masa urus anak dan keluarga.
1 – Update Emosi
Bukan apple ios je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
2 – Confessions Time
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.
3 – Depression Prevention
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
4 – Nafkah Batin
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kalau ada pasangan yang mc, seorang lagi ambil anual leave untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
5 – Love Birds
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Luahan seorang pengasuh mengenai isu penjagaan anak menjadi perhatian ramai di media sosial. Netizen tampil dengan pelbagai pandangan, termasuk yang bersimpati kepada kedua-dua pihak serta mendoakan penyelesaian terbaik demi kebajikan anak.