Amalan beri makan dan air kosong kepada bayi 6 bulan ke bawah mungkin masih banyak berlaku di dalam masyarakat. Mama dan papa kalau betul sayangkan anak, hapuskan segera amalan ini!

Hapuskan Amalan Beri Makan & Air Kosong Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah Kalau Betul Sayangkan Anak!

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita bayi menemui ajal kerana pendarahan akibat diberikan bubur pisang oleh neneknya. Perkara ini amat mengecewakan. Justeru, ibu bapa dan penjaga bayi termasuk pengasuh dan ahli keluarga perlu memahami kepentingan penyusuan susu ibu  dan memainkan peranan penting untuk menghapuskan amalan salah memberikan makan dan minum air kepada bayi enam bulan ke bawah.

Perlu diketahui bahawa bayi 6 bulan ke bawah sepatutnya hanya diberikan susu ibu tanpa makanan dan minuman. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi daripada lahir hingga enam bulan amat mustahak bagi menjamin kesihatan bayi pada tahap optimum.

4 KEPENTINGAN PENYUSUAN EKSKLUSIF KEPADA BAYI

Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi dari lahir hingga enam bulan bermaksud tidak memberikan makanan atau minuman selain susu ibu. Penyusuan susu ibu secara eksklusif kepada bayi enam bulan ke bawah perlu dilakukan kerana;

Hapuskan Amalan Beri Makan & Air Kosong Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah Kalau Betul Sayangkan Anak!

  • Kandungan khasiat dan nutrien dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi sejak lahir sehingga usia enam bulan. Penyusuan susu ibu selama enam bulan tanpa makanan dan minuman lain tidak menjejaskan kadar pertumbuhan bayi.
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum daripada susu ibu. Pengambilan bahan lain boleh mengurangkan penyerapan nutrien di dalam susu ibu seperti zat besi.

Hapuskan Amalan Beri Makan & Air Kosong Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah Kalau Betul Sayangkan Anak!

IKLAN
  • Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang daripada enam bulan masih belum matang untuk memproses makanan daripada pelengkap.
  • Enzim-enzim penghadaman yang terlibat belum tersedia sepenuhnya. Oleh itu bayi mudah mendapat cirit-birit sekiranya makanan pelengkap diberikan lebih awal.

4 RISIKO PEMBERIAN AIR KOSONG KEPADA BAYI 0-6 BULAN

Bayi 0-6 bulan tidak perlukan air kosong. Amalan pemberian air kosong kepada bayi boleh mengakibatkan kesan negatif kepada kesihatan bayi. Berikut ialah empat impak buruk tabiat beri air kosong kepada bayi bawah enam bulan.

RISIKO KEKURANGAN ZAT

Pemberikan air kosong atau cecair lain (jus buah/ teh dan sebagainya) boleh mengakibatkan risiko kekurangan zat kepada bayi.

IKLAN

RISIKO PENYAKIT DAN JANGKITAN

Meningkatkan risiko penyakit dan jangkitan di mana air bertindak menghakis sautan pelindung penyakit yang dihasillkan oleh susu ibu. Air juga boleh menjadi pembawa kuman sekiranya ia tidak bersih.

RISIKO KERACUNAN AIR

Pemberian air kosong kepada bayi bawah enam bulan boleh meningkatkan risiko keracunan air. Air yang terlalu banyak akan mencairkan garam dalam darah dan menyebabkan suhu badan turun. Bayi menjadi kembung dan menyebabkan sawan tarik.

IKLAN

RISIKO KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU

Pemberian air kosong dapat meningkatkan risiko kegagalan penyusuan disebabkan oleh kurangnya rangsangan daripada bayi.

Hapuskan Amalan Beri Makan & Air Kosong Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah Kalau Betul Sayangkan Anak!

KEBURUKAN MEMBERI MAKANAN DAN MINUMAN LAIN KEPADA BAYI 6 BULAN KE BAWAH

Bayi yang menyusu susu ibu tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kerana ia boleh menyebabkan beberapa keburukan lain. Antaranya ialah;

  • Mengurangkan kesan perlindungan daripada penyusuan susu ibu.
  • Meningkatkan risiko jangkitan.
  • Mengurangkan keinginan bayi untuk menyusu daripada payudara ibu yang seterusnya akan menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu.
  • Boleh mengakibatkan keliru puting.
  • Risiko obesiti kepada bayi.

Hapuskan Amalan Beri Makan & Air Kosong Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah Kalau Betul Sayangkan Anak!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI