Khabar gembira datang dari dunia sains apabila sekumpulan saintis di Jepun berjaya mencipta sejarah dengan memadam kromosom tambahan yang menjadi punca kepada Sindrom Down. Penemuan ini dilihat sebagai satu game changer kerana buat pertama kali teknologi genetik digunakan untuk menangani akar masalah, bukan sekadar menguruskan simptom seperti sebelum ini.
Kajian yang diterajui oleh Ryotaro Hashizume dari Mie University menggunakan teknologi CRISPR-Cas9, iaitu kaedah suntingan gen paling revolusioner dalam bidang bioteknologi. Teknik ini membolehkan saintis mengenal pasti DNA tertentu lalu memotong bahagian yang tidak diingini. Hasilnya, kromosom 21 tambahan penyebab utama trisomi 21 atau Sindrom Down berjaya dibuang pada sel.
Ads
Bagaimana Penemuan Ini Berfungsi?
Selepas kromosom tambahan dipadamkan, sel yang dirawat menunjukkan perubahan positif. Antaranya, pola penghasilan protein lebih normal, kadar hidup sel lebih tinggi dan fungsi mitokondria lebih sihat. Menariknya, apabila diuji pada sel stem dan fibroblas kulit daripada individu dengan Sindrom Down, keputusan tetap konsisten. Ini membuktikan, walaupun pada sel matang, kromosom tambahan masih boleh dihapuskan dengan kadar kejayaan yang signifikan.
Japanese scientists have used CRISPR to delete the third copy of chromosome 21 in cells from people with Down syndrome. The method, known as trisomic rescue, worked in both stem cells and skin cells—restoring normal growth and gene activity without damaging the remaining… pic.twitter.com/g1CQHRyhrK
— Interesting Engineering (@IntEngineering) July 6, 2025
Ads
Lebih mengejutkan, sel yang telah diperbetulkan membiak lebih cepat serta menghasilkan tahap molekul berbahaya yang lebih rendah. Ini memberi gambaran bahawa penemuan ini bukan sahaja mampu membetulkan genetik, malah meningkatkan tahap kesihatan sel.
Apa Maksudnya Untuk Ibu Bapa?
Sindrom Down memberi kesan kepada kira-kira 1 dalam 700 bayi baru lahir di dunia. Ia biasanya dikaitkan dengan cabaran pembelajaran, ciri fizikal tertentu serta masalah kesihatan. Dengan penemuan ini, saintis percaya masa depan terapi genetik semakin cerah. Walaupun masih jauh daripada aplikasi klinikal kepada manusia, ia menjadi langkah penting ke arah rawatan yang lebih berkesan di masa depan.
Ads
Namun, pakar menekankan bahawa anak-anak Down Syndrome tetaplah anugerah yang istimewa. Kajian saintifik mungkin membuka jalan baru, tetapi sokongan emosi, kasih sayang, terapi perkembangan dan pendidikan khas masih kekal sebagai kunci utama untuk membantu anak membesar dengan gembira dan yakin diri.
Penemuan saintis Jepun ini adalah sinar harapan buat ibu bapa di seluruh dunia. Ia membuktikan bahawa dunia sains sentiasa mencari jalan untuk memberi masa depan lebih baik kepada anak-anak istimewa. Walau apa pun kemajuan teknologi, cinta, doa dan sokongan keluarga tetap menjadi “ubat” paling mujarab dalam membesarkan mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Intan Ladyana sebak, anak sulung masuk sekolah,”Anak Mommy dah ready, Mommy yang tak ready.” Ramai ibu-ibu bila mana anak sulung mula sekolah, selalunya akan mengalirkan air mata.
Intan Ladyana Sebak, Anak Sulung Masuk Sekolah
Ini tidak terkecuali dengan pelakon dan pengacara Intan Ladyana. Ketika menghantar anak sulungnya, Evie Khadeeja yang kini berusia tiga tahun menghadiri hari pertama sesi persekolahan tadika, Intan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir laju.
“Anak Mommy Dah Ready, Mommy Yang Tak Ready”
Melalui entri di laman Instagram Story, Intan berkongsi momen anak pertamanya itu sudah bersedia untuk ke sekolah.
“Anak mommy dah ready, cuma mommy dia yang tak ready,” kongsi Intan.
Kelihatan Evie comel dengan pakaian seragam sekolahnya. Paling mencuri perhatian warga maya ialah situasi di mana Intan sebak dan menitiskan air mata ketika menghantar Evie ke sekolah.
Tidak hanya Intan, Haris juga turut berkongsi momen anak sulungnya memasuki alam persekolahan.
“Drama di pagi hari. First day Evie pergi school. Dia smile tapi mommy dia pula tak smile,” tulis Haris di ruangan kapsyen.
Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Harris Alif pada 5 Februari 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr yang kini berusia lapan bulan.
Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu akhirnya ditemui selamat.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi, mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan baik dan selamat.
Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.
Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam, Sabtu lalu ketika mengikut bapanya ke pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Susulan tangkapan tiga suspek, kehilangan mangsa diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular video seorang pengawal sekolah yang merasai nikmat berbuka puasa bersama keluarga kecilnya ditempat kerja menarik perhatian ramai.
Meskipun sedang bekerja namun tidak menghalangnya mengabadikan nikmat berbuka itu bersama isteri dan anak-anak. Tidak mewah tetapi penuh kenangan.
Dalam perkongsian milik pengguna TikTok anakjatangmak, beliau memuat naik momen bersama isteri dan anak-anaknya sewaktu duduk di pondok rehat sebuah sekolah untuk sama-sama menikmati juadah berbuka memandangkan belum lagi tamat waktu bertugas.
Menurut Mohd Khoril, beliau tidak menyangka keluarganya akan datang memberi kejutan untuk berbuka bersama. Ternyata video pendek itu cukup meninggalkan kesan di hati ramai.
Malah warganet turut berkongsi rasa terharu dan bahagia melihat situasi yang cukup indah ini, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
Video yang tular itu juga turut menarik perhatian ramai pempengaruh yang turut sama meninggalkan pelbagai komen diruangan komen.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.