Peritnya bila ahli keluarga sendiri disahkan positif Covid. Itu yang dilalui oleh seorang suami apabila isteri dan anaknya kini sedang menerima rawatan di hospital dan perlu dikuarantinkan buat sementara waktu.

Lagi sedih bila isterinya yang masih menyusu badan terpaksa berpisah dengan bayi berusia 9 bulan.

Melalui perkongsian Mohd Imran Ramdan, apabila mengetahui anak dan isterinya disahkan positif Covid selepas mendapat panggilan dari pihak KKM hatinya sebagai ayah dan suami terus tak kuat.

“Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir”. Suami Mohon Doakan Isteri & Anaknya Terus Kuat   

Allahuakbar!!! Harapanku…. ini bukanlah lambaian terakhir daripada isteri dan anakku.. ujian ini terlalu berat buat ku sebagai ketua keluarga…

Tak ku sangka malam semalam abah ku diangkut, malam ni isteri dan anak ku pula diangkut.. setelah di siang hari tadi bertalu-talu panggilan dr pihak KKM yang membuatku jadi huru hara dan haru biru…

Kesudahannya isteri dan anak lelaki ku positif.. aku negatif. Allah dah aturkan semua ini untuk aku.. maka tinggal lah aku di sini menggalas tugas sebagai ibu kepada anak yang lain khususnya Yusuf Arjuna yang berusia 9 bulan yang menyusu badan sepenuhnya… Tadi dah training guna susu botol.. Harap tak meragamlah Yusuf ni… Allah..rabbi yassir..

IKLAN

“Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir”. Suami Mohon Doakan Isteri & Anaknya Terus Kuat   

Ayah reda dan mohon doakan semuanya dipermudahkan 

Dalam perkongsian sebelum itu, Mohd Imran menjelaskan apabila dapat panggilan dari doktor menyatakan anaknya, Muhammad Rayyan Danish yang berusia 6 tahun positif Covid terus dia jadi serba salah.

Memandangkan anaknya itu ketika di rumah masih lagi perlu berteman untuk ke tandas dan mandi pun perlu diperhatikan, apabila berada di wad nanti tak tahu boleh atau tak untuk uruskan sendiri.

IKLAN

Namun kebetulan atuknya pun positif, jadi sekurang-kurangnya mungkin atuknya boleh membantu Rayyan.

“Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir”. Suami Mohon Doakan Isteri & Anaknya Terus Kuat   

Ayah redha dengan ujian ini nak. Ayah mesti ada sifat seperti atuk yang kuat semangat walaupun melalui ujian besar ni.

IKLAN

Ayah dah deal dengan doktor supaya abang Danish diletakkan sebelah katil atuk.. Mudah-mudahan atuk dapat tengok-tengok abang Danish.

“Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir”. Suami Mohon Doakan Isteri & Anaknya Terus Kuat   

Ibu pun dah memang menangis sejak awal lagi. Tapi nak buat macam mana dah ketentuan Allah. Harap ibu pun tabah dan ayah doakan abang Rayyan Danish cepat pulang.

Mohon semua rakan-rakan doakan isteri dan anak serta keluarga saya tabah hadapi ujian ini.

Sumber: Mohd Imran Ramdan

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI