Sifat anak-anak ni sangat seronok untuk diperhatikan. Kadang-kadang memanglah rasa macam geram nak rotan-rotan je anak-anak ni kan..
Tapi sebagai ibu bapa, ada momen yang kita kena layan perangai mereka ni.
Bukan untuk menggalakkan mereka melampau-lampau terhadap kita. Tapi sebagai medium untuk membantu perkembangan mereka secara holistik.
Bagaimana ibu bapa nak layan anak-anak supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Berikut perkongsian dari saudara Fakhrani Hayyun yang juga seorang bapa yang selalu berkongsi tip keibubapaan.
Ketika menaip posting ni, saya gelak tak habis-habis sebab terkenangkan momen ini dengan anak ketiga saya.
Namanya Husam. Dia baru discover perkara baru. Iaitu dia dah pandai membutang baju tadikanya sendiri.
Ads
Apa yang berlaku, biasanya waktu pagi memang saya akan bantu butangkan bahagian atas dan masukkan separuh butang di bahagian bawah sekali & Husam akan habiskan.
Tapi, pada satu pagi yang indah, ketika nak butang baju macam biasa, Husam jerit dengan nyaringnya…. “HUSAM NAK BUAT!!”
Sambil pusingkan badan dia & lari dari saya.. Saya tergamam kejap, pandang isteri & kami gelak dekah-dekah.. Hahaha.. Ayah kena marah dengan anak kecik.
Saya jengah kejap apa jadi dengan Husam.. Fuhh.. Power.. Tinggal 1 je lagi butang yang dia sedang butang (dalam gambar ni la.. nasib sempat ambil gambar)
Ads
Sepanjang dalam kereta, saya bincang dengan isteri, ada 3 masa, memang kita kena layan anak yang tengah action.
1. BILA ANAK NAK MULA BELAJAR SESUATU SKILL
Part ni kritikal sebab inilah momen yang akan menentukan adakah anak akan teruskan belajar atau akan terhenti setakat tu je.
2. BILA ANAK DAH MAHIR SESUATU SKILL
Ads
Macam kes Husam ni, dia akan sangat action dengan skill membutang yang dia boleh buat dengan mahirnya. So, ibu bapa perlu layan sebaiknya supaya skill ini boleh terus di develop dengan lebih baik lagi.
3. BILA ANAK BUAT SALAH
Ni ramai yang lepas pandang. Sebenarnya, ni lah momen yang anak akan paling banyak belajar. So, jika ibu bapa salah bertindak pada waktu ini, kemungkinan banyak implikasi besar akan berlaku kepada anak anda.
Saya yakin, ibu bapa yang ada anak dan dah start masuk sekolah, mesti ada momen kena ‘game’ dengan anak juga kan?
Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka? Sudah tentu bayi bertuah itu akan dibelai dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh.
Suasana yang harmoni dan sejahtera ini akan berterusan sehinggalah tiba waktu dia ditakdirkan untuk mempunyai seorang adik. Ketika ini, anak sulung anda yang pada awalnya tidak mendatangkan banyak masalah, mula melemparkan pelbagai tindakan tidak kena akibat mogok dan demonstrasi semata-mata mahu mendapatkan perhatian dari anda.
Situasi ini dinamakan sebagai sindrom anak sulung. Jadi, apakah yang ibu bapa lakukan untuk menanganinya?
Apa tanda anak anda mengalami sindrom anak sulung?
Untuk mengetahuinya, anda boleh perhatikan kelakuan anak sulung anda apabila dia mula mendapat seorang adik. Antara tanda-tanda sindrom anak sulung termasuklah:
#1. Berperangai aneh
Sudah tentu anak pertama anda akan berasa cemburu dengan kehadiran bayi baharu yang dianggap sebagai pengganti dirinya. Disebabkan itu, dia akan mula menunjukkan perangai yang aneh seperti mendiamkan diri kebanyakan waktu atau mengelakkan diri dari ibu bapa. Jika terjadi perkara ini, ibu bapa usah gusar. Sebaiknya, biarkan sahaja dahulu sehingga masa menjadi ubatnya. Seiring waktu berlalu, perasaan kasih sayang itu sendiri akan hadir secara semula jadi dalam dirinya terhadap adiknya.
#2. Mula menunjukkan sikap bertanggungjawab
Secara perlahan-lahan, anak pertama anda akan mula menyedari bahawa dia sebenarnya juga ada tanggungjawab untuk menjaga adiknya. Disebabkan itu, dia akan mula memikirkan tentang jangkaan ibu bapa yang mahukan dia untuk menjadi seorang abang yang bertanggungjawab menjaga adiknya. Jadi, ibu bapa perlu biarkan malah galakkan dia untuk mencuba. Cuma, jangan terlalu memaksanya lebih-lebih lagi jika usianya juga masih sangat muda.
Apa yang boleh anda lakukan mungkin memberikan peluang kepada anak pertama anda untuk menjaga adik anda ketika bermain di dalam atau luar rumah. Perhatikan sahaja dari jauh bagaimana dia menjaga dan melindungi adiknya dari sebarang ancaman yang berbahaya.
#3. Mula menampakkan sikap berdikari
Kehadiran anak kedua sudah pasti akan membuat ibu bapa secara tidak sengaja melebihkan mereka dan menghiraukan anak pertamanya. Tanpa sedar, ibu bapa mungkin akan memberikan lebih layanan atau mainan kepada anak yang baharu. Ini secara tidak langsung akan membuat seorang abang atau kakak itu kurang mendapat apa yang mereka inginkan. Namun, ini bukan satu kesilapan yang besar.
Bahkan itu, kekurangan inilah yang akan mendewasakan anak pertama lantas memupuk sifat berdikari dalam dirinya. Mungkin anda boleh akan perasan bahawa dia sudah ambil atau buat benda seperti mandi atau makan secara sendiri. Ini merupakan tanda yang bagus, bukan?
Jangan kelirukan mereka antara perasaan cemburu atau tanggungjawab
Sudah lumrah seorang manusia atau seorang anak untuk lebih tepat, cemburu jika perhatian dan kasih sayang yang selama ini diterima mula berkurang kerana perlu berkongsi dengan orang lain. Begitu juga halnya dengan anak sulung yang dahulunya merupakan satu-satunya permata dalam keluarga, kini terpaksa berkongsi kasih ibu bapa dengan adiknya sendiri.
Anda sebagai ibu bapa tidak perlu risau kerana ini adalah sesuatu yang sangat normal. Dalam pada itu, ini sebenarnya merupakan peluang untuk anak sulung mula menyemai sikap tanggungjawab dalam diri mereka. Seorang adik bukan sahaja memerlukan sepenuhnya perhatian daripada ibu bapa malahan juga daripada abang atau kakak mereka.
Jadi, jadikan ia sebagai satu cabaran dalam hidup anak pertama anda. Jangan kelirukan mereka dengan perasaan cemburu. Sebaliknya tanam sikap tanggungjawab dalam diri mereka. Dengan cara ini, hubungan adik-beradik sesama mereka sudah tentu akan menjadi lebih akrab.
Bersaing dengan adik-beradik sendiri
Sebagai ibu bapa, jangan terkejut sekiranya terlihat pergaduhan atau pertelingkahan anak sulung anda bersama adik-beradiknya. Ini kerana sudah lumrah adik-beradik, mereka akan bersaing sesama sendiri.
Ini semestinya berpunca daripada perasaaan cemburu, dahagakan perhatian, tidak mahu berkongsi, ketidakadilan serta kehilangan keistimewaan sebagai anak kesayangan ibu atau bapa.
Usah khuatir, ini adalah perkara biasa. Berikut merupakan beberapa pedoman yang anda boleh ikuti untuk menangani masalah persaingan anak sulung dengan adik-beradiknya:
Beritahu anak sulung anda bahawa dia akan menerima seorang adik yang sedang berada dalam kandungan anda. Tunjuk gambar-gambar bayi atau biar dia merasai sendiri tendangan bayi di dalam perut anda untuk membuktikannya.
Ajar skil menyelesaikan konflik seperti mengawal sikap agresif, berbincang serta berkompromi bagi memastikan dia menghargai setiap perspektif individu lain.
Amaran keras, jangan sesekali melebih-lebihkan seorang adik di hadapan anak sulung atau sebaliknya. Jangan pernah cuba untuk membandingkan gred pembelajaran, penampilan atau kelakuan mereka.
Cuba untuk bersikap adil dan jangan sesekali bahawa melayan anak sulung dengan adik-beradiknya. Ketahuilah bahawa mereka semua mempunyai bakat, personaliti serta impian yang berbeza.
Beri masa, ruang dan peluang untuk anak sulung mendapatkan ruang peribadi sendiri. Semakin anak anda membesar, semakin mereka memerlukan privasi masing-masing. Oleh itu, cuba kurangkan waktu mereka berkumpul bersama bagi mengelakkan kekacauan.
Beri peringatan kepada anak sulung dan adik-beradiknya agar mengelakkan sebarang konflik yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Namun, jangan sampai mengugut pula okay?
Bimbing anak sulung anda
Perkara paling penting, adalah bimbing anak sulung anda agar mereka berjaya mencapai potensi mereka untuk menjadi seorang abang dan anak yang baik. Berikut merupakan beberapa tip yang ibu bapa perlu lakukan untuk memastikan anak sulung anda berjaya dalam hidupnya:
-Beri anak pertama anda ruang dan peluang untuk melakukan sesuatu
-Ajar anak pertama agar bertanggungjawab dan berdikari
-Tanam sifat kepimpinan dalam diri anak pertama
-Jangan tetapkan jangkaan yang terlalu tinggi terhadap diri anak pertama
-Luang masa berharga bersama anak pertama
-Beri mereka keistimewaan sebagai anak pertama
Dengan tip-tip berikut, sudah pasti anak sulung anda akan berjaya membuang sifat cemburu lantas menanam sifat tanggungjawab dalam dirinya terhadap adiknya. Jadi, sebagai ibu bapa anda perlu bijak dalam menangani sindrom anak sulung agar dia berjaya menjadi seorang abang dan anak yang baik buat adiknya dan buat anda sebagai ibu bapanya.
Konklusi
Kesimpulannya, anak sulung adalah yang paling istimewa bagi ibu bapa. Mereka adalah kekasih pertama seorang ibu atau bapa. Namun, kehadiran seorang adik mungkin akan mengubahnya. Jadi, para ibu bapa yang sedang membaca perlu ambil lebih perhatian agar anak sulung tidak berasa terlalu tersisih ekoran kehadiran seorang adik baharu. Paling penting, sayangi semua anak anda dengan sama rata okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada ibu-ibu yang tidak setuju membiarkan anak makan sendiri, menyuap sendiri kerana dilihat suatu pembaziran dan akan mengotorkan tempat. Ada ibu-ibu yang merasakan itu salah satu bentuk pelajaran buat anak mereka.
Apapun pendapat ibu-ibu, ianya tetap ada “Pros and Cons” dalam kedua-dua kaedah. Ikuti perkongsian Dietitian Fizah Sobri mengenai kedua-dua kaedah ini.
Bonding antara anak dan ayah sangat penting kerana hubungan yang baik antara anak dan ayah akan memberikan kesan jangka masa yang panjang termasuklah dalam pembentukan sikap anak-anak.
Anak yang rapat dengan ayah akan lebih bijak, kurang bermasalah, berdisiplin dan patuh kepada arahan. Sebab itulah masa anak bersama ayah sangat penting termasuklah waktu sebelum tidur. Minta suami untuk luangkan masa bercakap atau membaca bersama anak sebelum tidur kerana ada kaitan dengan perkembangan otak si manja.
Ibu-ibu, tolong ‘paksa’ suami masing-masing bacakan bedtime stories kalau nak akal si kecil tu jadi makin cerdik.
Ni saya nak kongsikan fakta menarik yang masih ramai ibubapa belum tahu. Dr Elisabeth Duursma ada jalankan satu research semasa beliau di Havard University.
Dalam kajian tu, Dr Duursma kumpulkan data daripada 430 buah keluarga di US, semata-mata nak tengok apa efek pada anak kecil yang berusia bawah 3 tahun bila ibu dan ayah bacakan bedtime stories.
Kan biasanya ibu yang semangat sikit bab bercerita ni.
Namun rupa-rupanya, kalau ayah pun turut sama bacakan cerita, penguasaan bahasa anak akan jadi lebih hebat berbanding kawan-kawan dia yang lain.
Dr Duursma beritahu antara sebabnya ialah, bahasa yang orang lelaki kerap guna ni tak sama dengan orang perempuan.
Mak-mak pulak lebih suka menekankan bab emosi dan karakter. Lalu mak akan cenderung untuk ajar anak tentang benda-benda yang memang nampak jelas kat dalam buku.
Macam bab warna, abjad dan mengira. Contoh paling mudah kalau kat muka surat tu terpampang gambar ayam. Nanti mesti mak akan tanya,
“Tengok dalam gambar ni ada ayam. Cuba adik kira ada berapa ekor semuanya?”
Berbeza dengan orang lelaki.
Mereka ni selalunya lebih suka kaitkan bacaan tadi dengan pengalaman yang dialami sebelum tu.
“Haa, tengok gambar rusa ni. Ingat tak rusa macam ni lah yang abang hulurkan makanan masa kita pergi zoo hari tu?”
Teknik tu akan buatkan si kecil tu membayangkan sesuatu dari view yang lain lalu meransang mindanya berfikir lebih kreatif.
Dan yang paling best, perbezaan ni akhirnya saling melengkapi dan melonjakkan perkembangan minda budak bertuah tu jadi berkali ganda makin cerdik.
Sebab tu, kalau nak aktiviti membaca ni beri impak super hebat pada anak kita, pastikan sesekali ayah pun kena join bercerita sekali ye.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!