Bila sebut nama Dr. Azura Abas, mesti ramai kenal sebagai isteri kepada Dr. Say Shazril – pasangan doktor selebriti yang selalu kongsi ilmu kesihatan dengan gaya yang chill dan relatable. Namun di sebalik senyuman manis dan konten bermanfaat mereka, tersimpan satu sisi kehidupan yang tak semua orang tahu.
Anak istimewa, kasih yang luar biasa
Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Dr. Azura terbuka berkongsi kisahnya sebagai ibu kepada seorang anak autism. Ya, mungkin awalnya sukar, tapi pasangan ini pilih jalan berani – bukan untuk raih simpati, tapi untuk sebarkan kesedaran.
Bagi Dr. Azura dan Dr. Say, berkongsi kisah ini di media sosial adalah satu usaha mendidik masyarakat. Supaya lebih ramai faham, lebih ramai peka, dan lebih banyak empati lahir dalam komuniti kita.
Ads
Isu bibik dan kerja: realiti ibu moden
Kalau korang masih ingat kes viral bibik yang bawa masuk orang asing masa tuan rumah tak ada – ya, itulah kisah yang pernah dilalui oleh Dr. Azura. Tapi jangan salah sangka, masa tu suami dia ada kat rumah okay! Kadang-kadang, masalah tu datang dari orang yang kita dah percaya.
“Waktu tu saya kerja malam dan saya sebenarnya kerja syif malam ni cuma satu kali je seminggu dan Dr. Say pun ada di rumah waktu tu. Nak jadikan cerita, waktu tu jugalah mereka nak buat macam tu jadi tak boleh nak kata ia berlaku masa tak ada orang di rumah. Benda kalau nak berlaku, kalau ada orang ke tak ada orang ke, ia akan berlaku.”
Ads
Ramai juga yang tanya, “Kenapa tak jaga anak sendiri je?” Jawapan Dr. Azura simple tapi deep – dia pernah jadi full-time suri rumah dan sangat respect para ibu yang buat keputusan tu. Tapi dalam hatinya, dia tahu sebagai doktor, dia boleh bantu lebih ramai orang di luar sana. That’s her purpose, dan itu pun satu bentuk pengorbanan untuk keluarga.
“Bila duduk di rumah, saya terfikir apa contribution saya pada masyarakat. Saya belajar Master, kerja doktor pun dah lama so rasa sayang. Saya fikir, saya boleh buat sesuatu padamasyarakat jadi mengapa saya perlu duduk di rumah dan hanya buat kerja rumah. Saya rasa saya boleh find my purpose di luar ketika bekerja.”
Ibu yang tegas tapi penuh kasih
Dr. Azura juga tak lupa titipkan pesanan khas buat tiga putera kesayangannya – Aezriel, Sefriel dan Zeqriel. Dia nak anak-anaknya membesar jadi lelaki yang bertanggungjawab, berdikari, dan tahu erti usaha. Bukan sekadar hidup selesa atas nama ibu bapa.
Ads
Pesan dia, hidup ni takkan manis kalau tak kenal pahit. Dan kejayaan tak datang kalau kita tak usaha dari sekarang.
Bukan sekadar ibu, tapi inspirasi sejati
Dr. Azura bukan saja berkongsi kisah – tapi menyentuh hati ramai ibu di luar sana yang mungkin sedang lalui fasa sukar. Dia tunjukkan bahawa jadi ibu tak bermaksud kena perfect, tapi kena kuat, jujur dan sentiasa ada kesedaran untuk improve diri dan keluarga.
Program digital Top Mom Influencer Pa&Ma tahun ini memang tepat memilih Dr. Azura sebagai salah seorang penerima pengiktirafan – kerana beliau bukan saja hebat di rumah, tapi juga memberi manfaat kepada ramai di luar sana.
Tonton video temu bual eksklusif bersama Dr. Azura ini:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari Raya Aidil Fitri tahun ini disambut dengan cukup meriah di seluruh negera. Selebriti-selebriti tanah air juga tidak ketinggalan beraya dengan keluarga dan sanak saudara.
Namun apa yang menarik pastikan gaya selebriti ini yang tampil dengan busana cukup cantik dan indah bersama anak-anak di pagi raya.
Jom intai busana cantik selebriti-selebriti ini bersama anak-anak.
Hati ibu ayah mana yang tidak merasa sedih apabila melihat anak tersayang jatuh sakit. Sedangkan demam biasa pun buat kita rasa nak menangis, apa lagi jika anak disahkan menghidap penyakit kronik.
Penyanyi rap, Kmy Kmo melalui hantaran di Instagram Story berkongsi tentang perjalanan anak sulungnya, Abdul Jabbar Rakeem atau Jabbar yang diuji dengan masalah kesihatan sejak kecil.
“Semenjak kamu bayi, kamu diuji dengan buah pinggang bengkak. Setiap beralih tahun, kamu akan diturunkan dengan ujian yang menanda aras baru pada kekuatan diri kamu.
Sehinggalah tahun ni, diuji dengan ketahanan baru. Jabbar nampak kan betapa Allah sayangkan kamu dan keluarga kita?”
Menurut bapa kepada dua cahaya mata lelaki ini, Jabbar didapati mengalami buah pinggang bengkak sejak kecil. Sebagai seorang ayah, dia tidak pernah mengenal erti putus asa untuk memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Katanya, tanyalah kepada sesiapa pun, dia akan terus berhempas pulas dan berusaha melakukan apa saja yang perlu demi mewarnai zaman kanak-kanak Jabbar.
Menitip doa untuk kesihatan anaknya, Kmy mengharapkan Jabbar terus diberikan kekuatan untuk melawan penyakit yang dihidapinya.
“Perkasalah wahai Jabbar melawan kuman-kuman jahat yang ada dengan Rahmat, zat Al-Jabbar. Semoga doa Nabi Ayub menemani tidur malammu demi memulihkan..”
Tiadalah kudrat seorang lelaki jika kekuatan tidak datang dari isteri tercinta. Perkara ini diakui oleh Kmy yang mengatakan kekuatannya datang dari semangat cekal isteri tercinta, Syifa Diana. Doa dan kasih sayang Syifa menjadi penguat bukan saja buat dirinya tetapi anak-anak dalam melalui ujian yang melanda.
Menurut Kmy, anaknya telah menjalani prosedur LP (Lumbar Puncture) untuk mendapatkan sampel cecair tulang belakang untuk mendiagnosis otak Jabbar bagi mengenal pasti jika ada kemungkinan jangkitan kuman atau radang otak berlaku. Kmy, Syifa dan seluruh keluarga mereka memohon doa dari orang ramai agar keputusannya negatif.
Kmy juga tidak henti beri semangat kepada Jabbar, memberitahu yang semua orang sayangkan anaknya seperti mana dia sayang pada peminat-peminatnya. Untuk terus memberikan kekuatan buat keluarga Kmy, sama-sama kita kirimkan doa buat Abdul Jabbar Rakeem.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa kata jika ingin menanam ubi keledek Jepun kena ada ruang tanah yang lapang dan luas? Sebenarnya jika anda tinggal di kawasan perumahan pun anda boleh juga menanam keledek dan menikmati hasil tuaian yang memuaskan hati.
Ini seperti perkongsian daripada Puan Aqella Ayda yang berjaya menanam ubi keledek Jepun di laman rumahnya dengan hanya menggunakan polybag yang disusun rapi di tepi pagar rumahnya.
Bahkan apa yang lebih mengujakan di dalam perkongsiannya itu turut ditunjukkan ubi keledek yang telah dituai. Ianya begitu besar dan jelas nampak dilihat pokok yang ditanam begitu subur sekali!
Hal ini membuatkan warganet teruja untuk mengetahui rahsia penanaman keledek bahkan tidak dinafikan ianya nampak begitu bersih dan sekali gus menjadi sebahagian lanskap dekorasi di ruangan laman rumah yang dihuni.
“Seronok saya, dulu selalu beli dekat supermarket nak cuba buat benih tak jadi. Kalau jadi pun kecil-kecil dan tidak manis isinya. Kemudian saya beli dengan Encik Mohd Ijat, dia pembekal benih Jepun. Sampai sekarang saya tanam boleh makan satu famili,” ujarnya di awal bicara.
Tidak dengan itu dia turut berkongsi tips untuk pastikan pokok ubi keledek yang ditanam bukan sahaja menghasilkan buah yang mempunyai saiz yang besar malah pokoknya terlihat rapi di laman rumah.
Tip 1 : Saya tanam dari keratan yang menjalar
Tip 2 : Tanam dalam polybang boleh cari polybag yang besar. Tanam dalam 3 keratan paling maximum
Tip 3 : Guna tanah biasa kemudian buat campuran baja tahi ayam proses dengan tanah organic
Tip 4 : Tak perlu siram kerap. Agak panas betul-betul baru siram.
Tip 5 : Bila pokok mula menjalar, potong bahagian tersebut namun pastikan jangan sampai terlalu pendek. Selepas dipotong letak baja siraman.
Tip 6 : Pastikan angkat daun yang merayap itu letak dekat keliling pokok supaya dia tak jadi ‘gila’ daun.
Tip 7 : Apabila usia pokok ubi keledek Jepun 2 bulan, kita sudah boleh petik pucuk buat makan masak pucuk sementara menunggu matang.
Tip 8 : Tempuh tanaman telah matang dan boleh dituai hasilnya adalah setelah 3 bulan 15 hari.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.