Meraikan hari bahagia yang tersayang merupakan momen yang indah bukan hanya buat yang diraikan malah diri sendiri turut terasa puas dapat menjayakan hari bahagia tersebut.
Namun tak lengkap rasanya di hari yang bahagia tanpa dekorasi yang cantik! Ada pelbagai pilihan servis yang menawarkan dekorasi namun anda perlu pandai memilih agar hasilnya juga seperti yang diimpikan.
Salah satu yang menawarkan servis dekorasi majlis antaranya Sentuhan by Ekaa Shamsudin. Menjengah ke laman sosial Sentuhan by ES pasti membuatkan anda rambang mata melihat pelbagai dekorasi majlis yang sangat cantik dan mewah. Memang terasa ‘vibe’ happening majlis yang bakal di sambutkan?
Melihat hasil ‘air tangan’ dekorasi majlis ini pasti membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana pemilik perniagaan ini memulakan perniagaan dekorasi ini? Bermula dari melihat dekorasi yang dibuat ketika bekerja di hotel, Puan Nurshafiqah Shamsudin mula jatuh hati pada kerjaya ini dan mengambil keputusan untuk membuat sendiri dengan menubuhkan perniagaan Sentuhan by ES pada tahun 2016.
Ads
PERLU KREATIF UNTUK HASIL YANG CANTIK
Ibu kepada 2 cahaya mata ini mengakui mempunyai minat dalam seni kreatif menjadikan dirinya lebih mudah untuk berkarya dan mendapat idea setiap kali menghias atau membuatkan design untuk photo booth serta pentas majlis. Malah ‘lady boss’ ini tidak hanya berimaginasi mencari ilham tetapi turut bertungkus-lumus menimba ilmu dan mencari rujukan hiasan di laman sesawang.
“Sebagai seorang decorator kita kena ada seni and creativity. Jadi bila pelanggan minta sesuatu tema kita boleh terus imagine apa yang cantik and apa yang tidak. Dalam masa yang sama boleh saya sentiasa mencari rujukan melalui aplikasi Pinterest untuk mendapatkan lebih banyak idea dalam mengdekorasi tempat”
Ads
SERVIS MENGIKUT KEHENDAK PELANGGAN
Sentuhan by ES yang telah bertapak selama 7 tahun dalam perniagaan dekorasi ini menawarkan pelbagai servis antaranya; Dekorasi, Majlis Sambutan Hari Jadi, Majlis Makan Malam Tahunan, Majlis Pelancaran Produk, Majlis Perkahwinan serta Katering.
Ads
Perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari harga serendah RM599 dan pelanggan diberi kebebasan untuk memilih sendiri tema yang menjadi pilihan namun Sentuhan by ES tetap akan memberi konsultasi serta idea dan membuat design bagi membantu pelanggan dalam membuat pilihan.
Mempunyai azam yang besar, pemilik Sentuhan by ES berharap agar lebih ramai yang mengenali Sentuhan by ES dan mampu membina empire yang besar suatu hari nanti
“Perancangan kita untuk tahun-tahun seterusnya ialah kita nak nama sentuhan by ES dikenali ramai dan mampu membina event team yang besar”
Bagi yang berminat untuk mendapatkan sentuhan magis di hari istimewa yang tersayang boleh dapatkan dari Sentuhan by ES menerusi laman facebook dan instagram sentuhan.es
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada sesetengah kanak-kanak memang ada masalah tiap kali nak buang air besar. Kadang sampai menangis-nangis meneran nak membuang. Tapi sudahnya gagal juga nak membuang. Kesian tengok si kecil yang ada masalah sebegini.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad, perkara sebegitu sering menjadi persoalan yang diajukan kepadanya ketika bekerja di klinik mahupun ditanya di laman Facebook.
Menurut Dr Zubaidi sembelit bukanlah satu penyakit malah kalau si kecil anda membuang tiga hari sekali juga masih dikira normal. Dalam perkongsian tersebut, Dr Zubaidi turut memberi saranan kepada ibu ayah yang tidak mahu menggunakan ubatan sebagai solusi untuk masalah tersebut.
“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”
Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.
Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.
Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.
Dalam kebanyakan kes yang berlaku, sembelit mula disyaki apabila bayi atau kanak-kanak itu hanya membuang air besar sebanyak tiga kali dalam seminggu. Ini menyebabkan mereka tiada selera untuk makan dan perut menjadi kembung.
Sering kali juga saya ditanya mengenai punca berlaku sembelit. Antara punca utama berlakunya sembelit ialah susu formula. Bayi yang diberikan susu formula mudah mendapat sembelit berbanding bayi yang diberikan susu ibu kerana susu formula sukar dihadamkan dan diserap masuk ke dalam usus.
Begitu juga jika bayi yang mula diberikan makanan separuh pejal juga mudah sembelit. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pepejal yang hendak diberikan adalah makanan yang lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air dalam makanan itu ketika menyediakannya.
Bayi dan kanak-kanak yang tidak selera untuk minum susu kerana demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana sebab kekurangan air dalam badan atau disebut dehidrasi. Bagi mengelakkan dehidrasi yang berterusan, selalunya tubuh akan menyerap lebih banyak air dari najis bagi menampung kekurangan air dalam badan. Ini menyebabkan najis menjadi lebih kering dan keras, akhirnya menyebabkan najis disimpan lebih lama dalam usus besar dan menyebabkan sembelit.
Saya tidak menafikan ada beberapa kes di mana punca sembelit disebabkan oleh penyakit kecacatan semasa lahir (congenital disease)yang disebut Hirschprung’s disease apabila lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. Begitu juga jika lubang dubur tidak dibentuk dengan sempurna seperti dalam kes penyakit anorectal malformation, spinal bifida dan cystic fibrosis.
Bagi bayi atau kanak-kanak yang sering mengalami sembelit, saya cadangkan dibawa untuk pemeriksaan doctor agar penyakit kecacatan semasa lahir seperti Hirchprung’s disease dapat dikenalpasti dengan lebih awal. Penyakit-penyakit seperti ini mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif seperti pembedahan, jika tidak masalah sembelit akan berulang, sehingga ada kalanya mereka tidak boleh membuang air besar untuk beberapa bulan dan menyebabkan abdomen mereka kembung.
Bagi ibu bapa yang mahu mengelakkan pemberian ubat, saya cadangkan melakukan beberapa cara :
1. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Ini akan merangsangkan pergerakan najis dalam usus.
2. Jika bayi yang berusia lebih enam bulan ke atas dan menyusu susu formula, boleh berikan makanan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang berpatutan dan minta nasihat doctor. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang najis dengan lebih mudah.
3. Bagi kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti tembikai atau air mineral suam dalam kadar yang berpatutan. Memberikan jus betik yang dikisarkan juga sangat baik untuk mereka, kerana selain mempunyai banyak serat, betik juga mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
Jika ibubapa telah mencuba langkah-langkah tersebut tetapi tidak berjaya, maka bolehlah menggunakan ubat-ubat yang diberikan doctor. Antara ubat yang selamat digunakan untuk bayi enam bulan ke atas ialah Lactulose, kecuali bagi mereka yang mempunyai masalah galactose intolerant. Lactulose dijual sebagai ubat ‘over the counter’ iaitu pembeliannya tidak memerlukan preskripsi.
Lactulose boleh diambil sebanyak dua atau tiga kali sehari, dan selalunya mengambil masa empat jam untuk mendapat kesannya.
Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 5-10 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur 11 bulan hingga ke 5 tahun, ubat Lactulose 3.1-3.7g/5ml oral solution diberikan 2.5-5 ml dua kali sehari.
Bagi bayi berumur kurang dari setahun, perlukan pendapat ahli farmasi atau doctor kerana dosenya bergantung kepada berat bayi itu. Tanda sembelit bayi atau kanak-kanak itu telah pulih apabila mereka mengeluarkan najis yang lembut 2 atau 3 kali sehari. Bagi ubat-ubat lain yang lebih ‘kuat’ memerlukan pandangan doctor sebelum diberikan. Jika masalah sembelit masih tidak reda, dapatkan nasihat doctor.
Setiap mama papa (yang ada anak masalah ekzema) mesti pernah melalui situasi bila tak sampai hati tengok kulit anak yang kering, menggelupas dan kemerahan. Kadang-kadang sampai terluka sebab anak asyik menggaru. Waktu malam pun susah nak tidur, bukan anak je yang menangis tapi mama papa pun turut sama rasa perit dalam hati. Bila anak tak selesa, satu rumah jadi kelam-kabut.
Dan jujur, memang stres. Tak tahu nak buat apa. Dah cuba macam-macam, tapi masalah kulit sensitif ni tetap datang balik. Bila tengok anak merintih sebab gatal atau sakit, terus rasa bersalah… “Apa lagi yang kita boleh buat untuk bantu anak?”.
Tak Boleh Sembarangan Guna Produk
Masalah kulit sensitif seperti ekzema ni memang perlukan penjagaan yang sangat teliti. Mama papa kena selalu semak label produk, buat research, dan elakkan bahan-bahan yang boleh memudaratkan seperti alkohol, pewangi, dan paraben. Kadang-kadang produk yang nampak ‘harmless’ pun boleh buat kulit anak makin teruk.
Memang leceh dan ambil masa, tapi ini semua untuk keselamatan dan keselesaan anak. Kulit anak sensitif bukan macam kulit kita sebab tu kalau tersalah pilih produk, kesannya bukan biasa-biasa. Paling merisaukan kalau ambil masa lebih lama untuk sembuh.
Nak Cepat Sembuh, Tapi… Steroid Bukan Jawapan Sebenar
Disebabkan tak tahan tengok anak menangis dan meronta sebab kulit yang gatal, ada mama papa yang memilih untuk guna krim steroid. Memang betul, kesannya cepat nampak. Kulit terus lega, kemerahan pun hilang. Tapi, penggunaan steroid secara berterusan sangat berisiko.
Lama-kelamaan, kulit anak jadi ‘bergantung’ pada steroid. Bila berhenti, kulit jadi lebih teruk daripada sebelumnya. Jadi trauma pula nak cuba produk lain sebab takut makin parah.
Hellothere Skinlab, Solusi Tempatan Yang Diformulasi Khas
Sebab itulah penting untuk cari produk yang bukan je selamat, tapi terbukti berkesan. Hellothere Skinlab mungkin solusi yang mama papa tercari-cari selama ni. Sebagai jenama tempatan yang dipercayai oleh ibu bapa di Malaysia, Hellothere Skinlab diformulasi khas untuk bantu merawat kulit sensitif, termasuk ekzema, psoriasis dan dermatitis.
Produk ini difokuskan untuk bantu mereka yang mengalami masalah kulit, bukan sekadar kosmetik semata-mata. Dan paling penting, ia selamat untuk bayi, kanak-kanak mahupun dewasa.
3 Produk Hellothere Skinlab, Boleh Mama Papa Cuba!
Hellothere menawarkan tiga produk utama yang boleh bantu mama papa urus masalah kulit anak:
Ketiga-tiga produk ini bukan sahaja membantu melegakan kegatalan dan merawat kulit kering, tapi juga mengekalkan kelembapan kulit secara semula jadi.
Kenapa Mama Papa Patut Percaya Pada Hellothere Skinlab?
Pengiktirafan Yang Membanggakan
Produk-produk Hellothere turut menerima pengiktirafan berprestij seperti Anugerah Emas dan Anugerah Khas di Malaysia Technology Exhibition (MTE) 2025 serta diiktiraf dalam Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2024.
Bukan calang-calang produk tau! Hellothere Skinlab buktikan dengan hasil kajian dan keberkesanan sebenar.
Nak Tahu Lebih Lanjut?
Kalau mama papa nak tahu lebih lanjut tentang produk Hellothere Skinlab, boleh terus layari www.hellothere.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu ayah, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan yang terbaik buat anak tersayang. Bahkan kita sanggup berbelanja untuk mendapatkan produk-produk berkualiti demi keselesaan si manja. Mempunyai bayi misalnya, sudah tentu kita akan mencari jenama yang diyakini serta berbaloi dengan harganya untuk dibeli.
Untuk ibu yang sedang hamil misalnya, membeli barangan bayi memang detik yang menyeronokkan. Siapa yang tak teruja kan? Biarpun sedang hamil, ia tidak menghalang ibu untuk mencari produk terbaik buat anak yang bakal dilahirkan. Bukan itu sahaja, buat ibu ayah yang mempunyai bayi kecil juga mahu mendapatkan barangan bayi yang bagus dan murah.
Buat Perbandingan Harga
Selain membuat tinjauan di pasar raya, ibu ayah boleh membuat perbandingan harga dan sebagainya di atas talian. Ia lebih mudah supaya kita akan tahu jenama dan harganya sebelum membeli sesebuah produk. Dengan membuat perbandingan harga di atas talian juga dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu ke banyak tempat semata-mata untuk melakukannya.
Bertanya Kepada Orang Lain
Selain membuat perbandingan sendiri, anda boleh bertanyakan kepada keluarga atau kenalan tentang sesebuah produk. Kadang-kadang, kita lebih selesa untuk memilih jenama yang disarankan oleh orang lain kerana kita yakin dengan keberkesanan serta harganya. Ini juga salah satu cara yang baik untuk memilih barangan anak.
Membeli-belahDi Pesta Bayi!
Ini yang paling menarik! Di pesta bayi, kita tidak perlu bersusah-payah untuk membuat tinjauan sebagainya. Di sini, mereka biasanya akan menawarkan harga runtuh yang pasti menjimatkan wang. Lebih menarik, kita juga diberikan diskaun dan hadiah menarik sekiranya berbelanja di pesta bayi.
Di pesta bayi juga kita dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana kebanyakan produk bayi atau barangan anak yang diingini akan dijual di sini. Jadi tak perlulah ibu ayah pergi ke beberapa tempat semata-mata untuk mencari barangan yang kita mahu. Senang kan?
Bercerita tentang pesta bayi, ini berita baik buat semua ibu ayah! Bermula pada 11 – 24 Februari 2021 ini, akan berlangsungnya Tesco Baby Fair. Seronoknya!
Kenapa Anda Akan Suka Tesco Baby Fair 2021?
Berbelanja di Tesco menjanjikan ibu ayah mendapat diskaun terbaik untuk setiap produk terpilih. Selama dua minggu Tesco Baby Fair ini berlangsung, banyak tawaran hebat untuk produk bayi yang ada. Yang pasti, ibu ayah dapat berjimat untuk produk yang diyakini. Memang berbaloi!
10 Produk Hebat, Jangan Lepaskan Peluang!
Banyak produk menarik dengan diskaun hebat ditawarkan kepada semua ibu ayah yang mencari barangan anak. Jom, tengok apa yang ada!
Jangan tunggu lama-lama. Dapatkan hanya yang terbaik di Tesco Baby Fair 2021! Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari :
Keputusan untuk memiliki anak bukanlah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan pasangan hari ini. Selain perlu bersedia dari segi emosi dan fizikal, ibu bapa turut memikirkan kos sara hidup, penjagaan anak, kestabilan pekerjaan serta kemampuan untuk membesarkan keluarga dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.