Kita merasakan aktiviti mewarna adalah aktiviti yang amat remeh dan acapkali menjadi aktiviti harian bagi anak-anak kecil kita. Hakikatnya aktiviti sebegitu mampu membuatkan anak-anak belajar mengenai pelbagai perkara juga berkreatif dengannya.

Perkongsian cerita dan gambar oleh Pn Mahfuzah Zainol, Ahli Terapi Cara Kerja ini membuktikan bahawa aktiviti mewarna dapat membuatkan anak-anak kecil kita berfikir lebih kreatif.

“Hari-Hari Cikgu Suruh Warna Saja” Jangan Pandang Enteng, Mewarna Buat Anak Berfikir & Makin Kreatif!


Rentetan post saya berkenaan “Hari-hari cikgu suruh kaler saja”.

Post tersebut bukan bermaksud saya suka suruh cikgu ajar kaler-kaler sahaja. Tujuannya ingin membawa anda semua supaya tidak ‘sceptical’ dengan aktiviti mewarna.

Actually, kalau aktiviti mewarna dilakukan dengan langkah yang betul, ia boleh menjadi aktiviti kognitif, auditori memory, verbal comprehension dan visual skills development yang amat baik. Selain fine motor skills dan perception skills.

“Hari-Hari Cikgu Suruh Warna Saja” Jangan Pandang Enteng, Mewarna Buat Anak Berfikir & Makin Kreatif!

Do not underestimate sekecil-kecil dan semudah-mudah aktiviti. Pastinya ia mempunyai ‘occupational goals’ di sebaliknya.

Ikuti kisah ini yang berlaku kepada saya beberapa tahun lalu. Masih dalam kemahiran mewarna.

IKLAN

“Budak ini memang jahat! Susah mau jaga dia.”

“Hari-Hari Cikgu Suruh Warna Saja” Jangan Pandang Enteng, Mewarna Buat Anak Berfikir & Makin Kreatif!

Terkejut saya apabila seorang penjaga kepada murid pemulihan LINUS berkata demikian merujuk kepada murid di hadapan saya.

“Dia jahat macam mana tu?”

IKLAN

“Dia suka pukul adik dia..tak mau dengar cakap saya. Dia sorang saja susah mau jaga. Ayah mak dia kerja di luar negara. Tinggal semua anak-anak 3 orang pada saya dan bini untuk dijaga.”

Wuiyoo.. okay. Snapshot perbualan pada hari ini.

“Hari-Hari Cikgu Suruh Warna Saja” Jangan Pandang Enteng, Mewarna Buat Anak Berfikir & Makin Kreatif! “Hari-Hari Cikgu Suruh Warna Saja” Jangan Pandang Enteng, Mewarna Buat Anak Berfikir & Makin Kreatif!

Dalam banyak-banyak hasil mewarna…ada beberapa sahaja yang mewarna dengan cara begini.

IKLAN

Ini menunjukkan bahawa murid yang menggunakan lebih daripada 1 warna untuk 1 bentuk mempunyai pemikiran yang kreatif dan mampu berfikir daripada perspektif berbeza.

Kesimpulannya, walau kita beranggapan aktiviti mewarna adalah aktiviti yang mudah dan tidak memberi apa-apa erti sebenarnya banyak kelebihannya pada anak kecil kita. Mereka belajar pelbagai elemen melalui mewarna malah mampu berkreatif dengan hanya mewarna.

Jadi biarkan anak kita terus mewarna!

Menarik: Ada Masa Layanlah Anak Merengek & Menangis, Itu Sebab Allah Nak Bagi Pahala Buat Kita

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI